MRFIX Bangi – Baiki WiFi Tak Connect, Bateri Cepat Habis, MacBook Panas dan Banyak Lagi.

Share

Abang, MacBook tak boleh connect WiFi, sayang connect WiFi dekat phone okay je.” mengeluh isteri kepada si suami. Aduhhh warranty dah habis. Hantar repair kat pusat servis Apple, konfirm 2 minggu makan maggi je ni.

Situasi yang kerap berlaku kepada pengguna laptop terutamanya yang menggunakan laptop brand Apple. Bukan bermaksud laptop ni cepat rosak, tapi kos nak baiki tu mahal bila rosak. Dalam kepala biasanya mesti akan terfikir perlu hantar terus ke Service Center sebab kononnya servis lebih baik dan kualiti barang lagi berkualiti.

Masalah MacBook Pro: WiFi tak boleh connect. Problem pada WiFi adapter. Solusi: Tukar adapter baru, selesai masalah.

MRFIX Bangi adalah pusat servis device yang pakar dalam servis laptop khususnya Apple MacBook. Kualiti barang, kualiti servis dan kecepatan servis menjadi keutamaan mereka. Bayangkan kalau tengah ada kerja nak siapkan dengan cepat, tiba-tiba laptop meragam, dan kena hantar pusat servis. Sekali hantar, “Abang boleh datang ambil lagi 1 minggu ye.” Saki hati je kan, kerja pun tak siap-siap.

Masalah: MacBook cepat panas dan performance sangat slow. Solusi: Buang habuk dalam motherboad.

Masalah utama bila hantar kedai servis laptop ni, selalu diorang akan suruh tinggal dulu, konon diorang akan cek problem laptop tu, nanti dah 2-3 hari atau seminggu baru datang ambil. Kadang kala bila dah seminggu pun tak siap-siap. Kita sebagai customer pun tak tahu apa masalah laptop kita, bila datang, diorang akan kada rosak itu la, rosak ini la, sampai kos repair pun dah sangat mahal.

Menjadi persoalan juga pada kita, selamat ke data-data kita bila kita tinggalkan laptop kita dekat kedai repair?

Masalah: Bateri MacBook cepat habis dan perlu sambung dengan power adapter sepanjang masa. Solusi: Tukar bateri baru.

Setakat yang uncle sedia maklum, MRFIX akan pertama sekali diagnos apa masalah laptop kita. Dan dari situ mereka akan cadangkan apa yang perlu dibaiki, dan kita pun akan tau anggaran kos baiki, dan berapa lama masa yang diperlukan untuk baiki masalah tersebut. Jika masalah tak besar, tak sampai 30 minit dah siap. Jadi tak perlu pun tinggalkan laptop kita, dan mesti tak ada masalah keselamatan data kita.

MRFIX Bangi – Pakar Servis MacBook

Alamat MRFIX Bangi: No 50 , Jalan 7/7A , Seksyen 7 , 43650 Bandar Baru Bangi , Selangor. ( Landmark : JPJ Bangi ( Blok Tengah ) )
Waktu Operasi: Beroperasi setiap hari dari pukul 10pg – 9mlm
Contact: wasap.my/60199100531

Share

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge