Mount GoPro Yang Best

Sapa pakai GoPro? Tak sah rasanya bila ada kamera aksi GoPro  tapi tak ada aksesori atau mount tambahan. Uncle baru pakai kamera GoPro Hero 4 Silver dalam 2 bulan. Aksesori dan mount pun tak la banyak sangat sebab uncle suka survey dahulu apa aksesori yang sesuai untuk uncle ikut kegunaan uncle.

Sini uncle nak rekomen 2 mount untuk kamera aksi GoPro yang uncle pakai kepada pengguna dan bakal pengguna kamera aksi GoPro.

GoPro – 3-Way

GoPro 3-Way™

GoPro 3-Way™

Mount ni adalah mount pertama uncle beli. Tak dinafikan ini adalah antara mount paling banyak di pakai dan paling stylo dan banyak function yang GoPro telah keluarkan! Tengok gambar, korang akan tengok yang mount ni boleh digunakan sebagai handgrip, sebagai extension arm, dan juga sebagai tripod! Maknanya kalau ada mount ni je dah tak payah pikir nak bawak pole ataupun tripod lagi. Jika di expand atau di panjangkan, kepanjangan mount ni boleh sehingga 50.8cm!

Polar Pro – Cellphone mount

polar pro gopro mount for iphone 6

Pro View GoPro iPhone 6 mount

Uncle baru rembat mount ni kat InstaShop. Memang berbaloi ada aksesori ni sebab dia boleh bertindak sebagai LCD untuk kamera korang yang akan bagi live preview melalui handset korang. Selain tu, dengan adanya mount ni korang tak perlu lagi untuk risau tak ada remote, pakai je apps GoPro menggunakan smartphone untuk ambil gambar atau untuk tukar setting camera.

Pendapat uncle, mount ni ideal untuk mereka yang rasa leceh menggunakan 2 tangan untuk pegang kamera dan handset. Biasanya pengguna GoPro yang tak ada remote, sebelah tangan akan pegang GoPro lagi sebelah akan pegang kamera untuk snap, control setting dan sebagainya. Jadi dengan adanya mount ni, satu tangan je di perlukan memegang untuk kamera dan smartphone.

 

Setakat ni, 2 sahaja mount yang uncle ada dan suka untuk kongsikan kepada korang. Pada yang ada kamera GoPro, apa pula mount kegemaran korang?

Sumber gambar google image

Nota kaki: Duit raya memang kena bagi ek?

Comments
  1. Seri nian
  2. Munirah Che Husin
  3. JMR
  4. mawardi yunus
  5. Khir Khalid
  6. Index Apk
  7. Sani
  8. titan
  9. Noriza Rahman
  10. mrhanafi
  11. Jia Rizaira
  12. ida
  13. adarain
  14. akubiomed
  15. Anuar
  16. Raihanah Ahmad
  17. zik

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge