Moh Bawa Kotak Pergi Pesta Lelong Buku Putrajaya 2016

Dah lama uncle tak shopping buku.

Boleh kata bau buku yang ada kat rak tu dah makin pudar baunya sebab tak ada buku baru yang masuk.

Okay, boleh kata satu hari banyak juga uncle layan video kat YouTube. Biasa la kalau layan YouTube, habis satu video layan lagi satu video sampai uncle jumpa video promo ni;

Motif sangat potong bawang sambil marah laki dia kan? hahaha

Tapi tu la, terus excited gak uncle cari info pasal Pesta Lelong Buku Putrajaya 2016

Jangan kata uncle tak payung!

Pesta Lelong Buku Putrajaya 2016

Ini adalah pesta buku Bahasa Melayu TERBESAR yang pertama yang bakal dijalankan di Malaysia.

Pesta ini bakal berlangsung dari 21 hingga 30 Oktober 2016  yang mana bakal menampilkan 50 penerbit buku terkenal tanah air seperti PTS Publications, Telaga Biru, Must Read, Ana Muslim, Dubook Press, Institut Terjemahan Buku Malaysia, Jakim dan banyak lagi la.

Memang power kan lineup penerbit yang ada?

Harga Buku Serendah RM2

Haaa mengelabah dengar harga buku RM2 je.

Yup harga lelong! Harga sebuah buku hanyalah serendah RM2 dan RM5 bagi sebuah buku dan RM 1 untuk sekeping majalah.

Makna kata, ada diberikan diskaun sehingga 80% untuk harga buku!

Dianjurkan Selama 10 Hari

Ranjang jadual anda harini, dan jangan lepaskan peluang untuk terjah 100 buah booth jualan yang akan menawakan pelbagai aktiviti dan acara menarik kepada pengunjung seperti busking, ceramah, diskusi buku, pertandingan selfie, pertandingan mewarna, dan sesi beramah mesra dengan artis terkenal seperti Haliza Helmi dan Yatt Hamzah.

Bawa Kotak Ke Pesta Lelong Buku

Uncle bagi tau awal-awal, sediakan kotak sebelum membeli belah. Nanti menyesal tak menang tangan nak bawak buku buku tu semua. Kalau tak ada kotak tu, bawa trolley beg pun lagi baik.

Bawak RM100, konfim berkilo buku boleh bawak balik sebab Pesta Lelong Buku ni mensasarkan kepada mereka yang ingin membeli buku pada harga yang sangat MURAH.

Lokasi Pesta Lelong Buku Putrajaya 2016 akan diadakan:

Untuk maklumat lanjut pengunjung boleh melayari laman Facebook, twitter dan insta @pestalelongbuku atau @sinergiilmu utk mendptkn maklumat lanjut atau menghubungi 0193258285 atau 0193258289.

Jumpa anda dengan kotak buku ek nanti hehe. Jumpa anda di #PestaLelongBuku. #DahTakDeAlasan tak mampu nak beli buku 😉



1,129 total views, 3 views today

Comments
  1. zool
  2. Time Traveller
  3. Noriza Rahman
  4. mawardiyunus
  5. Ummul azkee
  6. BudakVanilla
  7. Bonde Zaidalifah
  8. Ikhwan
  9. Husna Rahman
  10. nurul fatin adiana
  11. Vinnity
  12. mrhanafi
  13. raihanah
  14. siti hazreen
  15. Ira
  16. Bro Framestone

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Recommended
Recommended
Sejujurnya tak terlintas langsung nak ke KL Tower Mini Zoo....