Mifuki Inn Hotel, Tempat Penginapan Bajet Ho Chi Minh City

Share

Mifuki Inn Hotel Penginapan Bajet Ho Chi Minh City | Okay, uncle sambung lagi cerita untuk trip uncle di Ho Chi Minh City (HCMC), Vietnam. Kalini uncle kongsi mengenai tempat penginapan pula.

Sepanjang 3 hari uncle di HCMC, uncle dan travel buddies uncle menginap di Mifuki Inn Hotel.

ho chi minh city saigon mifuki inn budget hotel

Hotel ini terletak di District 1. Mengambil masa dalam 5 minit berjalan kaki ke Ben Thanh Market. Hotel bajet ini senang nak akses kedai serbaneka 24 jam, farmasi, dan kurang sibuk dari kesibukkan jalan.

Untuk mereka yang ingin bercuti di HCMC, Mifuki Inn adalah salah satu hotel bajet yang di rekomen oleh TripAdvisor. Banyak review yang di tulis oleh mereka yang menginap di hotel ini yang korang boleh baca di laman sesawang TripAdvisor.

Ada 2 jenis bilik, regular dan deluxe. Memandangkan bajet yang sedikit, kami ambil bilik regular.

Untuk regular room ada 1 katil saiz queen.

Untuk regular room ada 1 katil saiz queen. Untuk pengetahuan uncle travel bertiga. Jadi bayangkan tahap ke-sadin-nan bila 3 orang berkongsi satu katil.

Kelengkapan asas yang di sediakan cukup untuk meraka yang

Bilik air pun tak kecil sangat, okay dari segi saiz dia. Hot shower pun ada di sediakan untuk tetamu yang menginap.

Sarapan pagi turut di sediakan secara PERCUMA kepada yang menginap di sini.

Sarapan pagi turut di sediakan secara PERCUMA kepada tetamu yang menginap di sini.
TAPI untuk yang beragama Islam, hanya boleh makan roti sahaja sebab yang lain-lain makanan yang di sediakan adalah NON-Halal food.

Korang

Kalau nak Cu Chi Tunnel atau ke Mekong Delta, boleh dapatkan servis perkhidmatan daripada TNK Travel. Satu booth kecil di buka di dalam Mifuki Inn Hotel bagi memudahkan tetamu membuat tempahan.

mifuki inn rate

Komen uncle untuk Mifuki Inn Hotel :

Servis yang di sediakan okay dan penyambut tetamu ramah. Walaupun tak berapa fasih, diorang agak ok juga dalam berbahasa ingeris. Jadi tiada masalah komunikasi dengan penyambut tetamu.

Bagus pasal hotel ni adalah FREE WIFI yang di sediakan kepada tetamu yang menginap. Speed internet pun agak OK di sini. Tak teruk pun. Jadi dah boleh jimat dari segi pengunaan data plan kalau gunakan Free WiFi semasa dalam percutian.

Cuma uncle harap untuk masa hadapan, pihak Mifuki Inn Hotel boleh sediakan makanan halal kepada para tetamu yang beragama Islam supaya memudahkan para tetamu untuk mendapatkan makanan halal.

Alamat Mifuki Inn Hotel:
31 Le Anh Xuan Street
District 1, HCMC, Vietnam

Contact Mifuki Inn Hotel:
Tel: (84-8) 3829 5292
Fax: (84-8) 3824 4003
Email: resinn@mifuki-hotel.com

Peta untuk ke Mifuki Inn Hotel

Peta untuk ke Mifuki Inn Hotel

 

Nota kaki: Apa pendapat korang kalau uncle berhenti kerja dan jadi fulltime blogger?

9,765 total views, 9 views today

Share
Comments
  1. Rose
  2. nadia johari
  3. Debbie Elara
  4. Miera Nadhirah
  5. ahmadyani
  6. achie
  7. serinian
  8. Farra Arisha
  9. Belang tarung
  10. encikarman.com
  11. sabree hussin
  12. Hero Borneo
  13. Jie Susanos
  14. rujukan
  15. Noriza Rahman
  16. siti hazreen
    • Uncle Zuan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge