Karnival Citrarasa Homestay Malaysia 2016
5 November yang lepas, uncle bersama Gaya Travel dan 30 orang blogger & influencer antarabangsa telah menghadirkan diri ke Karnival Citrarasa Homestay Malaysia 2016.
Karnival telah dianjurkan oleh Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia (MOTAC) selama 3 hari dari 4 November hingga 6 November 2016.
Sepanjang karnival ini berlangsung, uncle lihat ada pelbagai aktiviti dan program menarik disediakan khas kepada para pengunjung.
Tujuan karnival ini diadakan adalah untuk mempromosikan pakej, produk dan aktiviti-aktiviti yang ditawarkan oleh pengusaha Program Homestay Malaysia kepada pelancong dan pengunjung ke negeri Melaka khususnya.
Khabarnya Karnival Citrarasa Homestay ini telah berjaya mengumpulkan lebih 180 pengusaha homestay dari seluruh negara. WOW! No wonder la meriah semacam suasana kat tapak karnival.
Nota: Sehingga Oktober 2016, MOTAC telah berjaya mendaftarkan sebanyak 193 buah homestay di seluruh negara. Dan pendapatan negara dari sektor homestay telah meninggat sebanyak 9.5% beranding tahun lalu.
Program yang berlansung selama 3 hari ini dibuka kepada pengunjung dan pelancong luar terutamanya dari jam 10 pagi. Pelbagai jenis makanan, minuman dan permainan tradisional telah disediakan kepada pengunjung yang hadir
Majlis Karnival Citrarasa Homestay Malaysia 2016 dirasmikan oleh YB Dato Mas Ermieyati Samsudin, Timbalan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia
Petikkan ucapan dari YB Dato Mas Ermieyati Samsudin; “Selaras dengan hasrat kementerian ini untuk terus memantapkan program Homestay Malaysia sebagai salah satu pemacu ekonomi negara melalui pelancongan dan kebudayaan berasaskan komuniti dan menggalakkan penyertaan masyarakat luar bandar dalam sektor pelancongan, perlaksanaan Karnival Citrarasa Homestay Malaysia 2016 adalah bertemakan “For Our Culture, Nature and Future”.”
Ramai wakil pengusaha homestay dari negeri-negeri lain serata negara menghadirkan diri dan yang menjadikan lebih unik mereka turut memakai baju tradisi bagi melambangkan negeri masing-masing
Diharap karnival seperti ini terus diadakan pada masa akan datang bagi memantapkan lagi industri pelancongan Tempatan terutamanya dalam mempromosikan homestay yang terdapat dalam Malaysia.
**********
#ICYDKMelaka singkatan In Case You Didn’t Know Melaka, adalah sebuah program lawatan hasil usaha sama Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia (MOTAC) dengan Gaya Travel Magazine yang telah dianjurkan dari 3 November – 5 November 2016.
Lawatan ini adalah bersempena dengan Karnival CITRARASA HOMESTAY MALAYSIA 2016 dan bertujuan untuk memberi publisiti kepada industri homestay, penginapan yang merehatkan dan tarikan & aktiviti terkini di Melaka. Sebanyak 30 media, penulis blog & influencer tempatan dan antarabangsa telah menurut serta dalam lawatan ini.
7,845 total views, 5 views today
wahh best event camni
uncle napa tak ajak saya? nak tido di homestay..
yudi randa recently posted…Warna Warni Pesona Melaka, Malaysia
menariknya kenapa la akutak berpeluang join event ni isk2
alaa, rugi tak datang, kalau tak boleh makan macam-macam hehe
siti hazreen recently posted…Bila Astro Telefon
hehe rugi sangat tak datang Karnival Citrarasa Homestay ni
Uncle Zuan recently posted…The Settlement Hotel Melaka
Melalui program seperti ini akan dapat memudahkan pengusaha homestay mempromosikan homestay masing2..
anuar recently posted…Seminar Tajwid LuarBiasa Mega untuk ibu bapa dan anak-anak sempena musim cuti sekolah
ya betul tu, sekaligus membuka mata orang ramai mengenai kelebihan tinggal dalam homestay
Uncle Zuan recently posted…The Settlement Hotel Melaka
Wah..melaka memang aktif mempromosikan aspek pelancongannya.
betul tu. walaupun dah memang well known dikalangan pelancong, Melaka masih lagi aktif mempromosikan produk pelancongan yang ditawarkan
Uncle Zuan recently posted…The Settlement Hotel Melaka
cantik nya penari
kan, klu uncle tak ada khaleesi, dah pass dah namecard uncle kat pemakai pakaian tradisional melayu tu hehehehe
Uncle Zuan recently posted…The Settlement Hotel Melaka
wah best nya acara begini, boleh tengok kot ada tawaran menarik melancong murah…hihiihi
karnival citrarasani tak ada pakej melancong kak, untuk promote homestay gaya kampung stay je
Uncle Zuan recently posted…The Settlement Hotel Melaka