Mencari Teknologi

Share

Suatu device atau alat teknologi diperlukan pada hari ini bagi memudahkan pelbagai perkara termasuklah social, berhibur, perniagaan, berita dan pembelajaran.

Tablet? Smartphone? ataupun Netbook? Kenyataannya, den perlukan sesuatu yang portable, durable, dan affordable untuk terus online dan keep myself up-to-date di dalam dunia blog, business, dan laman social.

Kenapa perlukan ini? Sebab seminggu den berada di dunia tanpa internet. Kenapa tak beli internet dan bawa lappy sahaja? Sebab den tak secure bila bawa lappy den ke bilik sewa. Macam-macam benda boleh jadi di sana. Risau beb! Takkan nak mengusung je lappy tu ke mana mana.

Bagi yang belum mengetahui, den sekarang tidak lagi tinggal bersama family. Sekarang sudah menyewa di sebuah bilik di kawasan Pandan Indah. Sebab apa menyewa? Bagi memudahkan mencapai misi tahun ini dan tahun tahun seterusnya. Sedikit pengorbanan bagi suatu masa depan.

Den sekarang ni baru memulakan sebuah perniagaan, dan memerlukan rakan-rakan niaga yang serius. Berminat? Contact me 😉

Di dalam dilemma sekarang ini, samaada ingin mendapatkan tablet, smartphone yang baru ataupun sebuah netbook (mungkin bukan option yang bagus).

 

  • Kenapa Tablet?

Kerana ia bersaiz kecil, boleh dibawa kemana mana, dan boleh buat multitask dengannya. Bateri smartphone boleh di jimatkan jika melayari internet menggunakan tablet. Tapi kekurangan adalah, ia mungkin tidak ada keyboard dan melambatkan masa untuk menaip. Lagi memeningkan, begitu banyak model tablet yang bagus bagus di pasaran harini.

Ada blogger yang pernah pakai tablet update dan blogwalking? Feedback anda?

Target Tablet: iPad Mini with Retina Display , Google Nexus 7

 

  • Kenapa Smartphone?

Sebab smartphone den sudah agak usang. Percaya tak, main facebook pun boleh hang. Tapi kekurangan yang ada pada smartphone adalah, ia hanyalah smartphone yang stupid-battery. Nak kena bawa powerbank bila ke mana mana, lecehnya..

Ada blogger yang lebih gemar gunakan smartphone untuk update dan blogwalking? Feedback anda pula?

Target Smartphone: Google Nexus 5, Samsung Galaxy Note 3

 

  • Kenapa tak ke Cybercafe je?

Maklumat tak secure, rate mahal, dan time tak flexible. Percaya atau tidak, dah lebih 3 tahun den tak ke CC tak rasa tak secure bila surf di sana.

 

Bila fikirkan nak beli sesuatu, mesti memerlukan wang. Pada den ini satu pelaburan, bukan satu ‘pembakaran wang‘ kerana ia akan dijadikan satu modal atau aset pelaburan yang boleh digunakan untuk menjana pendapatan.

So, ada cadangan mana patut den pilih? Ehhh, ke ada yang nak sponser den sebuah tablet? Hehe

Zuan
p.s: Salam Maulidur Rasul 🙂

Share
Comments
  1. Hafizul
  2. iluvtour
  3. ema
    • Zuan
  4. Dkna Abza
  5. Denaihati
  6. Dulu Lain Sekarang Lain
  7. Khairul Zamri
  8. shraqs
    • Zuan
  9. guliroket
    • Zuan
  10. hazman aka species1980
  11. titan
  12. Bahrain
  13. nikkhazami
  14. Mohd Shubhi
  15. akubiomed

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge