Menarik Mengenai Tarian Singa
Bila sebut je Tarian Singa (Lion Dance), tak lari dengan perayaan Tahun Baru Cina. Baru-baru ini uncle mengikuti program Rentak Selangor untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Tarian Singa.
Seperti Tarian Naga, Tarian Singa juga adalah sebahagian daripada tarian tradisional dalam adat warisan masyarakat Cina. Cuma bezanya dengan Tarian Naga, untuk Tarian Singa, si penari akan meniru pergerakkan singa dengan memakai kostum singa.
Kebiasaan tarian Singa ditarikan oleh 2 orang penari yang mana seorang akan memainkan bahadian hadapan dengan mengerakkan kepala singa, dan yang belakang akan memainkan bahagian belakang kostum tersebut. Kalau diperhati, kedua-dua penari akan bergerak seakan-akan singa di atas pentas.
Persatuan Tarian Singa Hong Jing Selangor
Ditubuhkan pada tahun 1986, Persatuan Tarian Singa Hong Jing dibawah kelolaan Master Siow kini mempunyai 47 kumpulan tarian singa. Percaya atau tidak, yang harini Malaysia merupakan pioneer kepada penganjuran ‘Lion Dance Competition’ dan kumpulan Persatuan Singa Hong Jing dinobatkan sebagai salah satu negara terbaik dalam Tarian Singa.
Master Siao, selain dari menguruskan persatuan Wan Seng Hang, beliau juga aktif menguruskan perniagaan untuk kelengkapan Tarian Singa selama lebih 30 tahun.
Ketelitian yang tinggi diperlukan bagi menyiapkan sebuah kepala singa. Ia mengambil masa sehingga 8 hari untuk menyiapkan sebuah kepala singa yang berharga lebih kurang RM2000.
Sejarah Ringkas Mengenai Tarian Singa
Sejarah Tarian Singa yang popular sebagai warisan orang Cina dikatakan bermula lebih 1000 tahun yang lalu. Bagi adat kebanyakkan orang Asia, singa merupakan pelindung dan Tarian Singa ni agak popular di China, Taiwan, Jepun, Korea, Thailand, Malaysia dan Vietnam.
Tahu tak yang ada 2 jenis Tarian Singa yang popular iaitu “Tarian Singa Utara” dan “Tarian Singa Selatan”.
Secara ringkasnya, Tarian singa Utara berasal dari bahagian utara China. Ia sebagai hiburan diraja yang mana kostum singa tersebut kebiasaannya berwarna warna merah, jingga. Untuk Tarian Singa Selatan pula, ia selalu dipersembahkan sebagai istiadat ataupun upacara untuk membuang semangat jahat dan dipersembahkan sebagai upacara meminta tuah.
Kalau dilihat, Tarian Singa merupakan satu yang agak popular di negara ini yang uncle percaya akan sentiasa ada lapisan-lapisan baru yang akan terus mempraktikkan dan memperjuangkan Tarian Singa.
rentak-selangor
Program Rentak Selangor adalah hasil kerjasama antara UPENS (Unit Perancangan Negeri Selangor), Tourism Selangor dan GayaTravel penyelaras program.
11,418 total views, 1 views today
syokk ooo tengok tarian nih 😉
siti hazreen recently posted…Borang Rayuan Permohonan Ke Tingkatan 6 KISAS dan SMAP Labu Tahun 2017
memang banyak syok dapat tengok tarian singa
Uncle Zuan recently posted…I Change To MOTO7 Motor Oil
Bestnya kalau dapat tengok tarian naga dan tarian singa secara live..
anuar recently posted…Hadiah-hadiah berjumlah RM50 Ribu untuk dimenangi dalam Cabaran Affiliate MEGA 2017
memang best dapat tengok secara live. dapat tengok aura penari dan mereka yang terlibat dalam tarian singa
Uncle Zuan recently posted…I Change To MOTO7 Motor Oil