Festival Kebudayaan Hyo Seok

Share

Semakin terasa bahang Sukan Olimpik dan Sukan Paralimpik PyeongChang 2018. Bagi yang berpeluang, boleh la ke bandar PyeongChang pada awal bulan September, boleh la merasai Fesival Kebudayaan Hyo Seok.

Hyo Seok Cultural FestivalFesival Kebudayaan Hyo Seok

Festival ini diadakan bagi memperingati penulis novel modern Korea, Lee Hyo Seok (1907-1942) yang popular dengan novelnya ‘When Buckwheat Flowers Bloom’ yang menceritakan hubungan antara manusia dan keindahan alam.

Festival ini menawarkan pelbagai program seperti pameran puisi, malam kesusasteraan, pertandingan esai Hyo Seok, memasak makanan gandum, dan banyak lagi. Selain itu, pelawat boleh melawat tempat kelahiran dan dewan peringatan Lee Hyo Seok.

Festival ini akan diadakan di 157, Ihyoseok-gil, Pyeongchang-gun, Gangwon-do dari 2 September hingga 10 September 2017. Untuk ke Bongpyeong, pengungjung perlu mengambil bus intercity ke Jangpyeong Intercity Bus Terminal dan kemudiannya ambil bus ke Bongpyeong atau Phoenix Park.

Lee-Hyo-Seok-Cultural-Hall

Lee Hyo Seok 李孝 石 (1907-1942).

Lee Hyo Seok

Lee Hyo Seok merupakan seorang penulis novel Korea yang menggunakan nama pena ‘Gasan’. Beliau dilahirkan pada 23 Februari 1907 di Pyeongchang, Gangwon-do. Lee menulis lebih daripada 70 keping fiksyen dan telah menarik perhatian dunia sastera pada tahun 1928 apabila karyanya ‘City and Ghost’ diterbitkan di Joseon Jigwang. Lee menerbitkan banyak karya lain termasuk: ‘Unanticipated Meeting’, ˹Shattered Red Lantern’ dan ˹At Sea Near Russia’, yang semuanya mencerminkan simpati sosialisnya.

 

Lee Hyo Seok Culture Village dan Lee Hyo Seok Cultural Hall

Kampung Budaya Lee Hyo Seok adalah tempat Lee Hyo Seok dilahirkan dan dibesarkan. Kampung ini juga merupakan inspirasi ‘When Buckwheat Flowers Bloom’ yang merupakan salah satu novel pendek paling popular di Korea sehingga hari ini.

Lee Hyo Seok Culture Village

Pada tahun 1990, tempat kampung ini telah diletakkan sebagai ‘first national cultural village’ oleh Kementerian Kebudayaan dan Pelancongan Korea. Kampung ini terdiri daripada rumah kelahiran penulis, kilang air, Chungjujip, Taman Gasan, Dewan Memorial Lee Hyo Seok, dan Muzium Spoba.

Pada kemuncak musim bunga, pengunjung boleh menikmati pemandangan indah padang bunga soba dan dari hujung bulan ogos hingga awal September, berlangsung Festival Kebudayaan Hyo Seok.

Lee-Hyo-Seok-Cultural-Hall

Di sini terletak juga rumah kesusasteraan yang terdiri daripada pameran sastera (kronologi karya Lee Hyo Seok), Kelas Sastera, Seni Penyelidikan, Ruang Idea Kreatif, dan teater untuk kesusasteraan. Terdapat juga bongkahan lama Bongpyeong dan video untuk interaksi bersama kanak-kanak, serta beberapa aktiviti yang menarik untuk disertai pengungjung. Kemudahan ini mengandungi dokumen berharga seperti akhbar, majalah, dan penerbitan buku pertama penulis. Di samping dari tejermahan sastera, rumah ini terkenal dengan landskap luar yang indah, Taman Sastera, dan jejak bunga soba.

120 total views, 1 views today

Share
Comments
  1. siti hazreen
  2. Ikhwan
  3. Zayani Zulkiffli
  4. Rafzan Tomomi
  5. anuar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge