Memakai Jam Berjenama Masih Lagi Satu Trend

Uncle suka pakai jam tangan. Kalau nak ke tempat kerja atau travel ke mana-mana, mesti kena pakai jam. Rasa tak lengkap tanpa jam tangan.

Nak dijadikan cerita, uncle pernah patah balik ke rumah ketika dalam perjalanan ke tempat kerja semata-mata nak ambil jam sahaja.

Kenapa uncle suka pakai jam? Salah satu sebab uncle suka pakai jam adalah sebab uncle lagi suka tengok jam kat jam dari tengok jam kat iPhone uncle.

Salah satu sebab lagi adalah…

jam berjenama

…uncle akan nampak lebih kacak, bergaya dan lebih konfiden apabila memakai jam. Betul kan? Hehe…

Harini ada banyak jam berjenama yang kita boleh beli di kedai-kedai mahupun secara online. Uncle tak kesah bab harga dan jenama jam tangan tu sangat. Janji jam tangan tu selesa di pakai, dan sesuai dengan gaya uncle.

Uncle ada beberapa jenis jam berjenama dalam koleksi uncle. Rasanya tak perlu la kot bagitau apa jenama uncle pakai ya? hehe…

Setiap jam yang uncle ada, uncle akan pakai ikut pada kesesuaian.

Sebagai contoh mudah, kalau uncle nak jalan-jalan atau ke tempat kerja, uncle akan pakai jam tangan kasual. Kasual ni pada uncle, talinya mesti kulit, dan jenis analog bukan digital. Dari segi warna, uncle suka warna gelap seperti hitam atau cokelat gelap untuk tali.

Kalau uncle nak melakukan aktiviti sukan seperti jogging atau berenang, uncle akan pakai jam sport jenis digital yang talinya adalah getah atau plastik. Amatlah tak selesa kalau pakai jam kasual yang talinya besi atau getah ketika bersukan.

Daripada dua contoh di atas yang uncle kongsi boleh disimpulkan yang sebelum memilih jam yang anda nak pakai atau beli, perlulah pertimbangkan dari gaya hidup anda. Jam jenis kasual adalah lebih sesuai untuk dipakai ketika ke tempat kerja atau di luar. Jam sports untuk aktiviti sukan. Tapi kalau mahu bergaya atau nampak lebih classy, boleh la pakai jam yang klasik designnya dan tahan lama.

Dengan itu, pada uncle memakai jam tangan masih lagi satu trend. Apa pula pendapat anda?

Comments
  1. Akak Kembang
  2. aRz MoHa
  3. aimannajmy
  4. suri
  5. titan
  6. Olaoli
  7. Ezad Skytech
  8. mrhanafi
  9. reezluv
  10. Padin
  11. Noriza Rahman
  12. mejuez
  13. matthew
  14. Datin Tyka
  15. seri nian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Recommended
Recommended
Teringin nak mandi air panas pada tengah-tengah malam atau di pagi hari? Tiada masaalah,...