Melantak Thai Rice Noodle di Boat Noodle

Kejap-kejap si polan upload makan kat situ, kat sini dan kat sinun. Fuhhhh penuh feed IG & FB uncle dengan makanan, sampai uncle pun dah terpengaruh nak upload gambar makanan je.

Tapi banyak-banyak tempat makanan yang di upload, uncle paling teruja nak try makanan di Boat Noodle a.k.a Mee Sampan. ‘Dengar kata’ makan Thai Rice Noodle kat sana bermangkuk-mangkuk pun tak cukup. Makin teruja la uncle nak try kan sebab uncle hanya dengar kata, belum cuba rasa 😀

Jumaat lepas, dapat juga uncle pekena Thai Rice Noodle kat salah satu outlet Boat Noodle di Times Square. Thanks dekat rakan blogger Eazy Izzuddin sebab teman uncle melantak kat Boat Noodle. Memang layan beb makan kat sini.

boat noodle times square menu

Menu makanan dan minuman yang ada di Boat Noodle. Harga makanan dan minuman yang di senaraikan belum termasuk GST.

boat noodle times square new product menu

Produk baru yang ada di Boat Noodle yang uncle tak sempat nak cuba lagi

Untuk pengetahuan korang, di Thailand, Boat Noodle ada sijil Halal. Tapi kat dalam Malaysia ni masih dalam proses terakhir untuk dapatkan sijil halal.

Menurut pihak Boat Noodle, mereka menggunakan bahan mentah seperti daging dan ayam dari pembekal yang ada sijil halal.

Thai Rice Noodle Boat Noodle

Disebabkan ini kalu pertama uncle try Thai Rice Noodle diorang, uncle cuba semua 4 menu yang ada iaitu Pathumthani Beef Thai Rice Noodle, Ayutthaya Beef Thai Rice Noodle, Pathumthani Chicken Thai Rice Noodle dan Ayutthaya Beef Thai Rice Noodle.

boat noodle times square

Uncle makan dulu yeee~ hehehe 😀

Secara keseluruhannya, uncle puas hati dengan servis yang di sediakan. Harga pun berpatutan. Uncle cakap sama lu, Boat Noodle punya Cha-Yen (Thai Iced Tea) memang kick teh ais ikat tepi yang kita biasa beli kat mamak.

Rasa Thai Boat Noodle memang ‘umph’!!! Empat mangkuk tak cukup wooo. Memang kena layan lebih. Tak heran la kalau sorang order sampai 10 mangkuk untuk sekali makan.

boat noodle times square uncle zuan dan eazy food review

Thanks Eazy sebab teman uncle. Lepasni mungkin dah susah sikit nak ajak Eazy lepak.

Ok, sapa nak teman uncle pekena Boat Noodle lagi?

Nota kaki: Uncle 2 kali layan film Mission: Impossible – Rogue Nation. Uncle ada perasan yang uncle ni ada rupa paras macam Tom Cruise

Comments
  1. nadia johari
    • Uncle Zuan
  2. Nadiah Suhaidi
    • Uncle Zuan
  3. encikarman.com
  4. Nurul
    • Uncle Zuan
  5. Noriza Rahman
  6. Hero Borneo
  7. Ina Ainaa
  8. Iena eliena
  9. Eina

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Recommended
Recommended
Dah lama uncle riki kedai burger Fuel Shack ni. Rasa makin...