Mega Wedding Menawarkan Pakej Perkahwinan Murah & Lengkap

Share

Terkejut uncle dapat jemputan untuk menghadiri majlis Mega Wedding tempoh hari. Dalam kepala uncle bermain macam-macam perkara.

Antaranya adakah ini majlis kahwin ramai-ramai atau majlis kahwin yang memang ramai tetamunya. Sekali uncle usya kad jemputan, rupanya ia majlis perkahwinan yang meraikan 10 pasangan pengantin.

Wow!

Tergamam dan teruja uncle nak pergi. Ya la, bukan jemputan yang selalu kita biasa dapat kan? Ia adalah jemputan ke majlis yang uncle boleh katakan highlight of the year!

Awal juga uncle sampai pada hari tu, ketibaan pengantin dijangka pada selepas masuk Zohor, tapi uncle datang awal dari kebiasaan bagi merasai kemeriahan Mega Wedding ini.

Memang menepati jangkaan uncle, meriah sangat majlis Mega Wedding yang diadakan di Marina Putrajaya ini. Dengan kehadiran jemputan tetamu dari setiap pasangan, uncle dah tak rasa macam majlis perkahwinan, dah rasa macam event tahunan je.

Mana taknya, dengan adanya booth ice-cream, aktiviti menarik dikelola oleh MC dan macam-macam lagi yang menarik.

mega wedding

Mega Wedding Menawarkan Pakej Perkahwinan Murah & Lengkap

Sempat juga uncle bertanya kepada penganjur majlis mengenai pakej yang ditawarkan. Hehe mengidam juga nak kawin ramai-ramai macam ni. Mesti best!

Dengan kos kahwin yang semakin meningkat saban hari, paling tak kurang pun nak kena ada RM20k juga. Terkejut uncle apabila diberitahu penganjur yang pakej Mega Wedding ini cuma RM7000!

Yup, dengan hanya RM7000, pasangan akan dapat;

  1. Tajaan dan Pengurusan majlis Pernikahan
  2. 200 pax jemputan untuk setiap pasangan
  3. Menu Katering istimewa
  4. Live show daripada band terpilih
  5. Deejay Jemputan dan PA System
  6. “Door Gift” untuk setiap tetamu
  7. Videografi dan Fotografi merangkumi seluruh perjalanan acara
  8. Liputan khas daripada media
  9. Hadiah misteri daripada pelbagai penaja istimewa
  10. Pelayaran Cruise istimewa sepanjang Tasik Putrajaya untuk setiap pasangan
  11. Pelamin Gergasi Eksklusif istimewa
  12. Pelamin Nikah di dalam Cruise
  13. Pengurusan majlis nikah di Masjid Putra, Putrajaya
  14. Percuma Kad Kahwin untuk setiap jemputan para pasangan
  15. Kek Kahwin untuk semua pasangan
  16. Parkir Khas untuk pengantin
  17. Hand Bouquet Setiap Pasangan
  18. Penginapan Hotel satu malam di Shangri-La Putrajaya (5 Bintang)

Untuk yang berminat atau ada kawan-kawan yang mencari pakej perkahwinan all-in macam ni, boleh la hubungi Ashaari di talian whatsApp www.wasap.my/60189634563/MegaWedding atau call terus 0189634563.

Pendaftaran untuk Mega Wedding 2018 telah dibuka. Layari FB Mega Wedding Malaysia.

320 total views, 17 views today

Share
Comments
  1. Khairul Zamri
  2. Zaimi
  3. MIgha
  4. NORIZA ABDUL RAHMAN
  5. titan
  6. Ikhwan
  7. nikkhazami

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge