Marrybrown Melancarkan “Doraemon Birthday Bash” Bersama Kanak-Kanak Dari Rumah Kebajikan

Bila sebut je nama Marrybrown, terus lapar ayam goreng rangup dia. Siapa yang tak kenal dengan jenama rangkaian makanan segera yang menyajikan sajian ayam goreng rangup selama 38 tahun ni kan?

20 Disember yang lepas Marrybrown bekerjasama dengan Doraemon melancarkan pakej hari jadi “Doraemon Birthday Bash”.

Sambutan birthday di Marrybrown bersama Doraemon

Sempena meraikannya, Marrybrown telah membawa lebih daripada 100 kanak-kanak dari empat buah rumah kebajikan di sekitar Lembah Klang untuk makan bersama di Marrybrown cawangan IOI City Mall Putrajaya. Mereka juga turut dibekalkan dengan kelengkapan seperti alat tulis dan beg sebagai persediaan ke sekolah.

Marrybrown turut menyediakan aktiviti menarik untuk kanak-kanak yang hadir.
Doraemon turut membuat penampilan bagi menceriakan kanak -kanak istimewa ini.
Hos untuk event kali ini tak lain tak bukan adalah Nisa Kay.

Menurut Datin Nancy Liew, Pengarah Urusan Marrybrown “Kami berbangga dapat bekerjasama dengan Doraemon. Justeru kami dapat memperkenalkan pakej hari jadi. Kami pasti dengan kerjasama ini, akan membawa senyuman dan kenangan yang manis kepada kanak-kanak istimewa ini

“Marrybwon sentiasa berada dalam visi menyajikan makanan dan minuman yang mampu menyentuh hati dan menghubungkan rakyat Malaysia. Oleh yang demikian, tiada halangan dari pihak kami untuk bekerjasama dengan Doraemon kerana kami tahu watak kartun tersebut sentiasa dekat dihati rakyat Malaysia seperti mana makanan kami di Marrybrown” ujar Datin Nancy lagi.

Pada yang berminat dengan pakej birthday Doraemon, boleh dapatinya secara exclusive di semua outlet Marrybrown seluruh Malaysia dari Disember 2019 sehingga Mei 2020. Maklumat lanjut mengenai promo ni, boleh dapat di sini: marrybrown.com/birthday-party

413 total views, 2 views today

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge