Malaysia Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta

MERDEKA, MERDEKA, MERDEKA…

Selamat Hari Merdeka ke-57

Pada 30 Ogos 1957, di Padang Kelab Selangor (harini dikenali dengan Dataran Merdeka), telah berlangsung peristiwa bersejarah bagi tanah melayu. Bendera Union Jack diturunkan menandakan penyerahan pemerintahan Persekutuan Tanah Melayu kepada warga Tanah Melayu oleh British.

Tanggal 31 Ogos 1957, di hadapan 20 ribu rakyat Persekutuan Tanah Melayu dan Raja-rajanya serta perwakilan dari negara Komanwel, Perdana Menteri Malaysia yang pertama, Tunku Abdul Rahman mengistiharkan kemerekaan malaysia. Pengistiharaan tersebut disabut dengan laungan ‘Merdeka’ sebanyak 7 kali.

MERDEKA, MERDEKA, MERDEKA, MERDEKA, MERDEKA, MERDEKA, MERDEKA..

Malaysia Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta…

#FaktaMerdeka

Lagu Tanggal 31 Ogos nyanyian Allahyarham Sudirman Arshad adalah hasil ciptaan komposer lagu dari Medan, Indonesia, Ahmad C.B.

Merdeka merupakan satu perkataan yang melambangkan kemerdekaan. Perkataan ini digunakan gerakkan pro-kemerdekaan & anti-penjajah semasa penjajahan Malaysia, Singapura dan Indonesia. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, mereka bermaksud “bebas (drpd penjajahan, kurungan, naungan, dll), lepas (drpd tebusan, tuntutan), berdiri sendiri, tidak bergantung pd yg lain

malaysia di sini lahirnya sebuah cinta tema logo 57

 

Perkataan Merdeka ada banyak makna pada den.

Ketika di waktu belajar dulu, perkataan ‘merdeka’ sesuatu yang di laungkan apabila habis peperiksaan. Tak kira la spm, exam akhir tahun, exam akhir semester, janji habis tugasan untuk belajar, di kira merdeka. Entah kenapa ketika itu den rasakan habis semua tu, ia adalah satu kemerdekaan. Padahal belajar tu suatu pilihan kita sendiri, bukan dipaksa untuk belajar pun. Kelakar kan?

Tapi harini, merdeka pada den bermakna kebebasan membuat apa yang den kehendaki. Sebagai contoh paling dekat, kebebasan untuk memilih pekerjaan. Den memilih untuk bekerja dalam bidang sales, bertentangan dengan jurusan pengajian den ketika di universiti iaitu Computer Programming. Ramai mengkritik, mengatakan den membazir masa dan wang belajar kat U kalau harini kerja sekadar seorang consultant bank. Pada den, tiada kesalahan lari bidang, itu pilihan den. Pada den, hidup terlalu singkat untuk hanya stick pada satu perkara, hidup terlalu singkat untuk hanya belajar mengenai IT. Dengan memasuki dunia sales, den belajar bagaimana ‘build rapport’ dengan orang. Pada den, skill yang den sedang belajar ni akan berguna masa akan datang, insha Allah.

 

blog uncle zuan white dove malaysia merdeka themeSambutan merdeka ke 57, ia memberi pelbagai makna kepada den. Jika di ingat dahulu, den hanya jelas yang merdeka bermakna merdeka dari penjajah British. Merdeka dahulunya pada den hanya pada mengibar bendera, menyanyikan lagu merdeka, dan lihat orang berarak di dataran merdeka.

Pernah dengar lagu Redemption Song oleh Bob Marley? Menceritakan seorang hamba yang di dalam tahanan. Di dalam lagu itu, Bob Marley sendiri mengungkapkan makna penghambaan secara fizikal. Menurutnya kita mungkin dalam penghambaan secara fizikal, tapi kalau minda kita bebas, kita sebenarnya bebas.

Harini jelas pada den yang merdeka ada pelbagai jenis makna. Merdeka bukan lagi semata-mata mengebar bendera, nyanyi lagu patriotik dan berarak di dataran merdeka. Merdeka boleh bermakna bebas minda dari pengaruh kurang elok, bebas hati dari tekanan yang tidak baik kepada diri sendiri yang boleh membawa kepada masalah kesihatan, dan bebas dengan membuat keputusan tanpa berharap atau bergantung dengan orang lain.

 

Terima kasih kepada pejuang kemerdekaan Tanah Melayu, Dato’ Maharajalela, Dato’ Bahaman, Tok Gajah, Mat Kilau, Mat Salleh, Pak Musa, Raja Haji, Penghulu Dol Said, Datuk Siamang Gagap, Yamtuan Tunku Antah, Sultan Abdullah, Tok Janggut, Raja Mahadi, Haji Abdul Rahman Limbong, Tok Moris, Tunku Kudin, Tunku Muhammad Saad, Leftenan Adnan, Sarjan Hassan, dan ramai lagi pejuang kemerdekaan  yang mungkin nama mereka tidak disebutkan di dalam buku sejarah. Terima kasih, tanpa anda, kami mungkin masih lagi di dalam jajahan dan tidak mengenal erti kemerdekaan.

 

Malaysia Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta..

Apa makna merdeka pada anda?

Sumber: http://ms.wikipedia.org/http://prpm.dbp.gov.my/http://www.arkib.gov.my/

Zuan

Comments
  1. syazana zainn
  2. Raihanah Ahmad
  3. Hafizul
  4. Anwar Abdullah @ Kaio
  5. Ismail N
  6. Miera Nadhirah
  7. diana
  8. Hero Borneo
  9. zik
  10. KiD
  11. Rosmiza Ali
  12. Denaihati
  13. Apk Baru
  14. titan
  15. Jia Rizaira
  16. mai has
  17. nikkhazami
  18. Faizal Fredley
  19. blogger lelaki
  20. dkna abza
  21. eyriqazz
  22. puteri kasih

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Recommended
Lirik Lagu Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta oleh Bob Yusof Cinta...