Makan Malam di BurgerByte Senawang

Alhamdulillah, 26 hari bulan April yang lepas, Abah kesayangan uncle telah menyambut hari ulang tahun kelahiran ke-53. Jadi dengan kesempatan itu, kami sekeluarga keluar makan di BurgerByte Senawang.

makan di burgerbyte

Agak lama uncle tak makan kat sini BurgerByte.

BurgerByte Senawang sentiasa penuh dengan pengunjung yang ingin menikmati burger bakar yang ‘dipanggang dengan jiwa’ ni. Jadi nak elak supaya susah nak dapat tempat duduk, kena datang awal atau reserve seat telebih dahulu.

Servis kat sini masih tip-top pada pandangan uncle. Pekerja mesra pelanggan. Style self service order yang efficient. Dan yang bagus, makanan yang di order, sampai dalam masa lebih kurang 5 minit. Jadi pada yang dah lapar tahap ‘dewa’ tu, tak perlu tunggu lama la klu nak makan kat sini.

Cuma uncle nak komen sikit, kadang makanan yang dah sampai, tak panas. Boleh kata, dah suam atau dah sejuk. Mungkin sebab fokus mereka untuk siapkan order secepat mungkin kepada pelanggan, jadi mungkin makanan memang dah siap di masak telebih dahulu sebelum di hidangkan.

 

Dah makan kat BurgerByte Senawang? Kalu belum, mai la singgah, boleh belanja uncle makan burger sambil dengar lagu nasyeed 😀

 

Nota kaki: Kebelakangan ni korang ada masalah tak nak bukak blog uncle?

Comments
  1. muliani
  2. MDHAFiZ.NET
  3. titan
    • Zuan
  4. zik
  5. mrhanafi
  6. adarain
  7. farzli

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge