Makan Malam Dengan Pengomen Tegar Blog Deq Noor

Share

Dah menjadi ruti uncle apabila update blog je, uncle akan balas komen yang ada di entri terdahulu dan kemudiannya uncle akan blogwalking ke blog blogger yang tinggalkan komen, dan blog yang ada di dalam bloglist uncle. Antara blog blogger yang uncle selalu terjah dan tinggalkan komen adalah Blog Deq Noor.

Siapa Deq Noor? Pada yang tak kenal blogger Deq Noor, beliau adalah seorang blogger yang suka travel, seorang food hunter dan selalu ke event. Biasanya sebelum uncle travel ke mana-mana, uncle akan terjah blog Deq Noor untuk dapatkan informasi daripada beliau. Deq Noor adalah antara blogger terawal yang uncle kenal dan jumpa iaitu sekitar tahun 2011. Sepanjang perkenalan uncle dengan Deq Noor, uncle senang dengan sikap beliau yang ceria, peramah, suka mengambil berat dan seorang yang workaholic. 😉

Jumat yang lepas, pada 31 July 2015, uncle dan 3 pengomen tegar yang lain yang dua daripadanya adalah ‘bujang’ mendapat jemputan untuk makan makan bersama. Makan malam bukan kat kedai Mamak ye, makan malam kat Laman Grill Steak & Bar-B-Que yang terletak di Seksyen 13, Shah Alam.

Sepatutnya, ada 5 blogger yang mendapat jemputan untuk makan malam tersebut, tapi blogger Afasz tak dapat menghadirkan diri atas masalah yang tidak dapat di elakkan.

Jadi blogger yang dapat jemputan selain uncle adalah;

Ezad Skytech (dia lagi??? Dah 4 kali rasanya nampak budak ni) JMR (ok, rasanya dah 2 kali dapat invitation, boleh terima la) Bro Framestone (takde orang lain ke? Asyik bro je)

Ezad Skytech (dia lagi??? Dah 4 kali rasanya nampak budak ni)
JMR (ok, rasanya dah 2 kali dapat invitation, boleh terima la)
Bro Framestone (takde orang lain ke? Asyik bro je)

Dinner bermula jam 8 malam dan berakhir pada lebih kurang 10 malam. Macam biasa la, bila dah lama tak jumpa, macam-macam perbualan di bicarakan. Dari persoalan epal atau timun hinggakan jualan kabinet kat IKEA pada minggu lepas.

Bahan-membahan memang tak boleh lari bila jumpa Bro Framestone. Uncle redha je la bila kena bahan dengan Bro + JMR. Ezad ambil langkah mudah untuk kurang bercakap sepanjang dinner untuk elakkan di bahan.

cz beef burger laman grill

Cz Beef Burger. Sangat lazat dan mengenyangkan sampai nak makan pencuci mulut pun dah tak larat

Cendramata dan Deq Noor tak dapat di pisahkan. Selalu kalau jumpa je, mesti ada buah tangan daripada Deq Noor kepada uncle. Hehe uncle siap ada satu kotak khas untuk simpan semua cendramata daripada Deq Noor. :D

Cendramata dan Deq Noor tak dapat di pisahkan. Selalu kalau jumpa je, mesti ada buah tangan daripada Deq Noor kepada uncle. Hehe uncle siap ada satu kotak khas untuk simpan semua cendramata daripada Deq Noor. 😀

Adakah muka-muka ini akan kekal pada dinner bersama Pengomen Tegar Deqnoor.com yang akan datang? Kita tungguuuuuu~

Terima kasih Deq Noor atas jemputan makan malam. Sangat kenyang makan burger tu hehe. Terima kasih juga kepada Laman Grill Steak & Bar-B-Que atas layanan istimewa yang di berikan kepada kami semua (Lain kali kalau ada menu baru, boleh la panggil blogger datang untuk review)

 

Nota Kaki: Bila la agaknya Food Blogger Popular Hazman Fadzil nak ajak makan makan dengan mengomen tegar blog dia ek?

Share
Comments
  1. deq noor
  2. zik
  3. Labulabi network
  4. Alin Marlini
  5. JMR
  6. Noriza Rahman
  7. Hero Borneo
  8. Ezad Skytech
  9. Bisnes Online
  10. Jie Susanos
  11. rahimah
  12. adarain
  13. Bro Framestone
  14. titan
    • Uncle Zuan
  15. reezluv

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge