Makan Di Sushi King Dan Menangi Percutian Ke Tokyo

Share

Sushi! Jangan tak tau yang uncle sekarang ni adalah salah seorang pengemar makanan sushi okay! Tapi masih lagi tak terer pakai chop stick. hahahaha.

Dan tempat favorite uncle makan sushi tak lain dan tak bukan, mesti la kat resoran makanan Jepun kegemaran rakyat Malaysia iaitu Sushi King!

Dari sekarang sampai 29 Febuari 2017 ni, sempena menyambut kedatangan Tahun Baru Cina tahun ini iaitu Tahun Ayam (The year of the Rooster), Sushi King telah memperkenalkan hidangan istimewa dinamakan “Doubly Fresh, Doubly Joyous”.



Jom Makan Di Sushi King Sempena Tahun Baru Cina

sushi_king-promo_2017

Jom pekena Yee Sang kat Sushi King.

Sushi King memang terkenal dengan kualiti dan kesegaran makanan yang dihidangkan. Hidangan istimewa Yee Sang dihidangkan bersama bahan-bahan berkualiti yang  segar bersama salmon premium yang dituai dari air laut yang biru Norway.

Sushi King Prosperity Yee Sang boleh didapati pada harga RM45.88 untuk 4 – 6 pax.

Selain dari Yee Sang, banyak lagi hidangan istimewa yang boleh dinikmati di Sushi King sempena Tahun Baru Cina ini seperti Spicy Sushi Salmon Teriyaki, Salmon Teriyaki Sushi, Fried Salmon Sushi dan lain-lain jenis masakkan sushi yang lain .

Tidak dilupakan adalah hidangan nasi versi Sushi King sendiri iaitu Salmon Don, Ontama Salmon Don and Seafood Bento.

sushi_king_cny

Sushi King: Doubly Fresh, Doubly Joyous Menu. Tipu la kalau tak terliur tengok menu-menu yang ada ni. Ada Assorted Sushi, Spicy Salmon Teriyaki, Salmon Don (S) dan Seafood Bento.

Makan Di Sushi King Dan Menangi Percutian Ke Tokyo.

Dan khas untuk Tahun Baru Cina ini, bagi menggandakan kegembiraan dan kemakmuran, pelanggan yang membelanjakan RM68 dan ke atas dalam satu resit di mana-mana cawangan Sushi King akan menerima set eksklusif Sushi King Ang Pow Daruma dan juga berada berpeluang untuk memenangi all-expense paid trip to Tokyo. WOW!!!

Jom makan kat Sushi King! Mana tau ada peluang menang pakej percutian ke Tokyo secara percuma!

Untuk maklumat lanjut mengenai “Doubly Fresh, Doubly Joyous”, boleh dirujuk di laman FB Sushi King Malaysia.

5,677 total views, 9 views today

Share
Comments
  1. Zlin
  2. Siti
  3. Anuar
  4. raihanah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge