Majlis Ulang Tahun Ke-2 Projek Travel

Pejam celik pejam celik, dah 2 tahun umur Projek Travel. Bayangkan, berapa banyak tempat yang mereka dah teroka dan promosi dalam dua tahun ni?

Pasti banyak pengalaman masam, pahit dan manis yang dilalui oleh 8 orang anak muda ini sepanjang mengendali organisasi Projek Travel yang trending di media social dengan hashtag #ProjekTravel.

majlis ulang tahun ke2 projek travel potong kek

Happy Birthday Projek Travel! Semoga terus success memberi inspirasi kepada pembaca dengan perkongsian anda!!!

Majlis Ulang Tahun Ke-2 Projek Travel. Alhamdulillah, uncle bersama lebih kurang 100 orang rakan media, bloggers, dan pembaca blog Projek Travel telah dijemput untuk menghadiri majlis ulang tahun kedua Projek Travel pada 20 Febuari 2016 yang lepas.

Majlis yang bertemakan “Black dan Gold” ini telah diadakan di Restoran D’Saji KL Titiwangsa dari jam 7 malam hingga 10 malam. Memang meriah majlis sambutan ulang tahun Projek Travel ni. Majlis disulamkan dengan persembahan kebudayaan, nyanyian artis tempatan, cabutan bertuah, sesi bergambar.

Mengenai Projek Travel:

Diilhamkan pada tahun Januari 2014 oleh 8 orang blogger yang obses terhadap pengembaraan dan pelancongan. Hari ini, Projek Travel merupakan sebuah organisasi yang berdaftar di bawah nama PT Network, dengan hasrat berkongsi pengalaman dan menyediakan platform bacaan alternatif kepada komuniti.

Dengan tagline “Berkongsi Memberi Inspirasi” terutamanya berkaitan informasi, makanan, pengembaraan dan gaya hidup. Projek Travel kini semakin aktif dan dikenali dalam komuniti sehingga menjadi pilihan di media social di bawah satu jenama iaitu #ProjekTravel yang kini mencecah lebih dari 14,00o pengguna.

Sehingga hari ini projektravel.com mendapat sokongan padu dan sambutan baik daripada pelbagai lapisan penggemar pelancongan dan pengembaraan sekaligus meningkatkan rating dan capaian dari masa ke semasa.

majlis ulang tahun ke2 projek travel 2

Pendaftaran untuk tetamu jemputan yang dibuka seawal 7 malam.

majlis ulang tahun ke2 projek travel 2 mawardi 3

Gelagat rakan blogger yang hadir memeriahkan majlis.

majlis ulang tahun ke2 projek travel tetamu kehormat

Barisan tetamu VIP yang hadir pada Majlis Ulang Tahun ke-2 Projek Travel.

majlis ulang tahun ke2 projek travel 2 mawardi

Ucapan dari wakil Projek Travel, saudara Mawardi Yunus. Macam Monoloque kan?

majlis ulang tahun ke2 projek travel d'saji

Makan malam tetamu telah di sponsor oleh D’Saji. Banyak pilihan makanan yang ada, semua sedap-sedap!

majlis ulang tahun ke2 projek travel persembahan kebudayaan

Persembahan kebudayaan oleh Artis D’Saji. Memang ‘havoc’ persembahan unik daripada mereka ini.

majlis ulang tahun ke2 projek travel farah fazny

Tetamu turut disajikan dengan persembahan istimewa 2nd runer-up Mentor Legend, Sarah Fazny.

majlis ulang tahun ke2 projek travel sandra

Penyanyi yang popular dengan lagu “Hey Kau”, Sandra tutut hadir menyanyikan lagi berhantunya.

majlis ulang tahun ke2 projek travel sakura band

Walaupun tanpa kehadiran lagi 2 orang anggota, Sakura Band berjaya menghiburkan tetamu dengan lagu Melepaskanmu.

majlis ulang tahun ke2 projek travel

Sekali lagi, Selamat ulang tahun ke-2 kepada Projek Travel. Semoga lebih banyak perkongsian destinasi percutian ideal kepada pengunjung blog anda. Terus success guys!!! 😉

nota: kredit gambar @projektravel dan @cvsproduction.

Comments
  1. mawardiyunus
  2. aimannajmy
  3. seri nian
  4. suri
  5. Noriza Rahman
  6. Raihanah Ahmad
  7. Bahrain
  8. mejuez
  9. Ezad Skytech
  10. deq noor
  11. Blogger2u
  12. mrhanafi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge