Majlis Pelancaran Produk Mewangi Berlangsung Dengan Jayanya
Pada 6 Disember yang lepas, uncle telah mendapat jemputan bagi memeriahkan Majlis Pelancaran Produk Mewangi yang telah berlangsung di The Longue, Hilton Kuala Lumpur.
Majlis ini bukan sahaja bagi pelancaran produk, ia juga untuk memperkenalkan pengasas dan duta produk Mewangi.
Kepada yang tak biasa dengar mengenai produk Mewangi, uncle cerita sikit mengenai produk ni sebelum uncle sambung cerita mengenai majlis pelancaran;
Mengenai Produk Mewangi
Produk Mewangi ni telah diperkenalkan sejak Febuari 2016 memfokuskan kepada memberi pilihan kepada pengguna bagi memilih produk kecantikkan dalam 1 botol yang berkualiti pada harga yang sangat berpatutan. Yang menariknya, kegiatan jualan produk-produk Mewangi ni dijalankan secara online. Jadi cepat order, cepat la sampainya produk tu.
Selama 5 bulan berada dipasaran, produk Mewangi telah mengumpul lebih 5 ribu testimoni positive dari pengguna-pengguna produk Mewangi.
Sebelum memasarkan produk ke pasaran, pengasas produk iaitu Puan Ayu Azmera Abd Moin sendiri telah menggunakan produk-produk Mewangi selama 2 tahun bagi membuktikan keberkesanannya.
Produk-produk mewangi telah dikilangkan di kilang makmal kecantikkan bertaraf GMP milik ahli keluarga Puan Ayu sendiri yang telah bertempat di Sungai Petani, Kedah.
4 Produk Mewangi Yang Boleh Didapati Dalam Pasaran
- Mewangi Chewing Gum Soap (RM49sm & RM59ss) – pencuci muka yang dihasilkan dari madu dan kulit kayu manis. Sesuai untuk merawat masaalah jerawat, jeragat, melindungi kulit, mencerah, menghilangkan kegatalan muka akibat resdung dan menyejukkan radang kulit.
- Mewangi Peeling Scrub (RM49sm & RM59ss) – Skrub garam bukit untuk kegunaan muka dan badan. Ia dibuat khas untuk membuang kulit mati, daki, menipiskan jeragat dan memudarkan parut, menghilangkan kehitaman di celah badan, ketiak dan kelangkang.
- Mewangi Cream (RM49sm & RM59ss) – Krim untuk muka dan badan. Menggabungkan 7 pati bunga dan serbuk mutiara serta mempunyai SPF60 untuk menyekatakan tona kulit, menggebu, mencerah, melembut, menganjal seri, menaikkan aura dan seri wajah.
- Mewangi Penaik Seri 7 Bunga (RM69sm & RM75ss) – Krim untuk muka. Diformulasikan dari lilin lebah dengan 7 pati bunga bagi. Khas untuk masaalah jerawat dan jeragat.
Majlis Pelancaran Produk Mewangi Serta Memperkenalkan Pengasas dan Duta
Majlis perasmian diadakan pada petang hari di The Longue, Hilton Kuala Lumpur disempurnakan oleh Y.M Tengku Hishammuddin Zaizi Bin Y.A.M. Tengku Azman Shah Alhaj.
Noraniza Idris yang merupakan pengamal penjagaan kesihatan secara tradisional telah dipilih sebagai duta produk Mewangi. Orang yang sibuk dengan jadual seperti Noraniza Idris uncle nampak sungguh sesuai dipilih menjadi duta kerana ia nampak boleh memberi kemudahan dan penjimatan masa kepadanya.
Noraniza Idris juga turut memberi persembahan nyanyian istimewa pada petang itu kepada semua tetamu yang hadir.
Dengan moto “Putih, Anjal, Gebu dan Cantik Menawan“, Mewangi bukan sahaja fokus kepada menjual produk kecantikkan, malah ia juga dilihat membuka peluang keusahawanan kepada mereka yang berminat untuk memulakan perniagaan, tapi tak ada produk sendiri untuk dijual.
Uncle lihat, ia satu usaha yang baik daripada pihak Nizayu Prima Marketing dalam usaha menaikkan kualiti produk tempatan di mata dunia.
Untuk maklumat lanjut mengenai produk Mewangi, boleh hubungi;
Hotline: +6016 444 7131 / +603 7831 7707
Alamat Pejabat: 23-G, Blk 2 Jalan Elektron Nu16/N, Sek U16, Denai Alam, 40160, Shah Alam, Selangor.
Juga boleh dapatkan info di, Facebook Mewangi Satu Dunia, Instagram @MewangiSatuDunia, YouTube TV Mewangi atau di website www.mewangiofficial.com.
15,111 total views, 2 views today
bertambah jenis lagi produk di pasaran hehhe
makin banyak pilihan kepada semua 🙂
Uncle Zuan recently posted…Pengalaman Bermalam Di Grand Beach Resort Port Dickson
makin banyak dah minyak wangi.
tak tahu nak pilih mana.
uber lejen recently posted…Berapa UPAH pemandu UBER dapat?
tapi ni bukan minyak wangi
Uncle Zuan recently posted…Pengalaman Bermalam Di Grand Beach Resort Port Dickson
banyak produk kecantikan tumbuh skrg ni.. seja ada org boleh jadi jutawan jual produk kesihatan, yg lain pun pakat nk ikut.. hehehe
Pha Is recently posted…Testimoni | Boleh Percaya ke?
memang tak dinafikan banyak. harap Mewangi ni tak macam tu la
Uncle Zuan recently posted…Pengalaman Bermalam Di Grand Beach Resort Port Dickson
macam2 produk sekarang ada di pasaran… tapi duit kita semakin kecil nilainya, sebab tu mula bertatih2 denga PG… jom…
selagi masih boleh buat business, kita buat business. satu pendekatan baik dari pihak mewangi dalam usah menaikkan taraf ekomoni malaysia 🙂
Uncle Zuan recently posted…Pengalaman Bermalam Di Grand Beach Resort Port Dickson
tulaa nama produk rupanya ingatkan lagu. hehe
tapi kena gak nama produk dia, sebab memang wangi pun produk tu
Uncle Zuan recently posted…Pengalaman Bermalam Di Grand Beach Resort Port Dickson
buat apa kak ani sekarang ni. sihat molek kak ani sekarnag, alhamdulillah
raihanah recently posted…Manfaat Glucosamine Dalam Collagen Powder
alhamdulillah, nampak sehat kak ani. Dia banyak buat business rasanya sekarang ni
Uncle Zuan recently posted…Pengalaman Bermalam Di Grand Beach Resort Port Dickson
Dah lama tak tengok kak ani menyanyi
siti hazreen recently posted…Ekspedisi Bukit Laka – Program Lepas PT3
tu la, saua pun dah lama tak tengok noraniza idris menyanyi
Uncle Zuan recently posted…Pengalaman Bermalam Di Grand Beach Resort Port Dickson
Teringat kat lagu mewangi Akim hehe
tiada kaitan langsung dengan lagu akim haha
Uncle Zuan recently posted…Pengalaman Bermalam Di Grand Beach Resort Port Dickson
Macam tajuk lagu akim & the majistret je.. nanti saya suruh wife tengok produk nie
Amin Hakim recently posted…Resepi Kuih Siput Mudah Dan Sedap
nama dah sama kan. tapi bukan dia. mewangi ni satu produk kecantikkan 😉
Uncle Zuan recently posted…Pengalaman Bermalam Di Grand Beach Resort Port Dickson
Makin ramai produk bumiputra yang melonjak naik…. Bangga dgn diorng huhu
tu la, bangga yang ramai usahawan berani menaikkan produk sendiri
Uncle Zuan recently posted…Pengalaman Bermalam Di Grand Beach Resort Port Dickson
Uncle Zuan pun ada datang semasa majlis pelancaran Mewangi yer… rajin betul.uncle Zuan…
anuar recently posted…5 Cara Simple Jana Pendapatan pasif melalui blog
ya ada datang majlis tersebut. dah dijemput datang, kita datang la meriahkan suasana 😀
Uncle Zuan recently posted…Pengalaman Bermalam Di Grand Beach Resort Port Dickson