Majlis Pelancaran IMVAF 2020

Pada yang tertanya-tanya, IMVAF 2020 adalah singkatan kepada International Music Video Awards Festival 2020. Pada 20 November yang lepas, uncle dan wife sempat ke majlis pelancaran IMVAF 2020 yang dihadiri oleh beberapa selebriti tempatan dan tetamu kehormat.

IMVAF 2020 ini dianjurkan oleh Excella Chong, pengasas TOC Production and IMVAF. IMVAF 2020 dijadualkan berlangsung pada 7 Mac 2020 di Mega Star Arena, Kuala Lumpur. IMVAF 2020 adalah platform khusus untuk mempamerkan budaya dan seni melalui hiburan dan pendidikan (edutainment). Ia akan menampilkan artis dari Malaysia dan China untuk meraikan pencapaian mereka dalam penggambaran, penciptaan muzik dan seni persembahan.

IMVAF 2020 telah dilancarkan secara rasmi leh Prof Dato’ Dr Jayles Yeoh, President of ASEAN Retail-Chains & Franchise Federation (ARFF) bersama Lee Pei Ling (penyanyi dan penulis lagu), Masya Masyitah (penyanyi) dan Ruby Faye (pelakon) di Menara PGRM, Kuala Lumpur.

Uniknya IMVAF 2020, ia adalah festival pertama di Malaysia yang dianjurkan untuk penganugerahan kepada artis dalam bidang muzik, filem dan industri fesyen yang menggalakkan Perdamaian Dunia (World Peace) dan mempromosikan Mesej Positif (Positive Message) melalui kerja mereka. Hasil kerja mereka akan dicalonkan harus menepati menepati 3P iaity “kami Melindungi umat manusia “; “Kami memberikan pendekatan positif”; dan “Kami Menyediakan edutainment”. Dengan pendekatan ini, IMVAF 2020 berharap untuk mendidik penonton melalui video muzik.

(dari kiri) Datin Maylene Ong, Founder of Styleicon, Shaikh Mohammad Yusuf Bin Shaikh Salim, Vice President of PROFIMA, Professional Film Workers Association of Malaysia, Ruby
Faye, Masya Masyitah, Kelvin (Representative of President of The Confederation of
Lau Clan Associations Malaysia), Jerryl Lee Pei Ling, Tan Sri Danny Ooi, Founder of Miss
Tourism International, Prof. Dato’ Dr Jayles Yeoh, Chairman of ASEAN Retail-Chain &
Franchise Federation (ARFF), Excella Chong, Founder of TOC Production and IMVAF,
Datuk Seri Garry Chua, President of Malaysia Retail Chain Association (MRCA), Dr.
Monisha Menon, Secretary on the BOD Zy Movement Foundation Malaysia, Arnaud
Marolleau, Outreach Director of The Giving Bank, Ong Peng Chu, Founder of ONMUSE
and Jess Teong, Director, Producer & Script Writer.

IMVAF 2020 dibahagikan kepada 3 kategori, iaitu Youth & Students, Terbuka dan Hobbyist & Semi-professionals and Professional Corporate Category.

IMVAF 2020 disokong oleh Recording Industry Association of Malaysia (RIM), Malaysia Retail Chain Association (MRCA), Asean Retail-Chains & Franchise Federation (ARFF), Malaysia Entrepreneurs’ Development Association (PUMM), The Confederation of Lau Clan Associations Malaysia, Professional Film Workers Association Of Malaysia (PROFIMA), dan Ministry of Tourism, Arts and Culture Malaysia (MOTAC).

Untuk maklumat lanjut mengenai International Music Video Awards Festival 2020, boleh usya dekat www.imvaf.com.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge