Majlis Pelancaran Asia Islamic Fasion Week 2017

Share

Bagi pengemar pakaian fashion Islamic, Fashion Week adalah sesuatu yang paling dinantikan. Demi mengembangkan dunia fashion islamic yang semakin mendapat perhatian, untuk pertama kali di Malaysia akan dianjurkan Asia Islamic Fasion Week (AIFW).

Majlis pelancaran AIFW 2017 telah disempurnakan pada 28 Febuary yang lepas bertempat di Kuala Lumpur Convention Center. Antara tetamu VIP yang hadir untuk pelancaran majlis adalah YB Dato Seri Utama Tengku Adnan bin Tengku Mansor (Minister of Federal Territories), YBrs. Ir Dr Mohd Shahreen Zainooreen Madros (CEO of MATRADE), Mr Giulio Xiloyannis (Managing Director ZALORA) dan Ms Puteri Marianna Koay (Head of MINI).

Official Launch of Asia Islamic Fashion Week 2017 #AIFW2017

A post shared by Muhammad Syazwan Norhalik (@unclezuan11) on

Dengan tema ‘Establishing Asia As A Global Center For Islamic Fashion’, #AIFW2017 diharapkan akan menjadi Islamic fasion dan pasaran gaya hidup di Asia dengan mewujudkan peluang kepada komuniti perniagaan fesyen islamic untuk berkongsi pengalaman dan pengetahuan mereka.

Dijangkakan lebih dari 10,000 orang pengunjung akan menghadiri AIFW2017 dengan 180 peserta pameran, 100 pereka fesyen, 100 international trade buyers, fashion influences, business executives, fashion photograpers dan media buzz dari 20 negara.

Untuk AIFW 2017, acara ini akan mengetengahkan 3 kategori utama, iaitu;

  1. Fashion Trade Show
  2. Fashion Show – Akan mengetengahkan fashion terkini dari jenama-jemaa islamic fashion yang terkenal dari Malaysia, Indonesia, Brunei, Perancis, Netherland, USA, Japan dan UAE.
  3. Fashion Interact

Penaung untuk AIFW adalah Yang Amat Berbahagia Tun Abdullah Ahmad Badawi, dan Internatioal Advisor adalah Alia Khan. Global modest fashion influence untuk #AIFW2017 adalah Dian Pelangi, Mizz Nina, dan Melanie Elturk.

Menurut founder AIFW, Fuza Umar “Untuk tahun pertama dan pada peringkat awal ini, kita tidak akan mencapai kejayaan ini jika tidak kerana sokongan terbaik dari agensi-agensi kerajaan tempatan, organsations antarabangsa, penaja korporat dan yang paling penting, pereka dan jenama yang kami hargai. kami amat diberkati. Alhamdulillah“.

AIFW akan berlangsung dari 30 March hingga 2 April 2017 selama 4 hari bertempat di Exhibition Hall 1 & 2 di Kuala Lumpur Convention Center.

Untuk maklumat lanjut boleh layari www.asiaislamicfashionweek.com atau email di info@asiaislamicfashionweek.com.

Jom, jumpa anda semua di AIFW 2017 nanti 😉




966 total views, 5 views today

Share
Comments
  1. Claudine
  2. miera nadhirah
  3. Emily
  4. RAIHANAH AHMAD
    • Uncle Zuan
  5. ajumohit
  6. Anuar
  7. Saji.My

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge