Majlis Iftar Ramadhan GB2ML di Restauran WADI Ar-Raudhah Seremban

Alhamdulillah, pertama kali bersua muka dengan blogger dari Nogori Sembilan di Majlis Iftar Geng Bisik-Bisik Mak Legenda (GB2ML). Terima kasih atas jemputan Bro Framéstone, den jumpo la jugak orang satu nogori. Salut la dengan bro sebab sudi turun ke nogori untuk berbuka bersama.

Majlis iftar ni dah jadi annual event untuk GB2ML yang mana mereka telah buat beberapa kali pada tahun-tahun sebelum ini, tapi ini adalah kali pertama den turut serta.
Tahun depan jangan lupo ajak den lagi eh~ 

Lokasi berbuka adalah di Restauran WADI Ar-Raudhah Seremban, beberapa kali den nak cuba makan di sini sebelum ni, tapi tak dapat sebab waktu kedai beroperasi hanya pada lunch time. Thanks atas jemputan, dapat la juga den merasa makan di situ.

Restoran WADI Ar-Raudhah menawarkan lebih 50 juadah makanan kampung dan barat. Antara menu utama di restoran tersebut yang dibuka secara stall adalah; Kambing BBQ, Mee Goreng / kuew Teow, Roti Bom / Roti John, Young Tau Foo, Ais Cendol / ABC dan Ais Cream.

 

Kebanyakan yang hadir sudah berkeluarga dan membawa keluarga bersama. Antara blogger yang menyerikan majlis Iftar adalah Ezat Izzati, Bro (bersama isteri, Iera Kan), Lagenda MahsuriAleeya AliIzarra QistinaChenta Si Farisya, Masha MahpotIeyla JamaludinKojie Yama, dan Wan Iz.

 

57903_702665569760194_844439838_n

Kredit gambar blogger www.RerameUngu.com
Boleh teka tak kenapa bro letak bag dekat perut?

Pada yang teringin nak cuba berbuka di Restauran WADI Ar-Raudhah Seremban, boleh ke blog mereka atau facebook mereka untuk maklumat lanjut mengenai menu utama Ramadhan, harga yang ditawarkan, kemudahan yang ada, contact info dan lokasi restoran.

Till then..

 –Zuan

Comments
  1. Khairul Zamri
  2. Hafizul
  3. daddydee
  4. daddydee
  5. Azham Vsvc
  6. kakiblog
  7. Ezad Skytech
  8. rozuan
  9. papa mifz
  10. zaza
  11. hafizmd
  12. Naziman Azlye
  13. boni ultra kacak
  14. Mohd Shubhi
    • Zuan
  15. Mak Lagenda
  16. fyna
  17. hazman aka species1980
  18. Obsolete Coin
  19. titan
  20. cik panadol
  21. Anuar
  22. ummi_izarra
  23. encikarman
  24. Kujie
  25. sya_merpati putih88
  26. KiD
  27. RerameUngu
  28. sweetkurma

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Recommended
Ilmu, ia adalah perkara yang wajib dituntut oleh kita umat...