Majlis Iftar eQurban di Warisan Kaseh, Banting

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:Sebaik-baik rumah kaum muslimin ialah rumah yang ada anak yatim yang diasuh dengan baik dan sejahat-jahat rumah kaum muslimin adalah rumah yang ada anak yatim yang selalu diganggu dan di sakiti hatinya. (islam.gov.my)

Alhamdulillah, Selasa lepas (30 July 2013), dapat luangkan masa ke Majlis Iftar eQurban diΒ Rumah Warisan Kaseh Darul Maghfiroh, Banting anjuran eQurban.com bersama Denaihati Network dan Darul Maghfiroh.

Majlis Iftar adalah bagi meraikan anak yatim dan golongan emas Rumah Warisan Kaseh yang turut dihadiri oleh Presiden Persatuan Perdagangan Islam Malaysia (DPIM), Tan Sri Muhammad Ali Hashim.

Hampir 30 rakan blogger yang mendapat jemputan dari Denaihati Network turut menghadirkan diri untuk memeriahkan majlis iftar ini. Antara yang hadir termasuklah Duta Samsung S4, Ahli Penyamun Inc, Pakar Hartanah, Pakar SEO Merah Jambu,Β Anarm, Melastik Bintang, Ainaa Roseberry, Syukri Tahir, Sohoque dan Blogger Versatil.

gambar sekitar Majlis Iftar eQurban

gambar di sekitar Majlis Iftar eQurban 2013

Alhamdulillah, majlis berjalan dengan lancar mengikut tentatif program yang mana bermula kira kira pukul 4 petang, dan bersurai kira-kira pada pukul 11 malam. Juadah berbuka puasa dan kemudahan surau juga disediakan dengan baik oleh organizer kepada semua yang hadir.

RUMAH WARISAN KASEH DARUL MAGHFIROH
Kompleks Darul Maghfiroh Jilul Marzuki
Lot 3886, Jalan Dahlia,
Kampong Sungai Kelambu Timur,
42700 Banting, Selangor Darul Ehsan
Tel: 03-3187 5304 / 013-388 8234
Email: atus@streamyx.com / salmas1963@gmail.com

Semoga majlis amal seperti ini dapat diteruskan di masa hadapan. πŸ™‚

(Kredit feature imageΒ denaihati.com)

Zuan

equrban-728x90a

Comments
  1. hafizrahim
  2. Khairul Zamri
  3. Denaihati
  4. PakarNiaga.com (AMIN)
  5. Irwan Alessa
    • Zuan
  6. arelan
  7. Sop
  8. kakiblog
  9. hafizmd
  10. Hafizul
  11. encikarman
  12. ema
  13. Irwan Alessa
  14. azwan
  15. Lizz
  16. boni ultra kacak
  17. Alin Marlini
  18. Ainaa Roseberry
  19. JMR
  20. encikarman
  21. KiD
  22. Mohd Shubhi
  23. sweetkurma
  24. muja
  25. titan
  26. encikarman

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Recommended
Lagu Raya Moden kurang memberi 'feel' raya? Tak dinafikan ramai...