MAHA 2016 Mencatat Sambutan Luar Biasa
Pejam celik pejam celik dah seminggu berlalu.
Minggu lepas uncle ke MAHA 2016, anda ada pergi tak?
Haaaa anda tak pergi MAHA 2016?
Rugi beb tak datang, sebab Pameran Antarabangsa Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (dalam english, ‘Malaysia Agriculture, Horticulture & Agrotourismatau’ dengan singkatan MAHA) tahun ni terima sambutan luar biasa dan telah pecah rekod pengunjung yang hadir!
MAHA 2016 Mencatat Sambutan Luar Biasa
Sasaran awal pengunjung ke MAHA 2016 adalah 3 juta orang pengunjung kalau diikutkan dari rekod tahun 2014, tapi MAHA 2016 telah menjangkaui sasaran iaitu telah menerima kira-kira 3.8 juta orang pengunjung secara keseluruhan. WOW!
Dan ikut dari rekod jualan sepanjang 11 hari pameran ini berlangsung, MAHA 2016 telah mencatat jumlah jualan sebanyak RM380 juta!
Daripada angka diatas, boleh dianggap yang MAHA 2016 adalah yang paling berjaya sejak ia mula diperkenalkan.
Petikkan ucapan dari Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek mengenai MAHA 2016, “MAHA kali ini mencatat sambutan luar biasa dan berdasarkan bilangan pengunjung yang masih bertali arus, kita yakin bilangannya akan terus meningkat beberapa jam sebelum MAHA 2016 melabuhkan tirai”.
Memang tak dinafikan pun kata-kata tersebut, tengok sahaja koleksi gambar-gambar di sekitar MAHA 2016 yang telah uncle kongsikan tempoh hari dah cukup mengambarkan kemeriahan MAHA 2016.
Dengan tema Our Food Our Future (Makanan Kita Masa Depan Kita) ia dilihat berjaya dalam memberikan pengetahuan dan kesedaran kepada pengunjung mengenai sumber makanan yang kita makan. Dengan pendekatan tema seperti ini, ia bukan sahaja memberi pengetahuan kepada pengungjung mengenai makan yang kita makan, ia juga bagi pengetahuan mengenai cara penanaman yang betul, cara memproses, dan produk-produk yang ada di pasaran. Dilihat ia sekaligus mempromosikan produk berkaitan Agro Pelancongan dan Agro Lifestyle.
Datin Sri Rosmah Mansor dan rombongan BAKTI telah melawat #MAHA2016 dan bermesra dengan kanak-kanak kecil di Kampung Durian Runtuh Upin Ipin.
Castle of Fruits menerima kunjungan yang tidak putus-putus dari pengunjung yang datang untuk beli buah-buahan dan sayur-sayuran yang segar.
Uncle tak sempat nak rekod banyak scene waktu MAHA tempoh hari, tapi uncle ada jumpa tiga video time-lapse kat YouTube yang merekodkan kemeriahan MAHA 2016. Layan;
Best kan? Luar biasa meriah MAHA 2016.
Kalau di lihat dari video di atas, boleh gambarkan kejayaan yang sangat baik kepada pihak penganjur dan mereka yang terlibat secara langsung dan secara tak langsung dalam menjayakan MAHA 2016.
Uncle harapkan MAHA yang akan datang jadi lebih meriah, dan berjaya terima sambutan jauh lebih luar biasa dari MAHA 2016.
Untuk info dan gambar berkenaan MAHA, rujuk di: https://www.facebook.com/maha.gov.my/.
11,712 total views, 1 views today
Tahun ni tak berkesempatan nak kesana. Anak anak pun tak sihat, jadi batal lah. Tapi dengar cerita memang ceria dan havoc MAHA 2016
MeqZa Abdul Rahman recently posted…Herba untuk Cuci Buah Pinggang Serendah RM1
Dari dulu teringin nak pegi, disebabkan tinggal di Kedah dan jarang ke KL dan tak tahu selok belok ke sana (alasan padahal boleh je GPS haha)
**teringin nak tengok live depan mata lembu gedabak besar tu huhu
imnajmi recently posted…Burger Rim Tayar Pereleh Makan Tak Abeh!
plan tahun ni nak pergi..tapi anak pula pantang sunat… selama maha diadakan tak pernah lagi pergi walhal dekat jer dgn rumah
Parkir kereta sampai sesak ke lebuhraya 🙂
Ikhwan recently posted…5 Sebab Jangan Beli Rumah Kos Rendah
tanda kemeriahan hehe
Uncle Zuan recently posted…RAHSIA Ambil Gambar Ketika Solo Travel
Pertama kali datang tak de parking lgsg terus pergi tempat lain. haha. Kali kedua nasib baik ada parking tu pun pergi lepas subuh..
wow. lepas subuh terus dah ada kat MAHA ek? hebat! hehe
Uncle Zuan recently posted…RAHSIA Ambil Gambar Ketika Solo Travel
rugi x dapat join sekali MAHA 2016
Next Maha nak pegi jugak
nurmisnan recently posted…Minyak herba asmak wajib ada disetiap rumah anda
make sure next MAHA ambil cuti. nanti tak dapat pergi lagi hehe
Uncle Zuan recently posted…RAHSIA Ambil Gambar Ketika Solo Travel
memang ramai betul orang khabarnya
raihanah recently posted…Peluang Jalani Hidup Lebih Baik Walaupun Sakit Buah Pinggang Tahap 4
sangat ramai orang ke MAHA 2016. Akak tak pergi ke?
Uncle Zuan recently posted…RAHSIA Ambil Gambar Ketika Solo Travel
alahai meriahnya, saya tak pergi tahun ni, huhu
siti hazreen recently posted…AsyaAmin – Fixed Bloglist Segment
alaaa kenapa tak pergi? ruginyaaaa
Uncle Zuan recently posted…RAHSIA Ambil Gambar Ketika Solo Travel
wahh, memang terbaiklahh
kan, MAHA 2016 ni memang ohsem! macam mana la pula MAHA yang akan datang kan? mesti lagi havoc
Uncle Zuan recently posted…RAHSIA Ambil Gambar Ketika Solo Travel
Hebat!!
Tahniah diucapkan kepada penganjur MAHA 2016..
Semoga dpt meneruskan kecemerlangan ini dalam penganjuran MAHA yg akan dtg..
anuar recently posted…Siapa Raja Kamil? (Usahawan Internet yang WAJIB anda kenali)
betul, harap MAHA akan lebih baik dan lebih meriah sambutannya 😀
Uncle Zuan recently posted…RAHSIA Ambil Gambar Ketika Solo Travel