Madagascar: The Musical Datang Ke Malaysia Disember Ini

I like to move it, move it!” Yesss! Madagascar: The Musical akan singgah ke Plenary Hall, KLCC dari 5 hingga 8 December ini. Wife uncle memang suka tengok musical. Musical terakhir uncle bawa wife uncle tengok adalah Aladdin The Musical di Singapore. Yup, kami sanggup ke Singapore semata-mata nak tengok musial.

Kalini, kami tak perlu pergi jauh lagi untuk tengok musical sebab Milestone Production akan membawa masuk Madagascar: The Musical akan datang ke Malaysia. Siapa yang tak suka filem dan lagu Madagascar kan? Pasti kunjungan pertama kali ini akan menarik bukan sahaja kanak-kanak tetapi juga dewasa untuk pergi melihatnya.

Jom layan teaser Madagascar The Musical terlebih dahulu

Menarik kan? Siapa yang sukakan musical pasti tak nak lepaskan peluang untuk menyaksikan Alex, Gloria, Melman dan Marty membuat persembahan musical secara langsung di atas pentas!

Madagascar The Musical telah menjelajah dan membuat persembahan di beberapa venue terbesar di UK,dan kini Malaysia mendapat penghormatan sebagai negara Asia Tenggara pertama menjadi tuan rumah. Kalau korang biasa tengok persembahan musical, korang akan kagum dengan rekaan kostum dan set pementasan serta persembahan yang memukaukan.

Menurut Nathan Brine, penerbit muzikal ini, “Sebelum memulakan persembahan percubaan, kami telah menghabiskan lebih tiga minggu untuk proses uji bakat dan pemilihan pelakon bagi jelajah baharu ini. Ia disusuli dengan dua sesi raptai, iaitu tiga minggu di bilik raptai dan seminggu lagi di sebuah venue di UK,

Menurutnya lagi, “Ketika menjelajah, kekangan yang biasanya kami hadapi adalah perbezaan saiz pentas dan keupayaan teknikal sesuatu venue itu. Maka, kami terpaksa menyesuaikan diri mengikut keadaan, adakalanya kena buat secara lebih besar-besaran dan ada juga masanya kecil-kecilan. Ini kerana sesetengah venue, sebagai misalannya, tidak mempunyai keupayaan untuk menerbang, justeru beberapa elemen persembahan kami perlu kurangkan. Namun, mujurlah pertunjukkan yang kami lakukan tetap tampak hebat di mana-mana venue yang kami singgah,

Tak sabar uncle nak saksikan Madagascar the Musical terutama aksi ketika pembukaan di Central Park Zoo dan aksi kemucak di atas kapal yang dikatakan adengan paling sukar untuk dibuat.

Mesti korang dah tak sabar dan tau macam mana nak dapatkan tiket menyaksikan Madagascar The Musical kan? Korang boleh dapatkan tiket di www.milestone-entertainment.com. Korang juga boleh ke Facebook Milestone Entertainment untuk maklumat lanjut.

Tarikh Pementasan: 5 hingga 8Disember 2019

Tempat: Plenary Hall, KLCC

Harga Tiket: RM498 (Premium) | RM368 (VIP) | RM268 (CAT A) | RM188 (CAT B) | RM98(CAT C)
*** Kesemua harga tiket adalah tertakluk kepada yuran prosesan RM4.

Promosi Khas Maybank:-Nikmati potongan harga sebanyak 25% apabila anda membeli tiket dengan menggunakan KadMaybank. Sah untuk tiket-tiket Premium, VIP dan Cat A sahaja. Promo berakhir 8 Dis 2019.Dapatkan tiket di:bit.ly/MadagascarMY

258 total views, 4 views today

Comments
  1. Hasif Hamsyari

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge