LRT Terbakar dan Harga Tambang Teksi Dari KL Sentral

Share

Pada yang selalu naik pengangkutan awam seperti LRT, pasti perasan yang kebelakangan ni banyak masalah teknikal yang berlaku. Selalu jadi masalah tu waktu peak, iaitu waktu orang pergi kerja di sebelah pagi, dan waktu orang balik kerja di sebelah petang. Dalam sebulan, boleh kata banyak masalah LRT yang berlaku.

Rabu yang lepas, ada masalah teknikal train berlaku lagi sebelah pagi. Pada hari yang sama juga, ada 2 kebakaran dalam sebuah gerabak LRT sebab masalah break, satu dekat dengan stesen Setiawangsa, lagi satu dekat dengan stesen Universiti.

lrt terbakar

kredit gambar http://www.bharian.com.my/

Atas masalah teknikal sebelah pagi tu, uncle dapat announcement dari staff LRT yang penumpang tak boleh lagi naik ke stesen sebab dah penuh dengan penumpang yang lain. Tren bergerak perahan sampai mungkin mengambil masa yang lama untuk pulih macam sedia kala.

Uncle pun tak ada pilihan lain, terpaksa naik teksi dari KL Sentral ke Jalan Pantai Batu. Agak terkejut dengan tambang yang di kenakan iaitu sebanyak RM17.

tambang teksi kl sentral

Untuk pengetahuan, kalau nak naik teksi kat KL Sentral, kena beli kupon kat kounter yang di sediakan. Untuk pengetahuan juga, kalau memandu dari KL Sentral ke office uncle, tak la sampai 10 minit. Jem pun tak ada sangat kat kawasan tempat kerja uncle tu. Jadi dengan masam muka, uncle bayar je RM17 sebab dah lewat untuk masuk kerja.

Harini, macam-macam masalah ada. Tak kesah la, masalah duit ke, masalah rumah tangga ke, masalah nak makan apa malam ni, dan macam-macam la. Masalah ni kita tak boleh nak lari la pada uncle, masalah ni kena hadapi. Nak tak nak, kena gak hadapi masalah tu. Kalau lari dari masalah, sampai bila-bila kita takkan dapat solusi pada masalah tu kalau timbul lagi pada masa akan datang. Jadi kalau ada masalah, face the problem sebab masalah tu mungkin akan bantu kita balik pada masa akan datang.

 

Nota kaki: Tak ada yang nak jemput uncle datang open house ke hehe 😀

Share
Comments
  1. Travelog Siti
  2. Nurul
  3. Noriza Rahman
  4. titan
  5. myliferia
  6. rahimah majid
    • Uncle Zuan
  7. Sani
    • Uncle Zuan
  8. Miera Nadhirah
  9. kak yatiadam
    • Uncle Zuan
  10. nadia johari
  11. myrujukan
  12. adarain
  13. mrhanafi
  14. mawardi yunus
  15. Hero Borneo

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge