Lifejacket Ketakutan – Outcome Fear Within
Howdy peeps,
Perasaan Takut!
Tak dinafikan, perasaan takut ada di dalam setiap individu biasa seperti kita semua. Ada yang takut hantu, ada yang takut lipas, ada yang takut kucing, ada yang takut pada kematian, dan percaya tak ada yang takut pada ‘orang’ dan banyak lagi la kalau nak senaraikan.
Aku ada perasaan takut pada air dan kawasan gelap. Yes! Contohnya aku takut nak mandi jika di kawasan air terjun yang tak nampak dasarnya sebab gelap, sebab pengalaman lemas beberapa kali di air terjun dan di laut (yeah, tak macho kan? Sebab tu nama blog ni bukan Zuan Macho).
Bulan April yang lalu, aku sertai trip company tempat praktikal aku ke Krabi Island. Pada kipas-kipas susah mati blog aku, pasti baca update travelog di blog ElevenX, pasti tahu tempat-tempat menarik yang dah aku lawati di Krabi. So next time kalau nak ke Krabi, calling-calling ok? Mana tau time tu aku mungkin free untuk join korang.
Macam mana nak atasi perasaan takut? Sapa tau? Sapa tau? Ok nak tau? Angkat tangan, bau ketiak masing-masing………… ok tak membantu. Hehehe ;p
Tengok gambar di atas, gambar itu diambil waktu aku pertama kali snorkeling di Hong Island. Pada awal, aku memang takut nak snorkeling. Yela, tak pandai berenang, asas berenang pun tak ada. Memang cuak bila kali pertama time nak cuba snorkeling. Dekat 5 minit aku keseorangan cuba atasi ketakutan. Waktu tu semua yang join trip snorkeling ni dah ada di dalam laut untuk menikmati keindahan ciptaan Ilahi.
Teknik Berenang – Pelajari Asas Berenang Dengan Mudah!
Kemudian Hassan, ‘The Captain of the Trip’ bagi lifejacket dekat aku. “You wear this, you sure will be fine.” Aku ambil lifejacket yang diberikan. Kata-kata Hassan buat aku terfikir beberapa perkara:
- Kenapa lifejacket dicipta?
- Apa pengalaman yang aku lepaskan jika aku tak terjun ke dalam laut?
- Sampai bila aku nak biarkan diri aku dalam perasaan takut untuk mencuba?
Aku terus pakai lifejacket yang diberikan oleh Hassan. Tahap keyakinan terus naik ke paras tertinggi iaitu paras ‘merah’. Lifejacket telah buatkan aku hilang rasa takut dan hilang rasa ragu-ragu. Dan percaya atau tidak, aku terus terjun ke laut untuk join mereka yang lain.
Alhamdulillah, walaupun air laut tak sejernih seperti yang digambarkan, memori terapung di atas air laut tanpa kaki terasa dasar akan terus di ingat (Secara teknikalnya terapung dengan bantuan lifejacket).
Akhir kata, perasaan takut tu hanya suatu perasaan yang wujud di dalam diri kita yang boleh dikawal dan boleh diatasi dengan cuba melawannya secara berperingkat atau secara terus.
Until then… See you at the pool~ hehe
–Zuan–
emm..kalau sy takot pd kucing…ntah la dari kecik smpai skrg…mmg lgsung x boleh handle..huhu..tapi kalau bab2 air ni mmg suke..kalau balik kampung kt pangkor wajib snorkeling…jom2..ramai2 p pangkor..hiihi
singgah di sini..sedapnya snoorkling..kita tak pernah pun merasa benda tu
oshin suka sangat snorkelling dan dah beberapa kali merasa tiap kali ke pulau hehe tapi pakai life jacket lah sebab takut tenggelam walau badan ni keding kah3
sesekali kita kena cabar diri untuk buang rasa takut tu kan..memula memang seram, lama2 mesti nak cuba lagi 🙂 tahniah !
hehe sangat best kan aktiviti snorkeling ni.. Hehe jom belajar berenang dan diving 😀
Zuan recently posted…Hidup Tanpa Limitasi – Niki Menawan Broga
citer sal berenang org pun penah hampir2 lemas juagak.. hehehe=]
hehe pernah ya? Eh cik wawa, kenapa sy tak boleh access blog anda?
Zuan recently posted…Hidup Tanpa Limitasi – Niki Menawan Broga
byk2 kemahiran, kemahiran berenang yg teringin sgt nk try..selalu kalau ada peluang msk dlm air, try2 konon2 pandai berenang, lepas tu tenggelam hehe so life jacket mmg sgt membantu 🙂
sutera recently posted…TIPS TEMUDUGA SPA: PENGALAMAN TEMUDUGA SPA PENOLONG PEGAWAI TADBIR GRED N27
hehe kena beli ebook teknik berenang yang betul 😉
Zuan recently posted…Hidup Tanpa Limitasi – Niki Menawan Broga
hehe..memang betul apa yang bro katakan ni..saya dulu memang berani mandi dekat air dalam..tapi lepas kemalngan hampir lemas hari tu. saya jadi takut dah fobis bila mandi di kawasan air yang dalam..tambahan pula tidak nampak dasarnya..emmm..
Hafizul recently posted…Rindu Sangat Kat Awak
hehe kita kena beli lifejacket la rasanya lepas ni.. Senang nak mandi kat mana-mana.hehe 😀
zuan recently posted…Bersediakah Aku? Road To Property Millionaire
lepas ni bro dah mesti tak takut punya…syok lah main main dan snokling lagi lah…
Denaihati recently posted…DiGi WWWOW Awards 2013
hehe harap begitu la.. lepasni nak kena ke swimming pool belajar berenang 🙂
zuan recently posted…Lifejacket Ketakutan
samlah tak pandai berenang
pernah lemas jugek 🙁
alhamdulillah zuan dah tak trauma 😀
Alhamdulillah 🙂
Hmm kita kena belajar berenang ni hehe ..
zuan recently posted…Lifejacket Ketakutan
lifejacket…mmg kire sesuai benor dgn namanya =)
hafizmd recently posted…Perlawanan Akhir Piala FA Kelantan vs Johor DT 29 Jun
hehe yups.. sapa la inventor dia kan, patut dapat noble 😀
zuan recently posted…Lifejacket Ketakutan
Best me
aku air ok lagi tapi tempat tinggi memang takleh. dulu naik tingkat 2 pon chuak tau. skang up sket la smpai tingkat 3.hahahaha
hehe progress baik punya tu 😀
zuan recently posted…Lifejacket Ketakutan
aku asal masuk laut je, teling masok air, pastu takleh dgr semiggu…dr pesan dah tak boleh mandi laut..telinga sensitif…tgk je orang mandi pasnie..
adarain recently posted…Monster University: Mengejar Cita-Cita Penggerun Terkenal
laaa yeke.. kesian bro 🙁
zuan recently posted…Lifejacket Ketakutan
gua pun tak pandai berenang. ajari gua.
titan recently posted…(Terkini) Bacaan Index Pencemaran Udara (IPU Jerebu) Setiap Jam dan minit.
hehe kena beli ebook teknik berenang ni bro 😀
zuan recently posted…Lifejacket Ketakutan
Rasanya lepas ni bro tak takut dengan air dah..
Hairul Azni recently posted…Maaf, Masa Saya Sangat Bernilai
hehe inshaAllah, harap begitu la
zuan recently posted…Lifejacket Ketakutan
huhuhu.. fyna pun tak pandai berenang. asalkan nampak air laut je nak muntah. *ngee.. penakutkan i nih*
time g tioman beberapa tahun lepas buat reunion kat sana. ada aktiviti snorkeling. errr.. nampak air laut dah takut. member pesan ” percaya pada safety jacket”. cakap dalam hati ‘gila ke nak caya kat safety jacket tue.waaaaa..’ tapi redah juga. finally, dengan memberanikan diri. dah tak takut nak snorkeling. dan sangat seronok.
yang penting, kena paksakan diri. insyaallah kita berani.
fyna recently posted…Review Blog Bersama : Feroz Othman
ya betul.. good story and good experience for you 🙂
zuan recently posted…Lifejacket Ketakutan
pengalaman mengajar erti kehidupan ^_^
fyna recently posted…Jangan Luah Perasaan Sendiri Di Facebook
yes.. dan blog ini dijadikan medium inspirasi kepada semua 🙂
zuan recently posted…Lifejacket Ketakutan