Lagu Raya Dari W.A.R.I.S

Lagu Raya Moden kurang memberi ‘feel‘ raya? Tak dinafikan ramai tidak meletakkan lagu lagu moden sebagai lagu dalam playlist raya mereka disebabkan kurang elemen ‘evergreen‘ dan ‘feel‘ di dalam lagu tersebut. Saya juga tidak meletakkan lagu lagu moden di dalam playlist lagu raya kecuali lagu Salam AidilFitri Ayahanda dan Bonda gandingan Raihan & Hujan. Lagu tersebut ada ‘sentimental touch‘ tersendiri, dan tidak dinafikan ramai penggemarnya. 

Terbaru, penyanyi Rembau Most Wanted, W.A.R.I.S. telah berkolaborasi lagu raya dengan Mark Adam dan Eyza Bahra dengan lagu bertajuk Salam Lebaran. Penangan Rembau Most Wanted semakin menjadi jadi di dalam industri musik tanah air.

Lagu ini bergenre reggae + hip hop, dan mempunyai lirik  bertemakan kemenangan berpuasa 30 hari dan kegembiraan menyambut hari raya bersama keluarga tersayang. Single Salam Lebaran di produce oleh DJ Fuzz, lirik ditulis oleh Eyza Bahra dan W.A.R.I.S.

Nak tau W.A.R.I.S rapping dalam dialek Nogori atau tak, boleh dengar di soundcloud player yang dikepilkan di bawah atau ke Official DJ Fuzz soundcloud page.

Mark Adam ft Eyza Bahra & W.A.R.I.S – Salam Lebaran

Syawal telah tiba
Berkumpul kita sanak saudara
Teman teman setia
Dan kasih yang dicinta
Udara hening pagi
Tabuh bising mulakan hari
Lebaran menjelma lagi
Masing-masing tampak berseri
Berdoalah kita
Agar di rahmati
Dengan keharmonian kasih dan cinta di hari bahagia ini
Bersamalah kita
Meraih pemberian
Senyuman tawa riang insani

Salam hari lebaran
Sambutan kemenangan
Hari mulia untuk kita meraih segala kebahagiaan
Salam hari lebaran
Sambutan kemenangan
Hari mencinta untuk kesalahan dilupakan

Bahagia bersama
Jari disusun tanda kemaafan
Penghapus duka lara
Penghubung sesama kita
Selamat hari raya
Ayuh kita semua gembira
Menziarahi keluarga dan sanak saudara

Berdoalah kita
Agar di rahmati
Dengan keharmonian kasih dan cinta di hari bahagia ini
Bersamalah kita
Meraih pemberian
Senyuman tawa riang insani

Salam hari lebaran
Sambutan kemenangan
Hari mulia untuk kita meraih segala kebahagiaan
Salam hari lebaran
Sambutan kemenangan
Hari mencinta untuk kesalahan dilupakan

Bongka la poit buang goba nijam
dogheh poie mandi
baju melayu dah gosok ko?
Apo kau buek malam tadi?
Wan dah tanyo
Bilo nk ko sojid
Khutbah dah mulo
Nak solat ghayo
Polak den tggu
Kau tak bongka juo
Angek lak ati
kang den lak kau bonci
ghondang itik sodap bona
Itik eh boli kek juasseh
Dogheh bongka dogheh bongka
ghayo umah mato air
Kisah di pagi rayo
bomacam tawo bomacam hibo
Lomang kotupek tosodio
Apo kau tuggu laie,
Makan!

Berdoalah kita
Agar di rahmati
Dengan keharmonian kasih dan cinta di hari bahagia ini
Bersamalah kita
Meraih pemberian
Senyuman tawa riang insani

Salam hari lebaran
Sambutan kemenangan
Hari mulia untuk kita meraih segala kebahagiaan
Salam hari lebaran
Sambutan kemenangan
Hari mencinta untuk kesalahan dilupakan

Zuan

Comments
  1. SA
  2. the malay male
  3. Anuar
  4. hafiz
  5. Khairul Zamri
  6. achie
  7. azwan
  8. onlajer
  9. zaza
  10. Hafizul
  11. Mohd Shubhi
  12. Alin Marlini
  13. fiezaradzi
  14. Mak lagenda
  15. encikarman
  16. Ezad Skytech
  17. aku penghibur
  18. Fakarepain
  19. kakiblog
  20. Denaihati
  21. boni ultra kacak
  22. Irwan Alessa

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Recommended
[caption id="attachment_1357" align="alignnone" width="400"] Wordless Wednesday - Gambar Bagi 1001...