Koleksi Lagu Classic 70an dan 80an dalam Soundtrack GOTG

Soundtrack filem blokbuster ke 2 dari Marvel Cinematic Universe selepas Captain America: The Winter Solider untuk tahun 2014, Guardian of the Galaxy (GOTG) memberi impak dalam playlist lagu den. Tetiba jadi seorang yang sukakan lagu classic dari tahun 70an dan 80an.

Guardians of the Galaxy Awesome Mix Vol. 1 (Original Motion Picture Soundtrack) Peter Quill's mixtape walkman

Sapa dah tengok GOTG? Pasti perasan dalam filem tu tak ada lagu Rihanna atau K-Pop atau lagu lagi terkini, yang ada adalah lagu yang mungkin anda dengar dalam stesen radio tempatan seperti SINAR, MIX FM, LiteFM atau Radio Lagenda.

Menurut director filem James Gun, lagu-lagu yang ada di dalam mixtape Peter Quill (a.k.a. Star Lord) adalah bahan perantara Quill dengan bumi yang beliau rindui.

Mereka yang membesar sekitar tahun 70an dan 80an, ada boleh recall tajuk lagu yang dimainkan?

Kalau korang perasan juga, setiap part yang menarik pasti dimainkan lagu lagu classic seperti pada part into dimana Peter Quill menari-nari, part Peter Quill bernyanyi untuk menarik Ronan the Accuser dan banyak lagi.

Berikut adalah senarai lagu dalam OST Guardians of the Galaxy – Awesome Mix Vol. 1  yang korang boleh cari dan download:

1. “Hooked on a Feeling” – Blue Swede
2. “Go All the Way” – Raspberries
3. “Spirit in the Sky” – Norman Greenbaum
4. “Moonage Daydream” – David Bowie
5. “Fooled Around and Fell in Love” – Elvin Bishop
6. “I’m Not in Love” – 10cc
7. “I Want You Back” – The Jackson 5
8. “Come and Get Your Love” – Redbone
9. “Cherry Bomb” – The Runaways
10. “Escape (The Piña Colada Song)” – Rupert Holmes
11. “O-o-h Child” – Five Stairsteps
12. “Ain’t No Mountain High Enough” – Marvin Gaye and Tammi Terrell

OK dah download semua lagu? Jom layan~

Guardians of the Galaxy Awesome Mix Vol. 1 download

Zuan
p.s: Den tengok GOTG ni dua kali kat panggung wayang sebab enjoy dengan storyline, cgi, humor dan ost filem ini..

Comments
  1. syazana zainn
  2. Raihanah Ahmad
  3. titan
  4. akubiomed
    • Zuan
  5. Zali
  6. Ezad Skytech
    • Zuan
  7. Jia Rizaira
  8. Ismail N
    • Zuan
      • Ismail N

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Recommended
Sapa pernah makan burger kat Big Mouth Cafe? The Big...