#KUM2013 Platform Networking Usahawan Muslim

Share

Selamat Hari Malaysia…

Tak lengkap sekiranya kita ke majlis ilmu, tapi tiada apa apa ilmu yang kita dapat. Walaupun kita sudah bijak pandai, tapi mesti ada sesuatu yang kita akan dapat pelajari. Walaupun kita tahap professor, tahap jutawan, pasti kita masih perlu ke majlis ilmu bagi mendaptkan ilmu baru. Kita manusia pasti akan belajar dan terus belajar.

Alhamdulilah, 7 September lepas, dapat jemputan ke Konvensyen Usahawan Muslim 2013 dan bukan sahaja dapat jemputan ke sana, dapat ilmu usahawan-usahawan berjaya  dan dapat juga cabutan bertuah.

Banyak ilmu dapat di sana, dan dapat juga berkenalan dengan beberapa usahawan lain. memang kena la dengan salah satu objektif #KUM2013 iaitu untuk mengalakkan networking diantara para usahawan tempatan. Rata rata yang hadir sudah mempunyai produk tersendiri. Ada sahaja yang menghulur namecard. Namecard den pun dah nak habis dan nampaknya terpaksalah cepat-cepat siapkan design namecard #BUZ untuk cetakkan ke2..

Ayuh tengok gambar gambar yang sempat di ambil pada #KUM2013;

konvensyen usahawan muslim 2013 (gambar pendaftaran)

Suasana di luar dewan konvensyen semasa sesi pendaftaran jam 8 pagi. Banyak juga syarikat yang buka booth pada hari terbabit.

Penulis buku 'Mudahnya Menjemput Rezeki', Fathuri Salehuddin menyampaikan tazkirah di pagi hari. Pemulaan yang baik melancarkan majlis dengan baik.

Penulis buku ‘Mudahnya Menjemput Rezeki’, Fathuri Salehuddin menyampaikan tazkirah di pagi hari. Pemulaan yang baik melancarkan perjalanan majlis dengan baik. Begitu menghargai masa yang diberikan kepada beliau di atas pentas. Sempat juga dapatkan tandatangan gan buku beliau yang sudah sebelas cetakan sehingga hari ini.

Gambar sekitar #KUM2013

Para peserta dan speaker berdiri menyanyikan lagu Negaraku. Tanah tumpahnya darahku… Masing-masing menyanyikan dengan penuh semangat walaupun tanpa musik.

Ebook Mentor Jutawan bersama Irfan Khairi

Pengarah Urusan Mydin Holdings Sdn Bhd, Datuk Wira Dr. Haji Ameer Ali Mydin menjadi speaker pertama yang mengegarkan konvensyen dengan gaya santai beliau.

Pengarah Urusan Mydin Holdings Sdn Bhd, Datuk Wira Dr. Haji Ameer Ali Mydin menjadi speaker pertama yang menggegarkan konvensyen dengan gaya santai beliau. Tak cukup rasanya slot 1 jam yang diberikan kepadanya. Begitu banyak yang beliau ingin ceritakan, cuma masa tidak begitu mengizinkan.

Antara kunci untuk berjaya yang di sampaikan dalam gaya MYDIN

Antara kunci untuk berjaya yang di sampaikan dalam gaya MYDIN. Sungguh bermakna. Setiap perkataan ada kisah di sebaliknya. Pastikan anda membeli buku Di Sebalik Tabir Myin untuk mengetahui lebih lanjut kisah beliau.

Datuk Nadzim Johan, Pengasas Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM). Antara isi yang di sampaikan adalah 'Cuba tepati masa, jangan bagi alasan jika lewat'

Datuk Nadzim Johan, Pengasas Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM). Antara isi yang di sampaikan adalah ‘Cuba tepati masa, jangan bagi alasan jika lewat’, ‘Jangan jadi seperti kucing yang sibuk berebut kawasan, padahal tiada kebaikkan yang dapat’. Juga sangat santa gaya penyampaian beliau. Beliau begitu meniti berat ke atas isu Halal Haram di Malaysia.

Dato Wira sekali lagi mencuri tumpuan apabila muncul di kalangan peserta untuk menjawab persoalan diutarakan peserta kepada Datuk Nadzim Johan

Dato Wira sekali lagi mencuri tumpuan apabila muncul di kalangan peserta untuk menjawab persoalan diutarakan peserta kepada Datuk Nadzim Johan mengenai isu dominasi Non Muslim di dalam business Malaysia.

Wakil dari Al-Ikhsan tampil mendedahkan rahsia kejayaan Al-Ikhsan kepada peserta konvensyen.

Wakil dari Al-Ikhsan tampil mendedahkan rahsia kejayaan Al-Ikhsan kepada peserta konvensyen. Walaupun tanpa kehadiran pengasas al-Ihsan sendiri, isi untuk sesi ini sangat bagus, iaitu disarankan setiap syarikat mengadakan majlis ilmu agama dengan para pekerja dan sentiasa menjaga solat para pekerja.

Malangnya tak dapat tunggu sehingga konvensyen berakhir (Terlepas mendengar speaker Ustaz Pahrol Mohamad Juoi, Dato’ Sri Syed Zainal Abidin, Tuan Haji Ali Hassan Mohammad Hassan dan Dato’Dr Rusly Abdullah (Chef Li)) kerana terpaksa berundur diri akibat sibuk mengejar kesuntukkan masa. Walaubagaimanapun, setiap ilmu yang disampaikan para speaker dan peluang bernetwork dengan peserta sangat beharga. Setiap kisah di sebalik kejayaan mereka inshaAllah akan dijikan sumber inspirasi dan inshaAllah akan disampaikan kepada semua 🙂

Diharap dapat hadir pada Konvensyen yang seterusnya.

Zuan

Comments
  1. schaze zainn
  2. iqbal
    • Zuan
  3. Mak lagenda
    • Zuan
  4. blogger lelaki
    • Zuan
  5. Fyzal
  6. papa mifz
    • Zuan
  7. encikarman
  8. Bahrain
  9. Khairul Zamri
  10. Juan
  11. ema
  12. encikarman
    • Zuan
  13. mrhanafi
  14. kakiblog
  15. Ladfe Amir
  16. Hafizul
  17. the malay male
    • Zuan
  18. anuar
    • Zuan
  19. pahan
  20. Hafizin Jamil
  21. puteri kasih
  22. Sal Ijou
  23. titan
  24. Mohd Shubhi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Recommended
Recommended
Lama rasanya den tak tulis mengenai blogger, atau apa-apa yang...