#KUM2013: Konvensyen Usahawan Muslim

Assalamualaikum, salam ramadhan, dan salam sejahtera kepada semua. Perniagaan, samada kita sedar atau tidak, setiap dari kita terlibat dengan kegiatan perniagaan baik sebagai pengeluar, perantara ataupun pengguna. Tan Sri Syed Mokhtar AlBukhary adalah usahawan bumiputra yang tidak asing lagi di negara kita. Bermula dengan hanya menjual lembu dan kerbau pada usia beliau 19 tahun, kini beliau merupakan antara individu terkaya di Malaysia dan berjaya mendapat anugerah Tokoh Ma’al Hijrah daripada Yang Di Pertuan Agong Malaysia pada 2008.

Business sebagai fardhu kifayah‘ adalah tema Konvensyen Usahawan Muslim untuk tahun tahun ini, menampilkan 6 speaker yang tidak asing lagi di dalam bidang perniagaan seperti Datuk Wira Dr. Haji Ameer Ali Mydin (Pengarah Urusan Mydin Holdings Sdn Bhd), Datuk Nadzim Johan (Pengasas Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM)), Tuan Haji Ali Hassan Mohammad Hassan (Pengarah Urusan Al-Ikhsan Sport Sdn Bhd), Dato’ Husammudin Yaacub (CEO Kumpulan Media Karangkraf), Dato’Dr Rusly Abdullah (Chef Li) (Mentor Jutawan Senyap) dan Ustaz Pahrol Mohamad Juoi (Penceramah Bebas).

Bertempat di Dewan Muktamar, Kompleks Pusat Islam (JAWI) pada 7 September 2013. Ia adalah sebuah konvensyen yang menarik untuk dihadiri para usahawan tempatan untuk mengetahui kisah disebalik kejayaan para speaker yang dijemput. Ia juga dilihat boleh menjadi suatu platform untuk meluaskan network di kalangan para usahawan yang mempunyai minat yang sama.

.

#KUM2013- Konvensyen Usahawan Muslim 3

 

Disamping itu, para blogger juga dijemput untuk menurut serta di dalam contest yang di anjurkan. Dengan hanya menulis entry berkenaan ‘Konvensyen Usahawan Muslim‘ atau apa-apa yang berkaitan perniagaan di blog, dan berpeluang memenangi wang tunai sebanyak RM500 dan 1 tiket percuma ke Konvensyen Usahawan Muslim. Untuk maklumat lanjut, boleh layari www.konvensyenusahawanmuslim.com.

Till then.. Mari menuju kejayaan! Haiyya Alal Falah~

Zuan

#KUM2013- Konvensyen Usahawan Muslim 2

Comments
  1. Khairul Zamri
  2. Aya
  3. sweetkurma
  4. Hafizul
  5. Azham Vsvc
    • Zuan
  6. Mohd Shubhi
    • Zuan
  7. Sop
    • Zuan
  8. blackrosehunter
    • Zuan
  9. Denaihati
    • Zuan
  10. schaze zainn
    • Zuan
  11. JMR
    • Zuan
  12. zuls
    • Zuan
  13. suri
    • Zuan
  14. papa mifz
    • Zuan
  15. kakiblog
  16. titan
  17. wazy

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Recommended
Assalamualaikum, Salam Ramadhan dan Salam Sejahtera. Dalam tak sedar dah...