Korea Tourism Organization Bekerjasama Dengan Wow! PyeongChang! Supporters Malaysia

Share

Pada 11 Februari 2017 yang lepas di Korea Tourism Organization (KTO) Malaysia yang terletak di Korea Plaza KL, telah berlangsung majlis pelancaran pelancaran program Wow! PyeongChang! Supporters Malaysia. Ia adalah kerjasama antara KTO Malaysia dengan Wow! PyeongChang! Malaysia Supporters bersempena dengan acara PyeongChang Winter Olimpik 2018.

Topik utama yang dibicarakan pada majlis pelancaran tersebut adalah mengenai 2018 PyeongChang Winter Olimpik yang bakal berlangsung pada tahun hadapan iaitu pada pada 9 Februari 2018. Ia adalah penganjuran sukan Olimpik ke-2 di Korea, yang mana kali terkahir berlangsung di Korea adalah 30 tahun yang lepas iaitu Seoul Olympic 1988.

Jadi bagi meningkatkan promosi acara sukan mega ini, Korea Tourism Organization telah mengerakkan pelan pemasaran intensif untuk menyerlahkan PyeongChang Winter Olimpik 2018 bersama-sama dengan 3 bandar Olimpik utama di wilayah Gangwon iaitu PyeongChang, Gangneung dan Jeongseon.

Korea-Tourism-Organization-Wow!-PyeongChang!-Supporters (4)

Bersempena dengan itu, KTO Malaysia telah membuka sebuah gerai khas di Korea Plaza dengan maskot Olimpik “Suhorang” dan “Bandabi” serta memainkan video promosi. Ini bagi membantu memberi pemahaman kepada pelawat mengenai 2018 PyeongChang Winter Olimpik.

Dari 13 hingga 17 Februari, Korea Plaza telah mengadakan a spin slot game yang dinamakan “Hit 20.180.209!” dimmana pelawat yang datang boleh menekan butang yang disediakan dan berpeluang memenangi pelbagai hadiah istimewa.

Wow-2018-PyeongChang

Program Wow! PyeongChang Supporter Malaysia

Program Wow! PyeongChang Supporter adalah program yang direka khas oleh KTO Malaysia bagi menjalankan kerjasama dengan para pengaruh media sosial dan penulis blog di Malaysia bagi bersama-sama mempromosikan 2018 PyeongChang Winter Olimpik.

Bermula dari bulan Februari, Wow! PyeongChang Supporter diwajibkan untuk melakukan posting secara tetap berkala tentang sukan Olimpik yang bakal dilangsungkan seperti mengenai stadium dan permainan, sumber-sumber pelancongan dan perayaan di bandar Olimpik dan lain-lain melalui medium blog, media social dan saluran SNS.

Pada majlis perasmian tersebut, Ms. Nuri Kim, Pengurus Pemasaran Pelancongan Wilayah Gangwon ada membuat pembentangan mengenai gambaran keseluruhan mengenai 2018 PyeongChang Winter Olympic dan program Wow! PyeongChang! Supporters.

Wow! PyeongChang! Supporters Malaysia diberikan sijil dan baju official dan kemudian mengambil gambar kumpulan bagi memberi komitmen untuk projek besar yang bakal berlangsung ini.

Korea-Tourism-Organization-Wow!-PyeongChang!-Supporters (2)

Mr Lee Younggeun, Pengarah Urusan Korea Tourism Organization Malaysia.

Menurut Mr Lee Younggeun, Pengarah Urusan Korea Tourism Organization Malaysia.

2018 Pyeongchang Winter Olympic adalah peluang yang baik untuk Korea untuk membina kesedaran jenama baru. Pada masa yang sama, pelancong dari Malaysia boleh meneroka dan melihat tempat-tempat menarik di Korea yang mereka tidak pernah lihat atau sampai lagi.

Sebagai contoh, daerah Gangneung belum diperkenalkan lagi ke Malaysia tapi ia merupakan destinasi yang baik kerana anda boleh merasai    tradisi Korea dan kehidupan moden di sini. Oleh itu KTO akan bekerjasama rapat dengan WOW! PyeongChang! Supporters bagi bersama-sama menggalakkan promosi 2018 PyeongChang Winter Olimpik dan memperkenalkan bandar Olimpik dengan lebih mendalam lagi.

Korea-Tourism-Organization-Wow!-PyeongChang!-Supporters

Wakil dari Korea Tourism Organization Malaysia dan Wow! PyeongChang! Supporters Malaysia bergambar di Korea Plaza KL.

Sebagai penghargaan kepada kerja keras para penyokong, KTO Malaysia akan menawarkan faedah premium kepada supporter yang perform dengan baik;

  1. Pertama; Majlis Anugerah Penyokong Terbaik akan diadakan dua kali dalam tahun ini yang mana akan memberikan hadiah-hadiah hebat yang menakjubkan seperti tiket penerbangan pergi balik ke Korea, pakej pelancongan dan banyak lagi.
  2. Kedua; Penyokong terbaik akan mendapat peluang tajan sepenuhnya untuk pemeriksaan ke tapak Olimpik.

Menurut Mr Lee lagi “Kami meminta Wow! PyeongChang! Supporter memainkan peranan yang penting untuk memperkenalkan dan mempromosikan 2018 PyeongChang Winter Olimpik kepada Malaysia dengan berkesan. Oleh itu wow! PyeongChang! Supporter diharapkan untuk mengambil tugas ini dengan serius dan melaksanakan proaktif.

Korea-Tourism-Organization-Wow!-PyeongChang!-Supporters-

Bersama dengan Mr Lee Younggeun, ketika majlis penyampaian sijil tempoh hari. Bangga sebagai salah seorang supporter program Wow! PyeongChang! Malaysia.

 

8,772 total views, 8 views today

Share
Comments
  1. safiona
  2. Bahrain
  3. Miera Nadhirah
  4. nikkhazami
  5. blair villanueva
  6. Rawlins GLAM
  7. rahimah majid
  8. cindyrina
  9. RAIHANAH AHMAD
  10. Otomen Taro
  11. Seorang Syed
  12. Jari Manis
  13. Anuar
  14. MeqZa Abdul Rahman
  15. ira

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge