Kontes Review Klinik Cinta

Share

Kontes Review Klinik Cinta dianjurkan Blog Klinik Cinta sendiri bermula 22 Sept sehingga 22 Oct 2013. Ia adalah bagi mendapatkan pendapat positive, idea para reviewer serta cadangan penambahbaikkan untuk Blog Klinik Cinta. Ia adalah satu usaha bagus untuk memantapkan penjenamaan blog ini.

Klinik Cinta adalah merupakan sebuah laman untuk berkongsi kisah cinta, tips, ayat cinta dan sebagainya yang berlandaskan cinta yang sebenar. Memang benar kata orang, cinta melukakan tidakkah kamu sedar cinta itu satu anugerah biarpun pahit bukan selamanya.

kontes-review-klinik-cinta

Difahamkan Blog Klinik Cinta mempunyai sebanyak 10 orang penulis / krew sehingga hari ini. Satu jumlah yang sangat banyak untuk satu blog yang pada pendapat den mempunyai pros dan cons sendiri. Pada den kalau satu satu blog tu terlau banyak penulis, dikhuatiri malas tu menyerap di dalam diri. Masing masing mungkin akan rasa bukan masalah jika tak update sebab akan ada backup writer yang akan update. Tapi sekiranya ethics dikalangan blogger Klinik Cinta adalah bagus, ini bukanlah satu masalah.

Selain itu, idea mungkin akan melimpah limpah jika ada banyak tangan di dalam satu domain. Tetapi dikhiatiri juga pembaca mungkin akan lebih fokus membaca penulisan blogger kegemaran mereka sahaja. Tapi tu bagus juga dari segi trafik dan normal visitor.

Den suka Icon blog ni. Sangat kena dengan nama dan niche blog. Berbentuk hati yang hancur sedang dirawat. Sungguh iconic pada pendapat den. Tahniah. 😀

Yang den gemar pada blog ini adalah bahagian Hubungi Klinik Cinta. Bahagian ini berkhidmat untuk pembaca menghantarkan masalah, tips, pengalaman dan pertanyaan mengenai cinta kepada penulis yang mereka minati secara percuma. Ni kira public service yang dijalankan tanpa mencari keuntungan. Mungkin atas ‘servis’ yang ditawarkan, blog ini tidak fikir langsung pada pendapatan, malahan sangup bagi wang besar untuk para reviewer dan pro seo kontes ini.

klinikcinta blog

Dari segi theme, dan navigation. Blog ini memang sempoi, dan easy to navigate. Theme sangat kemas dan bertepatan dengan header dan niche blog pada pendapat den. Komen box juga sangat nice dan entry mudah untuk dikongsikan di facebook, twitter dan google+. Cuma kalau boleh letakkan button share berkenaan di bawah entry.

Den juga suka tab yang dibahagikan mengikut categories. Bagus untuk pembaca blog. First time visitor pun tak akan ada masalah untuk navigate di site ini.

Den tak banyak mau review pasal ini blog. Papepun den harap blog ini terus maju. Terus mendapat tempat dikalangan pembaca blog tempatan. Opss sorry den tak tulis review dalam betuk point point. Saja kasi pening korang baca..hehehe

Kontes Review Klinik Cinta ini dianjurkan oleh Klinik Cinta dan di taja oleh Sweetkurma, Beautiful Places to VisitKongsiBersamaNora, Blogger Lelaki, Fuh.My, Khairul Zamri, Pondok KecilHasrulHassan, Aku PenghiburNurmujahidah, Nabila Biela, Sheda-ucu, Irwan Alessa, Shida Radzuan, Asyrof Asri, Eyma Lydia,  Jejari Comel dan Mohd Ridzwan dot com.

Zuan

Share
Comments
  1. sohoque
    • Zuan
  2. Khairul Zamri
    • Zuan
  3. Hafizul
    • Zuan
  4. sensasi2020
    • Zuan
  5. Khairul Zamri
  6. titan
  7. Khairul Zamri
  8. AkmaOmar
    • Zuan
  9. Denaihati
    • Zuan
  10. Bahrain
    • Zuan
  11. ema
    • Zuan
  12. papa mifz
    • Zuan
  13. encikarman
    • Zuan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge