Konsert Terakhir Boyzone, “Thank You and Goodnight Farewell” 2019

Share

Siapa layan lagu Boyzone? Boyzone akan kembali lagi ke Malaysia. Kali ini adalah kali terakhir mereka akan membuat persembahan di Malaysia, dan mereka akan bersama dengan Brian McFadden iaitu penulis lagu dan bekas ahli kumpulan Westlife.

Pasti ada yang tertanya-tanya mengenai penampilan Brian McFadden bersama Boyzone untuk konsert ini. Sebenarnya selepas Brian McFadden meninggalkan Westlife, beliau telah memulakan kerjaya solo pada tahun 2004. Kemudian pada tahun 2016, McFadden dan Keith Duffy, ahli dari Boyzone telah membentuk kumpulan “Boyzlife” dan telah tour satu dunia, untuk mempersembahkan lagu hits band mereka.

Bersempena dengan konsert terakhir Boyzone “Thank You and Goodnight Farewell Tour” pada bulan Jun 14, di Malawati Stadium, Shah Alam, hampur kesemua ahli kecuali Stephen Gately akan mempersembahkan lagu lagu hits mereka sepanjang 25 tahun menghiburkan peminat-peminat mereka.

Haaaaa ada yang dah tak sabar la tu. Mesti dah mula mainkan lagu lagu hit Boyzone seperti “Picture of You”, “No Matter What”, “Everyday I love You” dan “Love Me For A Reason.”. Uncle pun tengah dengar balik lagu-lagu Boyzone ni.

Petikkan dari lamab web rasmi tour Boyzone, “When we started out as five young Dublin Northsiders, eager to face the world, we never imagined that we’d still have an army of fans some twenty-five years later…”, dan ternyata peminat-peminat mereka yang membuatkan mereka kembali untuk persembahan TERAKHIR mereka.

Tiket boleh didapati di: https://airasiaredtix.com/boyzone2019. Jom beli tiker sebelum sold out. Uncle ada banyak pengalaman tak dapat beli tiket sebab tiket dah habis. Jadi baik beli cepat-cepat sebelum habis. Beli dulu, plan nanti hehe.

Konsert Boyzone “Thank You and Goonight Farewell” dibawakan oleh Wowstar Creative Entertainment Co., Ltd. Ditubuhkan pada tahun 2018, Wowstar Creative Entertainment adalah sebuah syarikat hiburan yang
berkembang pesat yang mengkhusus dalam pelbagai perniagaan hiburan seperti konsert, muzik langsung dan acara hiburan, pengurusan artis, filem, televisyen, pengeluaran komersial dan pengedaran.

Untuk maklumat lanjut mengenai WowStar Creative Entertainment, https://www.facebook.com/WowstarCreativeEntertainment/.

1,893 total views, 6 views today

Share
Comments
  1. Arya Snow

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge