Komen di Entry Lama – Ketinggian Menjadi Persoalan

Blog lama, walaupun dah bersawang selepas berhijrah, tapi masih mendapat trafik yang tidak mengecewakan gara-gara teknik seo tak terkalah yang aku amalkan. Den tak sangka, entry dari blog lama bertarikh 7 February 2012, masih ada pembacanya. Baru-baru ini mendapat komen berbunyi:

Salam semua.Masa kami kenal mula-mula memang silap saya tak perasan si gadis tu lagi tinggi dari saya. Dah lama kawan tu baru perasan..sekarang dah hampir 4 tahun berkawan..makin tinggi pula plak gadis ni..Saya takat bahu dia je,155cm vs 172cm..ouch! Doakan kami nikah cepat-cepat ye…insya Allah…lepas raya ni kalo dia setuju..Jujur kata saya tak pernah rasa rendah diri,segan atau malu malah lebih berkeyakinan..sebab gadis punya awek yang tinggi dari saya..

Alhamdulillah, semakin tinggi keyakinan si jejaka ni di dalam hubungan. Semoga murah rezeki kamu berdua supaya boleh cepat melangsungkan pernikahan. (nak tau sapa yang komen, terjah blog lama den). Dan peringatan untuk yang nak kawin tu, buatlah majlis perkahwinan mengikut kemampuan. Tak penting majlis mewah mewah, yang penting hubungan yang berkekalan.

Pada awalnya, ia bukanlah sebuah entry. Hanya berbentuk #TanyaPendapat kepada pembaca blog di laman sesawang facebook dan twitter. Disebabkan topik mendapat banyak respon, ia dilanjutkan dalam bentuk entry di blog untuk mendapatkan respon dari pembaca blog pula.

Tips Rumahtangga Bahagia

Alhamdulillah, ketika itu, dapat banyak respon positive dari facebook, twitter dan blog. Secara majoriti, pembaca berpendapat, lebih murah rezeki jika perempuan lebih tinggi dari lelaki. Ada juga yang berpendapat jika dah sayang, tak kisah walaupun si isteri lebih tinggi walaupun dirasakan janggal.

Alhamdulillah, tak ramai juga lelaki yang sensitive mengenainya. Ke segan nak menyampuk?
hehehe :p

Blogger, Model, Pelakon Popular Hanis Zalikha Bertudung

“I tak kesah you lagi rendah dari I, janji you sayang I sampai hujung nyawa..”

Walaupun majoriti mengatakan lebih murah rezeki sekiranya isteri lebih tinggi dari suami, tetapi tiada yang berjaya menunjukkan ada dalil / surah yang mengatakan demikian. Ia mungkin adalah satu ayat ‘penyedap hati’ dan mungkin juga hanya suatu doa kepada pasangan yang baru berkahwin untuk mengelakkan masalah rumah tangga.

Bagaimanapun, yang kita semua sedia maklum, perkahwinan membuka pintu rezeki dan nikmat hidup. Jadi terima la pasangan kita seadanya walaupun banyak kekurangan mereka. Kan tanggungjawab kita menutup kelemahan mereka 😉

Zuan

Comments
  1. aku penghibur
  2. kakiblog
  3. daddydee
  4. Irwan Alessa
  5. Man
  6. hafizrahim
  7. encikarman
  8. Hafizul
  9. sweetkurma
  10. papa mifz
  11. Myra Jay
  12. Nia
  13. Razlan
  14. ira
  15. ira
  16. titan
    • Zuan
  17. TehR
  18. sohoque
  19. Mohd Shubhi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Recommended
Recommended
*Buka lagu Salam Lebaran* Saya, Muhammad Syazwan Bin Norhalik mewakili...