Kolam Air Panas Gadek Beroperasi 24 Jam Setiap Hari

Share

Teringin nak mandi air panas pada tengah-tengah malam atau di pagi hari? Tiada masaalah, sebab Kolam Air Panas Gadek, Melaka beroperasi 24 jam setiap hari.

Yeahhh!! Bila-bila masa sahaja boleh mandi air panas!

Itu la dalam kepala uncle apabila tempoh hari, uncle tiba-tiba teringin nak mandi air panas di malam hari. Biasa la, bila dah overload dengan kerja dan travel, mesti mau manjakan badan sekali sekala. Jadi mandi air panas adalah salah satu pilihan uncle untuk manjakan diri.

Pada asalnya uncle nak ke Air Panas Pedas sebab #DekatJe dengan rumah. Tapi malangnya hanya beroperasi sehingga 10 malam, jadi uncle ambil alternatif untuk ke negeri jiran iaitu Melaka untuk mandi air panas di malam hari.

air panas gadek

Air Panas Gadek terletak di Kampung Ganun daerah Alor Gajah, kira-kira 25 km dari Bandar Melaka, dan hanya 13 km dari susur keluar tol Simpang Empat, Alor Gajah Melaka. Ia adalah lokasi terbaik untuk manjakan diri dengan air panas semulajadi pada bila bila masa kerana dibuka 24 jam setiap hari.

Suhu permukaan air panas Gadik adalah sekitar 56 darjah Celsius, dengan purata aliran air 5.4 liter sesaat. Agak-agak boleh rebus telur ayam tak? hehe.

air panas gadek

Dilengkapi dengan 2 kolam utama, dan 8 kolam mini berbumbung, Kolam Air Panas Gadik yang mana telah di uruskan oleh syarikat Arus Rahmat Sdn. Bhd. telah menerima 2000-3000 pengunjung setiap bulan. Not bad kan business kolam air panas ni? 😀

air panas gadek

Selain dari kemudahan kolam yang dibuka kepada pengunjung 24 jam setiap hari dan tempat duduk berbumbung yang selesa, disediakan juga kemudahan taman permainan kanak-kanak, restoran, tempat parking percuma, WiFi percuma, dan kerusi urut.

air panas gadek

Air panas di percayai mengandungi belerang yang dapat menyembuh pelbagai jenis penyakit kulit. Ada banyak kelebihan mandi air panas selain dari merawat pelbagai jenis penyakit kulit, antaranya;

  • Memberi ketenangan kepada tubuh badan
  • Membantu mengurangkan stress.
  • Melegakan ketegangan otot.
  • Meransang kadar metabolisma dalam badan.
  • Membantu melancarkan aliran darah.
  • Membantu mengeringkan kesan luka.

Bayaran masuk adalah RM 5 untuk dewasa, RM3 untuk kanak-kanak berumur antara 6 hingga 12 tahun, dan PERCUMA untuk penghidap penyakit kronik, OKU dan kanak-kanak 5 tahun ke bawah.

Kolam Air Panas Gadek kini adalah salah satu tarikkan pelancongan dalam dan luar negara di negeri Melaka. Apa lagi, jom mandi air panas di malam hari 😀

Comments
  1. sabree hussin
  2. Vixalexa
  3. aimannajmy
  4. mrhanafi
  5. Noriza Rahman
  6. Ezad Skytech
  7. suri
  8. Raihanah Ahmad
  9. husna zahidi
  10. Ina Ainaa
  11. Julia Johari
  12. Bahrain
  13. Datin Tyka
  14. Anuar
  15. Shiqin Sunshine
  16. Tonik Ajaib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Recommended
Recommended
Kelapangan masa yang uncle ada ketika traveling ke tempat kerja...