Koffeekabin Tempat Makan Best Senawang Untuk Seisi Keluarga

Share

Uncle dah lebih 15 tahun tinggal di Senawang, Negeri Sembilan. Banyak juga tempat makan best Senawang dan area Seremban yang uncle dah cuba. Daripada mamak hingga la ke kafe ala-ala hipster, macam-macam jenis keunikkan makanan yang ditawarkan di area Senawang dan Seremban.

Baru-baru ni uncle bawa wife uncle untuk makan di salah satu kedai makan Senawang yang uncle suka iaitu Koffeekabin (yang dahulunya dikenali sebagai Umai Kopitiam).

Respon wife uncle bila ke sini untuk pertama kali, seakan dia tak percaya dengan kepelbagaian seleksi menu yang ada, dan harga yang jauh berbeza dengan harga makanan di area Lembah Klang. Jangan ingat Senawang ni tak ada apa-apa ya sayang? Kalau Kajang terkenal dengan sate-nya, Senawang boleh offer lebih dari itu hehe.

koffeekabin by umai kopitiam

Koffeekabin bukan je port makan Senawang, boleh juga dijadikan port dating untuk yang dah berkahwin macam uncle hehe. Kalau dah dating dengan cik wife uncle ni, makan roti bakar pun dah cukup kenyang.ย 

Memandangkan pagi tu kami dah makan agak banyak, jadi perut masih kenyang. Kami hanya order makanan ringan sahaja. Lagipun kami ke sini sebenarnya untuk dating, bukan untuk makan sangat pun.

Walaupun diluar waktu makan tengah hari, agak ramai juga pelanggan di Koffeekabin ni waktu kami di sana. Tapi bagusnya, menu yang kami order sampai dengan cepat. Terbaik la staff Koffeekabin, walaupun ramai customer, masih dapat deliver menu yang diorder sebelum customer bangun dan tinggalkan kerusi mereka. Nampak mereka tak jadikan customer ramai sebagai alasan untuk menu yang dipesan sampai lambat.

koffeekabin kafe best senawang

Koffeekabin fullhouse. Ada ruangan makan di luar, di dalam dan ada satu ruangan khas ber-aircond yang pelangan boleh tempah kalau ada nak anjurkan event.ย 

Sebelum uncle kahwin, Koffeekabin ni port uncle mengopi dengan kawan uncle pada waktu petang.ย  Di sini la port kami sembang pasal isu semasa, sembang pasal bola, sembang pasal favorite anime kitorang iaitu One Piece ataupun kadang-kadang bersembang pasal superhero Marvel.

One of favorite drink uncle kalau ke Koffeekabin adalah Cold Signature Chocolate. Jangan terkejut yang harganya hanyalah RM6.80. Murah kan untuk saiz macam ni? Mana nak dapat kat KL harga macam ni? Kat Koffeekabin je ada.

Kafe Senawang Koffeekabin ni bukan je tawarkan menu yang biasa kita boleh dapat di kafe-kafe lain seperti Roti Bakar, Chicken Chop ataupun Burger. Mereka juga ada tawarkan Laksa, Mee Kari, Nasi Lemak dan banyak lagi termasuk kepelbagaian seleksi minuman yang ada diataranya fusion macam Tembikai Laici, Epal Laici, Epal Asam Boi, dan banyak lagi. Uncle percaya, lama masa yang diambil untuk pilih menu apa yang anda nak order kat sini.




Koffeekabin ni terletak di Jalan Pusat Bandar Senawang 18. Landmark Koffeekabin ini adalah di belakang Bank Islam Cawangan Senawang. Tak banyak sangat kafe di sekitar Pusat Bandar Senawang, jadi senang nak jumpa Koffeekabin ni.

Alamat penuh Koffeekabin:ย 435, Jalan Pusat Bandar Senawang 18, 70450 Senawang, Negeri Sembilan. Boleh juga WAZE ‘Koffeekabin’ untuk navigasi ke cafe ini dari tempat anda. Koffeekabin beroperasi setiap hari kecuali hari Jumaat dari jam 10.30 pagi hingga 10.30 malam.

Jom ke Koffeekabin, boleh sembang-sembang di kafe best Senawang ini.

1,831 total views, 2 views today

Share
Comments
  1. Xplorasi Destinasi
  2. nurul fatin adiana
    • Uncle Zuan
  3. Thenewsia
  4. nila anggraini
  5. Mummy Julia
  6. nikkhazami
  7. Ikhwan
  8. ciklilyputih
  9. Asyraf
  10. Nina Mirza
  11. Ira
  12. Hans

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge