Ko jolobak ke Jerebu di KL

Share

Ko jolobak ko jolbu, tuai padi tigo tangkai.. Eh silap pula, nak cerita pasal jerebu, ternyanyi pula lagu Gadis Jolobu nyanyian Dato’ Hattan dan W.A.R.I.S. hehe

Yups, jerebu. Rasanya dah hampir 2 minggu jerebu menyerang. KL Tower pun nampak tak nampak je dari office den.

Ada batuk, ada yang sampai merah merah mata. Semua kesan dari jelebu. Ini baru kesan dari jelebu yang mengena sekali sekala, bagaimana pula kesan asap rokok dan asap kenderaan yang mengena hari-hari? Ia masuk paru paru kita dan,  euuu kesannya……

gambar jerebu kuala lumpur

Pemandangan ke arah Bangsar dari Menara Atlas Plaza Pantai

Ops, maaf ini bukan ikan anti rokok. Ia cuma satu peringatan. Kita mungkin nampak kesan besar bila jelebu datang, seperti ramai orang pakai topeng, ramai orang merah mata, kulit gatal-gatal, ramai orang batuk-batuk. Tapi kita terlupa kesan kecil yang ada tanpa sengaja apabila asap buatan manusia seperti asap rokok, asap kilang dan asap kereta. Yang hirup udara kotor tu bukan kita je, bayi kecil, dan orang tua juga tak terkecuali.

Ada masa, korang google pasal macam mana terjadinya jerebu. Boleh dijadikan peringatan supaya jangan buat itu jangan buat ini. Kena ingat, kalau udara kotor dari luar masuk dalam rumah, yang kotor yang masuk tu boleh keluar balik ke? Macam mana nak keluar balik? Halau dia pakai tikar terbang? Hehe

Solution untuk udara tak bersih yang masuk dalam rumah? Pakailah air purifier. Nampak macam mahal? Benda macam tu nampak macam tak de function pada mata kasar, tapi function dari segi fungsinya, bagus untuk udara yang kita sedut di dalam rumah. Bagus untuk paru paru kita yang dah banyak sedut udara tak bersih kat luar.

Jadi kesan dari jerebu, kesan dari peristiwa kehilangan pesawat MH370, apa kita belajar dari sudut positif? Jangan lalai, atau leka dengan apa yang kita buat seharian. Ia mungkin nampak kecil, tapi satu puting rokok boleh menyebabkan satu negara terbakar. 😉

#PrayForMH370

Zuan

Share
Comments
  1. Cikgu Bola
  2. Khairul Zamri
  3. profhariz
  4. Bahrain

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge