Kirindo Menawarkan Pelbagai Seleksi Bubble Tea Kepada Pengunjung
Haritu uncle dan wife jalan jalan la sekitar SS15 Subang Jaya cari port nak dating. Sekali terjumpa kedai bubble tea Kirindo yang baru sahaja buka. Kitorang pun rasa nak try la sebab ia masih baru dan nampak ada tempat lepak yang selesa.
Baru je bukan bulan 11 yang lepas, Kirindo ni bukan jenama yang dibawa dari luar, ia adalah jenama tempatan yang pasti memikat hati ramai orang. Okay masa untuk spam gambar dan info hehe.
Kat mana sebenarnya Kirindo ni? Okay ia alamat KIRINDO adalah di No.49, Jalan SS15/4, 47500 Subang Jaya, Selangor. Waktu beroperasi Kirindo adalah pada setiap hari, dari jam 11 pagi hingga 1 pagi.
Maklumat lanjut apa promo yang Kirindo ni ada buat, boleh usya dekat FB diorang > https://www.facebook.com/kirindomy/. Apa lagi, jom boba tea.