Keunikkan Kompang Tiga
Biasa dengar kompang waktu majlis kawin bukan? Tahu tak yang sebenarnya ada macam-macam jenis kompang, dan kompang boleh juga dimainkan di pelbagai jenis majlis selain majlis perkahwinan sahaja?
Untuk entri kali ini, uncle nak kongsikan mengenai Kompang Tiga (Three Kompang) atau juga dikenali sebagai Kompang jawa.
Sejarah Kompang
Terlebih dahulu, uncle nak cerita secara ringkas mengenai kompang sebelum menyentuh mengenai Kompang Tiga secara lebih terperinci. Kompang ialah sejenis alat muzik tradisional yang tergolong dalam kumpulan alat muzik gendang yang popular dikalangan masyarakat Melayu.
Kulit kompang diperbuat daripada kulit kambing betina, dari kulit lembu, kerbau atau getah sintetik. Biasanya, seurat rotan akan diselit dari bahagian belakang kompang iaitu antara kulit dan bingkai kayu untuk menegangkan permukaan kompang bagi menguatkan bunyi kompang.
Kompang asalnya dari Arab dan dikatakan masuk ke Tanah Melayu pada zaman Kesultanan Melaka oleh para pedagang India Muslim. Ada juga kata ia melalui Jawa pada abad ke-13 oleh pedagang Arab.
Keunikkan Kompang Tiga
Kompang Tiga adalah persembahan musikal tradisional yang dipersembahkan dikalangan masyarakat Jawa. Ia adalah berbezadaripada persembahan kompang lain dalam bentuk instrumen, termasuk lagu-lagu dan komposisi yang berdasarkan kandungan kitab Barzanji. Ini menjadikan keunikkan yang ada pada Kompang Tiga.
Lompang Jawa ini berasal dari zaman wali sembilan di Jawa yang menggunakan muzik tradisional kompang untuk menarik orang kepada ajaran islam melalui berzanji memuji-muji nabi Muhammad S.A.W. Ia kemudiannya dibawa masuk ke Selangor pada awal tahun 1900an oleh pedagang dari Jawa.
Sehingga kini Kompang Tiga dimainkan di masjid, madrasah, dan tempat yang mengadakan perayaan keagamaan seperti majlis khatam Quran dan juga kenduri kahwin. Antara lagu yang biasanya dipersembahkan adalah Assolatu, Bissari, Ya-Solatun, Salilillah, dan lain lain lagi dari kitab Berzanji.
Persembahan Kompang Tiga
Di sini uncle ada rekod sedikit video persembahan Kompang Tiga oleh Kumpulan Kompang Kadaro dari Kampung Pasir Panjang.
Menarik kan kompang Tiga ni. Sambil kita mendegar paluan kompang sambil kita berzanji. Harap dengan pendedahan ini, Kompang Tiga terus diamalkan oleh golongan muda terutamanya dan tidak hanya dimainkan secara rakaman ketika majlis yang mana boleh membawa ia luput ditelan zaman.
Program Rentak Selangor adalah hasil kerjasama antara UPENS (Unit Perancangan Negeri Selangor), Tourism Selangor dan GayaTravel penyelaras program.
11,631 total views, 1 views today
kompang selalu dengar time kenduri kawin, last masa sekolah dulu berpeluang guna kompang. itupun memang sumbang
RAIHANAH AHMAD recently posted…Pengguna Shaklee Paling Rendah Risiko Diabetes / Kencing Manis
hehe takpe la sumbang, janji ada pengalaman cuba bermain kompang
Uncle Zuan recently posted…Menarik Mengenai Tarian Singa
baru tahu juga tentang kompang 3 ..
biasa kenal dengan rebana
Hero Borneo recently posted…Soalan Dan Jawapan Tentang Poligami
lepas ni inshaAllah kalau ada yang unik-unik akan saya kongsikan kepada semua di sini
Uncle Zuan recently posted…I Change To MOTO7 Motor Oil
Yes, with time parts of our culture will be lost with modernisation. Hope there will be people to learn and pass down the skill!
Isabel Lee recently posted…[Home & Living] Metabo Power Tools for Professionals + DIY Baby Play Yard
really hope they open this to college or university for youngsters to learn
Uncle Zuan recently posted…I Change To MOTO7 Motor Oil
memang ramai gak rasanya tak tahu menahu pasal kompang tiga nih.
titan recently posted…Evolusi SBB 2017.
betul. ramai yang tau kompang je, tapi tak tau sebenarnya ada macam-macam jenis kompang
Uncle Zuan recently posted…Berani Sahut Cabaran KL Tower International Towerthon Challenge 2017?
kat kampung aku kompang dipanggil rebana..kecik sikit saiznya dan bunyinya lebih padat berbanding kompang yang lebih nyaring..apa pun syok kalau pandai main..sampai sekarang aku tak reti main..ahaha
reezluv recently posted…Simpan Gambar Dalam Phone Guna OTG
nanti boleh la ke perak dengar paluan rebana pula hehe.
sama la bro, aku pun tak reti nak main kompang.
Uncle Zuan recently posted…I Change To MOTO7 Motor Oil