Kerosakkan Phone Yang Boleh Dibaiki Di Chamo Bangi

Share

Tak semua kerosakkan tak boleh dibaiki. Kadang kita nampak phone kita rosak macam dah tak ada harapan je kan, tapi kadang kala, dengan sedikit sentuhan magik pakar repair smartphone, yang rosak tu, boleh jadi pulih.

Uncle nak kongsikan beberapa jenis kerosakkan phone yang boleh dibaiki di Chamo Bandar Baru Bangi.

Bateri Kembung Sampai LDC Pun Tertanggal – Tukar Bateri dan LCD

iPhone 6

Kalau dah phone anda tu sentiasa panas, cepat habis, dan yang penting nampak macam dah bunting (kembung) je phone anda, baik hantar untuk tukar bateri baru. Masalaah bateri kembung ni bukan masaalah biasa, kadang sebab kita over charged, atau tak pernah tukar bateri, tu yang boleh jadi masaalah bateri kembung tu. Kalau tak dibaiki atau ditukar, akan menjadi masalah kepada komponan yang lain pula seperti LCD boleh tercabut dan tidak berfungsi dengan baik.

Phone Basah Kena Air – Water Damage Treatment

Huawei Honor 6

Langkah pertama kalau phone kena air atau masuk dalam air adalah dengan memadampan phone anda rendamkan ia dengan beras. Biar ia untuk beberapa hari. Beras ni boleh menyerap air, jadi biarkan phone anda untuk beberapa hari. Mungkin seminggu? Kemudian cuba on balik phone anda. Antara masalaah yang mungkin akan masih ada adalah screen tidak berfungsi dengan baik, dan bateri menjadi panas. Di Chamo Bangi, anda boleh hantar phone anda untuk buat pemeriksaan lanjut untuk masaalah seperti ini. Chamo juga menawarkan servis water damage treatment.

Phone Tak Boleh Nak Charge – Tukar Port Charge

Lenovo Phad

Masalah phone tak boleh charge ni kerap terjadi sebab anda kerap main phone ketika phone sedang di-caj. Selain tu, kerakusan ketika memasukkan usb ke port charge. Banyak faktor yang mendorong kepada kegagalan untuk phone anda di-caj. Kadang sebab ada habuk pun kita tak boleh nak charge phone kita. Untuk masaalah phone tak boleh nak charge, boleh hantar ke Chamo untuk mereka cek kerosakkan tersebut.

Sim Kad Tak Boleh Detect

Samsung T231

Sim kad tak boleh baca adalah masalah yang jarang berlaku sebab jarang kita nak keluarkan sim kad daripada phone kita melain kan, ter-keluar ataupun sebab nak tukar nombor phone lain. Sim kad tak boleh baca bukan sebab sim kita yang problem, kadang sebab connector / cooper untuk baca sim dah rosak.

LCD Tiba Tiba Blank – LCD Replacement

Oppo R9s

Masaalah LCD ni memang dah jadi masaalah biasa. LCD tak berfungsi dengan baik la, tiba-tiba blank la, LCD retak la. LDC ni memang komponan yang sangat manja walaupun kita nampak macam hebat sebab tekan tekan je dan boleh buat macam-macam. Bila dah problem macam ni, terus hantar untuk troubleshoot dahulu untuk pastikan masaalah sebenar phone anda tu. Untuk model Oppo R9s di atas, phone pemilik mempunyai masalah selalu tiba-tiba blank. Jadi pihak Chamo menasihatkan untuk tukar LCD baru atas sebab LCD sudah rosak.

Wi-Fi Laju, Tapi Connection Slow – Antenna Wi-Fi/GPS Replacement

iPhone 6g

WIFI kat rumah selalu laju je, tapi bila connect kenapa kita punya slow, yang dia punya laju? Signal WiFi pun sikit je, tak tinggi bar dia. Hantar untuk trouble shoot dahulu, kalau memang problem, memang kena buat pertukaran untuk Antenna Wifi/ GPS.

Smart Phone Repair Face2Face – Chamo Bangi

Alamat: No. 50, Jalan 7/7A, Bandar Baru Bangi, Selangor.
Waktu Operasi: Setiap Hari dari Jam 10 Pagi hingga 9 Malam.
No Phone: 03-8912 5731 (Office) / 018-9886 531 (Call/Whatsapp)
Email: sales@chamobangi.com.my
Website: www.chamobangi.com.my
Facebook Page: facebook.com/chamobangi

Share

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge