Nostalgia Kerepek Pisang Yati
Assalamualaikum, salam ramadhan dan salam sejahtera kepada semua. Kenangan, setiap orang ada kenangan manis dan kenangan pahit. Yang pahit mungkin dengan kawan baik, yang manis mungkin dengan keluarga tercinta. Kenangan mengajar kita pelbagai benda, menjadikan kita lebih dewasa.
“Bro, tahun ni ada buat kerepek lagi tak?” tanya kawan karibku. Setiap kali Syawal hampir, dia pasti akan order kerepek pisang yang Umi jual.
“Dah tak jual bro, harga pisang mahal sekarang. Nak naikkan harga pun nanti orang bising. Kurangkan berat kerepek nanti orang bising. Tak boleh buat apa la bro. Untung pun sikit je sekarang kalau jual, penat je lebih, tak berbaloi la” Jawabku. Memang betul, dah lebih 2 tahun keluarga kami berhenti menjual kerepek pisang disebabkan keuntungan yang semakin sedikit, dan kesukaran mendapat bekalan pisang yang semakin mahal.
Mungkin berniaga dah jadi hobi seorang suri rumah dan ibu kepada 3 orang anak seperti umi. Tak kesah untung kecil atau besar, umi sangat suka berniaga bagi mengisi masa lapangnya. Daripada aku kecil, aku melihat Umi pernah menjual Tupperware, produk kecantikkan Avon, barang kemas Zhulian, baju kurung, tudung, dan jubah atas bantuan modal dari abah. Alhamdulillah, aku tak pernah nampak umi terjerat di dalam skim MLM.
Kami sekeluarga pernah menolong umi membuat dan menjual kerepek pisang pada sekitar 2004 hingga 2011 bagi dijadikan pendapatan sampingan untuk keluarga. Kerepek pisang dijual dengan dengan branding Kerepek Pisang Yati. Branding Kerepek Pisang Yati agak dikenali di kawasan Senawang dan Paroi pada ketika itu. Lebih mengejutkan, ada customer dari Johor sanggup datang ke Senawang untuk mendapatkan kerepek pisang bagi membolehkan mereka menjual kepada kenalan di Johor dan Singapore. Ada yang memanggil Kerepek Polis selain dari Kerepek Yati.
Jika kami masih berniaga hingga sekarang, aku rasa mungkin tempahan Kerepek Pisang Yati ada dibuka di blog ini.
Keunikan kerepek ni bak kata kawan aku, “Nipis dan sangat rangup. Senang nak kunyah kalau banding kerepek pisang lain yang tebal-tebal dan keras.“
Biasanya kerepek dihantar ke peruncit dengan jumlah yang agak banyak melebihi 50 bungkus secara mingguan. Keuntungan tidaklah sebanyak menjual secara terus kepada pelanggan, tetapi ia cukup untuk menampung isi rumah kami sekeluarga. Kadang-kadang aku dibayar upah atas kerajinan aku.
Pada bulan puasa pula, selalunya tempahan masuk seminggu sebelum berpuasa. Memang tak menang tangan kerana biasanya mereka menempah packaging setengah kilo dalam kuantiti yang agak banyak. Alhamdulilah, biasanya aku ada kelapangan masa di bulan ramadhan bagi menolong umi. Biasanya tempahan ditutup 2 minggu sebelum Syawal tiba bagi mengelakkan tiada masa untuk persiapan Hari Raya kami.
Masih ingat lagi, terpaksa bangun awal pada pukul 4 pagi hampir setiap hari bagi menggoreng dan membungkus kerepek sebelum mula diedarkan pada esok hari. Pada awal, memang liat nak bangun, tapi bila dah biasa, akan terjaga bila dengar bunyi minyak. Di sebelah malam pula, kerja mengopek kulit pisang dijalankan. Tangan memang sakit jari kalau tak biasa mengopek kerna kulit pisang Nipah sangat tebal dan susah untuk di kopek. Sarung tangan juga perlu dipakai untuk mengelakkan ibu jari daripada lebam.
Kenangan bangun pukul 4 pagi untuk menolong umi packing kerepek pisang dan kenangan kopek kulit pisang sampai bengkak jari-jari, takkan ku lupakan. Ia mengajarku yang rezeki boleh di cari selagi kita berusaha mencarinya. Ia ada di mana-mana asal kita tahu bagaimana untuk menjadikannya pendapatan halal bagi menampung isi keluarga.
–Zuan–
Itulah keberkatan rezeki, walau pahit tapi manis akhirnya 😉
kerepek boleh dieksport jika bekalan mencukupi..
kakiblog recently posted…Revolusi Minda Blogger Dalam Dunia Bisnes
Pisang tanduk antara yang paling laris..
KiD recently posted…Buka Puasa di Hospital Kajang
kerepek pisang salah satu juada paling femes masa raya untuk orang ramai..makin mahal ea…tak tahu la plak…tpi memang sedap.., kerepek ubi pun sedap juga siap ada macam2x perisa.
adarain recently posted…Budak Maut Dalam Kereta
alaa… baru ingat nak order sebungkus. hehe
kerepek pisang antara hidangan wajib selain biskut raya , leka bila dah mula mengunyah…
papa mifz recently posted…Sejarah Pengasuh Mifz
haishhh…tengah2 pose ni menyelerakan pulak kerepek pisang nih…
Faizal Fredley recently posted…Kemaskini Google Webmaster Tools Blog Anda
kerepek ni best layan time tengok tv..makan sampai tak sedar habis..hehehe
hafizrahim recently posted…Iftar Ramadhan Bersama Denaihati
Sudah tak jual gara-gara harga pisang sudah naik. Kalau kawasan Senawang kenal kerepek pisang Yati memang sah sedap.
Kerepek pisang ni kalau jual memang laris,area sini kena pergi pekan Air Hitam,kat situ memang banyak
wazy recently posted…LETOPkan Jualan Anda Dengan Software Ini!
EMm banyak penjual kerepek pisang sekarang ni..stok pisang pula agak terhad..sebab tu mahal..kan bro..emmm
Hafizul recently posted…Tips Semasa – Cinta Itu Luar Biasa
Kerepek pisang kalau nipis dan rangup mmg layan. laju je masuk mulut. lebih2 lagi kalau sambil2 tgk tv.
Fyzal recently posted…Manchester United Tour 2013: A-League All Stars v Manchester United
hehe betul tu bro ^^
Seronok membaca pengalaman Unclezuan sekeluarga menjual kerepek pisang… Rupanya bro berasal dari keluarga berlatarbelakangkan periagaan… Patutlah bro pandai berniaga…
Anuar recently posted…Penglibatan Golongan Selebriti dan VVIP dalam Program MyKad Smart Shopper (MSSP)
bro biasa2 je dalam business ^^
Kerepek pisang ni memang snek kegemaran la sejak dari dulu..kalau umi ko masih buat lagi kerepek pisang ni..confirm aq da order da..
Ezad Skytech recently posted…Nasi Beriani Beratur
Pengalaman berharga tu bro..susah untuk dilupakan..
Hairul Azni recently posted…Kebaikan Dan Keburukan Coklat
penah jugak ada nostalgia buat n jual kerepek pisang. Takde stok pisang, tukar wat krepek ubi kayu. Abis sekebun ubi kayu mak sue ambil.. hehe.. mmg sangat nostalgia.. wat berdua ngan adik je.. senang hati bila dapat hasil jualan. 😀
suraya recently posted…Panduan Kod Pada Bekas Plastik
peniaga kecil-kecilan memang susah nak compete dengan peniaga yang dah besar. kita kurangkan harga, berapa sangatlah untung.. 🙁
boni kacak recently posted…Buffet Ramadhan 2013 De Palma Hotel Shah Alam
betul tu bro, ada cuba besarkan perniagaan, tapi ada masalah dan terpaksa stay di aras yang sama untuk suatu jangkamasa
wahhhhh sedappp
raya nnt umi buat ke?
meh pos ke ipoh sikit. hiks
:p
schaze zainn recently posted…Cerita Panjang Yang Sukar Untuk Dipendekkan
tak buat la cek..huhu ^^
biar untung sikit tapi berterusan
tak berbaloi kak dengan kepenatan, lagipun saya tak selalu ada untuk tolong umi
Rugi lah tak dapat nak rasa Kerepek Pisang Yati lagi. Tak ada niat nak mulakan semula ke ?
Mohd Shubhi recently posted…Siri kaya #2 : Pupuk otak niaga
ada tanya umi pasal ni, umi cakap “penat, untung sikit, rugi masa banyak” saya pun tak boleh nak tolong sepanjang masa sebab ada banyak kerja lain
pengalaman macam ni amat berharga kan..memang pisang sekarang mahal.
blackrosehunter recently posted…Kelebihan Solat Sunat Tarawih
alhamdulillah ada pengalaman begini.. Tak kesah kalau mahal tapi boleh naikkan harga, ni customer complain bila harga naik, kita nak naikkan pula rasa serba salah..
kerepek pisang… yg bergula aku suka, yg biasa2 lekat celah gigi je
encikarman recently posted…300 ikan pari terdampar di pantai
tak berapa gemar yang bergula sebab keras.. ^^
nostalgia tu…kerepk pisang mmg enak
Alin Marlini recently posted…Biskut Tradisi vs Biskut Moden?
sedap dimakan begitu sahaja..hehe
dah lama juga aku tak makan kerepek pisang ni
TehR recently posted…Bagaimana Nak Karang Pantun 6 Kerat
hehe tunggu raya, mest ada ^^
pakcik gua dulu..jual ikut tin biskut. hoho..
tapi sekarang dah tak jual dah. Macam ko..untung tak banyak..tak berbaloi dengan kepenatan..
titan recently posted…Apa kebaikan makan Petola?
sekarang dah tak niaga gak dah la? Susah nk compete dengan major dominance
tempat fyna pun sama. susah dah nak dapat pisang mentah. kalau ada pun kadang2 kena curi dengan orang.
pisang kena curi pun ada? ish ish ish
Kerepek pisang adalah snek kegemaran saya….
daddydee recently posted…Jangan Beli Ebuku Teknik SEO Merah Jambu
best kalau layan time tengok movie ^^
Nak kerepek pisang banyak datang area Muar, Batu Pahat.. Area aku tu memang banyak pisang, tapi diorang tak komersialkan kerepek pisang tu secara meluas.. Insya Allah , memang lama terbuku di hati nak usahakan balik perusahaan keluarga, buat bahulu.. Lama dah tak buat sejak mak sakit, kalau dulu 2bulan nak raya sibuk tempah..
Irwan Alessa recently posted…Muka Baru Blog
hehe kerepek muar boleh dapat nipis nipis tak?
memang pisang susah dah dapat stok banyak sekarang
kat kampung mertua, kebun pisang kena penyakit
semua buah pisang kena penyakit
Kujie recently posted…Menu Berbuka Puasa : Cara Simple Buat Roti Jala
Dulu ada juga pembekal, tapi pembekal pun dah tak dapat nak bagi harga murah sebab pisang sangat susah nak dapat
kat mane ade jual, aku nak beli…
Joe recently posted…Buat Duit RM100 Sehari Dengan Mudah Dari Program Affiliate Part 1
err dekat Senawang