Kenapa Ulang Alik? Kenapa Tak Sewa Kat KL je? 

Uncle dah banyak kali di tanya soalan macam ni. Dah macam macam jawapan uncle bagi kat si penanya soalan, daripada jawapan berbunyi logik akal, sampai yang tak masuk akal. Bro Framestone tak terkecuali dok banyak kali membahan uncle pasal komuter ni.

Pada yang tak tahu, uncle kerja di salah sebuah bank temptan di kotaraya sejak Oktober 2013. Family uncle dok Senawang, jadi hari-hari uncle ulang-alik ke tempat kerja. Biasanya uncle akan naik komuter di stesen Senawang, turun di KL Sental, dan kemudian naik LRT ke Kerinchi. Angaran masa perjalanan adalah lebih kurang 1 jam 30 minit.

Kadar tambang Komuter dari stesen Senawang ke stesen KL Sental untuk sehala adalah RM6.30. Kadar tambang LRT dari stesen KL Sental ke stesen Kerinchi untuk sehala pula adalah RM1.60.

stesen ktm komuter senawang seremban

Selain dari uncle, sebenarnya ramai orang dari Negeri Sembilan, terutama dari Seremban, Senawang Dan Sungai Gadut kerja di Kuala Lumpur. Kebanyakkan menaiki bus dan komuter, tapi ada juga yang membawa kereta dan menaiki motosikal berkuasa tinggi ke tempat kerja. Jadi travel ke tempat kerja lebih 1 jam perjalanan adalah normal bagi kami.

Antara sebab uncle masih ulang alik dan tak menyewa di KL adalah kerana dari segi penjimatan dari segi kos. Uncle pernah cuba menyewa di KL pada awal tahun lepas selama lebih kurang 4 bulan. Hasilnya uncle tiada langsung wang simpanan. Gaji habis di gunakan untuk komitment seperti sewa bilik, bill, LRT, makanan, dan perbelanjaan lain. Jadi tak tahan dengan itu, uncle ambil keputusan dengan kembali ulang alik Seremban KL seperti sebelum ini. Hasilnya, uncle dapat simpan lebih RM100 setiap bulan 🙂

Selain tu juga, uncle masih lagi bujang (dan single hehe), jadi sementara bujang ni, dan sementara kedua-dua ibu bapa ada, uncle nak ada sebanyak masa yang boleh dengan family uncle. Ye la, dulu uncle belajar jauh kot. Time diploma belajar kat Sabak Bernam, time degree belajar kat Arau Perlis. Takde balik minggu-minggu deh, uncle balik time cuti semester yang panjang je. Memang tak banyak la masa time tu dengan family kan. Jadi sekarang antara sebab uncle nekad untuk-ulang alik adalah untuk ada quality time dengan family sebanyak mungkin. Hasilnya, ibu bapa uncle gembira 😀




Selama uncle ulang alik ni kan, pernah sekali uncle teridur dan terlajak ke stesen terakhir iaitu stesen Sungai Gadut. Ia terjadi sebab uncle naik komuter terakhir iaitu pukul 11.30, dan akibat terlalu penat uncle tertidur. Biasanya kalau uncle tidur, uncle akan set alarm. Tak kesah la tidur 15 minit pun, uncle akan set juga alarm. Waktu tu memang tak set la alarm sebab ter tidur kisahnya. Bila terjaga je, uncle rasa pelik sebab train dah berhenti, dan ada orang dok sapu-sapu sampah dalam tren. Uncle jengok ke luar, uncle terkejut sebab komuter berhenti pada stesen terakhir iaitu Sungai Gadut. Bergegas uncle ke depan komuter tanya kepada driver komuter kot kot dia boleh patah balik ke stesen Senawang. Orang kata malu tanya sesat jalan kan?

Alhamdulillah, driver tu nak patah balik ke stesen Seremban, dan akan berhenti ke stesen Senawang untuk drop uncle. Driver tu maklumkan juga kat uncle yang ramai sebelum ni terlajak juga macam uncle. Haha uncle tak kesorangan dalam hal ni.

Ada antara korang ulang alik macam uncle? Mohon share korang kerja kat mana, dan tinggal kat mana. Dan mohon share juga kenapa korang travel ke tempat kerja untuk bacaan pembaca blog ini. 😀

1,524 total views, 13 views today

Comments
  1. Mira
  2. Shaiful TBS Senawang
    • Uncle Zuan
  3. awatif
  4. Shida
  5. Afend
  6. ruggedmom
  7. FarH
    • Uncle Zuan
      • FArah
        • Uncle Zuan
          • kyra
  8. Khairul Azli
    • Uncle Zuan
      • Khairul Azli
        • Uncle Zuan
          • FArah
          • FArah
          • Uncle Zuan
          • lynn
  9. lina
  10. Mohd Shubhi Abdul
  11. Hafiz Rahim
  12. kempiskanperutbuncit
  13. Mohd Rasul
  14. minel
  15. Anyss
  16. kak yatiadam
  17. azimah mohd zainuddin
  18. Ikhwan Fahmi
  19. azham ahmad
  20. fatihah fazlin
  21. ieta mat saad
  22. Noriza Rahman
  23. seri
    • Uncle Zuan
  24. kamil salleh
  25. zool
  26. titan
  27. adarain
  28. zik
  29. myliferia
  30. dinsblog
    • Uncle Zuan
  31. Hanafi Abdullah
  32. Ibrahim SQ Ali
    • Uncle Zuan
  33. cik akak
    • Uncle Zuan
  34. ewanthology
  35. mek onie
  36. Jia Rizaira

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Recommended
Recommended
Alhamdulillah, 16 May lepas dapat juga join kelas WordPress Essential...