Kenapa The Kabin Best?

Share

The Kabin bukanlah sebuah tajuk filem, tapi ia adalah sebuah penginapan unik dan best yang terletak di Jeram, Selangor.

The Kabin boleh memuatkan sehingga 78 orang tetamu pada satu masa, lengkap dengan pelbagi kemudahan termasuk bbq dan swimming pool. Dengan jarak pemanduan hanya 1 jam dari Kuala Lumpur, boleh katakan yang pengalaman menginap di The Kabin adalah satu pengalaman yang perlu anda cuba.

The Kabin

the kabin

Uncle dan travel buds yang lain menginap di kabin Antwerp.
Ha menariknya di sini, setiap kabin dilabelkan mengikut nama-nama bandar yang popular di dunia seperti Rotterdam, Durban, Santos, Vancouver, Busan dan banyak lagi.

the-kabin

Agak-agak nak feeling tidur kat buayan tu ada juga disediakan di bahagian luar. Tapi jangan tidur waktu malam pula di sini, sebab sejukkkk..

the-kabin (5)

Agak lapar je, tak perlu risau sebab ada disediakan mini kafe di sini dengan harga yang berpatutan.




the kabin

Tak lengkap satu hotel, resort atau tempat penginapan tanpa kolam renang.
Dan ya, kolam renang di The Kabin memang ohsem. Siap ada tulisan ‘The Kabin’ lagi kat dalam tu. Dengan keluasan 90 kaki persegi, anda boleh lepas geram tak boleh mandi laut dengan mandi di sini.

the-kabin (2)

The Kabin juga adalah lokasi ideal untuk sebarang private functions, perjumpaan, teambuilding, family day, wedding and dan macam-macam lagi.
Uncle di The Kabin tempoh hari untuk FAM Trip Rentak Selangor anjuran Gaya Travel.

the-kabin (1)

Kalau anda jenis morning person yang suka berjalan kaki atau melakukan aktiviti pagi, cuba la jalan di tepi pantai Remis.
Aktiviti pagi hari yang berbaloi.

Nota: Minta maaf, sebab excited sangat menginap di The Kabin, uncle terlupa nak ambil gambar rekaan dalaman kabin yang kami inap.

Harga meningap semalam bermula dari RM199 (bergantung kepada saiz kontena) sehingga RM499.

Address: Jalan Haji Zainal, Jeram, 45800 Jeram, Selangor, Malaysia
Phone: +60 17-678 3825
Email: info@thekabin.com.my
Website: http://thekabin.com.my/

Feedback: Sepanjang 2 malam menginap di sini, uncle sangat berpuas hati dengan layanan staff yang friendly, dan dengan kelengkapan kemudahan yang ada. Anda mungkin akan rasa kurang selesa sedikit di sini sebab agak panas, mungkin sebab ia sangat berdekatan dengan pantai Remis. Tapi secara keseluruan anda akan berpuas hati dengan menginap di sini kerana dikelilingi suasana kampung yang aman dan damai.

733 total views, 5 views today

Share
Comments
  1. Noriza Abdul Rahman
  2. Everest
  3. Rina Chandra Kumar
  4. blair villanueva
  5. Emily
  6. Miera Nadhirah
  7. Otomen Taro
  8. ruggedmom
  9. Mera
  10. Ezad Skytech
  11. Jia rizaira
  12. titan
  13. RAIHANAH AHMAD
  14. imnajmi
  15. anuar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge