Kenapa Bagus Layan Anime atau Manga Jepun
Sejak den melayan anime atau membaca manga Jepun seperti One Piece, Fairy Tail, Naruto, Bleach, Death Note, Samurai X dan Full Metal Alchemist den melekat dengan anime / manga tersebut walaupun ramai yang den rasa dah berhenti layan sebab ada yang makin bosan dan jalan cerita yang tak masuk akal. Tapi itulah anime / manga Jepun, cerita tak masuk akal sebab pengkarya berfikir di luar kotak bagi menghiburkan pembaca mereka.
Kenapa den rasa menonton anime atau membaca manga jepun ni tak membuang masa selain dari berhibur?
> Banyak moral value dan motivation di dalam anime / manga tersebut.
Den kongsikan 3 anime / manga favorite dari banyak banyak anime / manga aku layan yang punya life lesson tersendiri:
One Piece – Mengajar Mengenai Jangan Berhenti Mengejar Impian.
“A man’s dream will never die!”, Kata kata ini di keluarkan oleh Blackbeard, salah seorang antagonist di dalam siri One Piece ketika kali pertama berjumpa dengan Luffy. Luffy yang bercita cita ingin menjadi Pirate King tidak pernah putus asa dan terus mengejar cita citanya menjadi Pirate King walaupun di tentang oleh atuk nya sendiri yang merupakan salah seorang orang berpengaruh di dalam Marine (badan yang menentang lanun-lanun di lautan). Tak dinafikan, siri One Piece tidak pernah buat den ‘yawn’ dan den dengan konsisten follow siri ini setiap minggu kerana life lesson, plot dan humor siri ini. Selain dari itu, siri ini mengajar mengenai trust dan loyalty. Walaupun sikap Luffy, seorang captain kapal yang merupakan keras kepala dan bertindak terburu-buru, anak kapalnya yang lain tetap setia dan percaya akan setiap langkah ketua mereka.
“How can you move forward if you keep regretting the past?“
Full Metal Alchemist – Yang Dah Lepas Tu Lepas La….
Lebih tepat lagi sebenarnya, moral value yang ingin disampaikan di dalam anime FMA adalah mengenai jangan terlalu fikirkan apa yang telah berlaku atau telah terjadi kerana ia akan menganggu kita dalam perjalanan hidup kita di masa akan datang. Jadikan yang perkara yang pernah terjadi itu satu pengajaran untuk kita hadapi hari mendatang. Salah satu moral value yang bagus diselitkan di dalam anime ini adalah mengenai saiz badan. Watak utama anime / manga popular ini Edward Elric, bersaiz badan kecil, dan sering di pandang rendah mengenai saiz badannya, tetapi dia tidak mempedulikan hal sedimikan dan membuktikan yang ‘size doesn’t matter’.
Fairy Tail – Mengingatkan Tentang Kesusahan Pada Awal Mengejar Impian
Juga mengajar dan mengingatkan dengan jangan berputus asa mengejar apa yang kita cita-citakan. Dan paling penting, ia ingatkan tentang bersusah dahulu bersenang kemudian. Selain dari itu, anime ini juga banyak meniti beratkan tentang persahabatan yang mana untuk sentiasa berjuang demi mempertahankan maruah sesuatu / seseorang.
Jadi, secara konklusi, menonton anime atau membaca manga Jepun bukan sahaja untuk berhibur ia juga mengajar kita dengan menyelitkan life lesson di dalam karaktor karator anime.
Amacam? Life inspired tak bila layan anime / manga Jepun?
–Zuan–
About Author
Uncle Zuan
Seorang 'hantu burger' yang mula menulis blog sejak tahun 2009 dan telah menggunakan nickname 'Uncle Zuan' dalam dunia social media. Banyak berkongsi pengalaman travel, gaya hidup dan pendapat peribadi kepada pembaca.
Memang dalam hidup mesti ada manga dan anime. Anime banyak ajar generasi moral value yang tinggi dan sikap yang betul untuk menghadapi cabaran.
There is perceptibly a bundle to identify about this. I believe you made various good points in features also.
Memang banyak moral value…. kebanyakkannya mesti selalu kata don’t give up..
Bahrain recently posted…Perjalanan Menarik Di Bandung, Indonesia.
Dah lama tak layan anime ni. Last sekali layan tahun 1992!
Mohd Shubhi recently posted…Tips pengurusan pelanggan yang sedang marah
anime ni memang layan…anime yang aq layan sekarang ni cuma naruto…Full Metal Alchemist layan kejap je dulu…huhu
Ezad Skytech recently posted…Ada Apa Dekat Ho Chi Minh City ?
Manga Jepun memang bagus sebab dapat meningkatkan semangat kita. Mengajar erti persahabatan, impian dan passion.
Naruto – Persahabatan
One Piece – Never Give Up
Fairy Tail – Semangat berpasukan
Aku layan one piece dgn naruto
wan gerrard recently posted…Liverpool 4 West Ham 1: Liverpool Naik ke Tangga Ke-2 Liga
kite just tengok/baca death note dengan bleach je
tapi tu dululah.
hihi
Full Metal Alchemist – pernah tgk kat tv
p/s: tapi adik2 kite mmg suka tgk anime ni, termasuklah my dad heh -___-
tak pernah baca komik anime atau manga
SA recently posted…Contest SEO Eridy
pernah layan full metal dulu tapi tak sampai habis. Tapi memang penuh pengajaran cerita anime ni walaupun episode panjang berjelar2x. Rata-rata semua memberi pengajaran agar kita tidak terus give up dalam perjuangan. Yang penting semangat tu ada.
Bahrain recently posted…Majlis Konvokesyen USIM ke-11
memang seronok layan anime atau manga. Terbuka minda kejap.
ohcikgu recently posted…Cikgu kenapa kita kena belajar berenang?
Yay! Membaca komik seperti Manga dan Anime memang membantu aku mata pelajaran dengan lebih mudah. Ambil contoh manga Samurai X, walaupun ianya fiksyen, namun latar masyarakat berkenaan zaman feudal Jepun adalah sejarah yang benar. Dari Samurai X, aku bersemangat untuk mendalami sejarah berkenaan zaman Meiji Restoration.
Anak Askar Pencen recently posted…Pada Usia genap 40 tahun, Ryan Giggs masih steady bermain Bola Sepak
den ada terbaca, watak kenshin himura tu pun di insiprasi dari salah seorang samurai hebat di jepun pada era perang dunia
Zuan recently posted…Download KomikNiaga Edisi 14 Sekarang
Yeah….kalau anime dan manga nie boleh gak tambah minat lukisan komik …. tapi camner lak pendapat bro pasal HENTAI ? keh3x
hazman aka species1980 recently posted…Gambar RED CARPET ANUGERAH SKRIN 2013
hehe secara jujurnya, den pernah sekali cuba tengok hentai, dan den dapati ia sangat mengarut.. haha dan sejak dari tu, terus band hentai hentai ni
Zuan recently posted…Download KomikNiaga Edisi 14 Sekarang
paling den suko tgk anime naruto. Byk memberikan inspirasi pado den. Suka sikap positif yg ado pado dio. Selain tu, den suko tgk FMA, Samurai X, Bleach….
huhu lebih kurang la minat kito 😀
Zuan recently posted…Download KomikNiaga Edisi 14 Sekarang
hehehehe….ambe layan naruto ngn one piece jer…lain2 kat tv, conan…hhehe
mmg inspired dan boleh hilangkan rasa tensen…jalan citer mmg best! tak sabor tunggu next week…
kalau ambe mengadap lama2 laptop, wife mesti dah tau dah…msti layan naruto…hahaha
hafizmd recently posted…5 Cara Super Mudah ‘Potong’ Jumlah Kalori Dalam Menu Harian!
huhu conan syok gak. tapi dah kurang layan, geram tunggu bila dia nak besar..huhu
Zuan recently posted…Kenapa Bagus Layan Anime atau Manga Jepun
tak sempat nak layan cerita ni, tapi kalau dah mula, gerenti tak boleh berenti…heee
Denaihati recently posted…WordPress Master Class dan Insentif bulanan
hehe tu yang selalunya berlaku bro.. den pun bukan selalu layan, layan time weekend je 😀
Zuan recently posted…Kenapa Bagus Layan Anime atau Manga Jepun
Assalamualaikum Zuan
tengok dengan anak2…he he
atuk recently posted…Satay Station Kg Baru
salam atuk.. lama tak nampak atuk komen.. atuk sihat?
Zuan recently posted…Kenapa Bagus Layan Anime atau Manga Jepun
dulu time sekolah aku layan la juga Naruto kat TV3….tp skrg mmg tak sempat….tak ada masa sangat 🙁
Azham Vsvc recently posted…SEDA Malaysia: Feed-in Tariff (FiT)
huhu tak apa, internet kan ada
Zuan recently posted…Kenapa Bagus Layan Anime atau Manga Jepun
Emm kalau saya. sekarang ni tengah minat dengan naruto..tengok di TV3 jer..macam sedap jer sekarang ni..hehe
Hafizul recently posted…Wordless Wednesday #76 – Apabila Was-Was
TV3 slow..huhu den tengok kat chia-anime je 😀
Zuan recently posted…Download KomikNiaga Edisi 14 Sekarang
komen aku yang panjang tak masuk ke ni? hehe.. one piece terbaik zuan. setiap minggu tak miss baca manga. bila dah baca manga macam tak menarik pula nak tengok anime dalam masa yang sama. just download and simpan je dulu. hehe
tak tau kenapa, tapi komen tu masuk spam.. -_-
Zuan recently posted…Download KomikNiaga Edisi 14 Sekarang
setakat ni aku layan je yang dua kat atas tu. one piece dengan full metal alchemist. one piece manga tak pernah miss. setakat ni anime layan dua je yang sempat, hunter x hunter dengan hajime no ippo.
hunter x hunter den tak pernah layan… huhu onepiece memang layan kan.. miss satu eps macam miss minum white coffee di pagi hari..huhu
Zuan recently posted…Download KomikNiaga Edisi 14 Sekarang
Aku layan naruto sebab aku rasa ada persamaan antara aku dengan naruto. hehe. One Piece (Budak Getah) pun aku layan jugak.
Fadhil Husin recently posted…Nak Tukar Theme Lagi Ke?
hehe bro nak jadi hokage (prime minister) gak ke?
Zuan recently posted…Download KomikNiaga Edisi 14 Sekarang
lama tak layan tapi blog lama suka letak gambar anime yang cute sahaja.
suri recently posted…Sewakan Iklan Anda Serendah RM30.00
suri suka layan anime apa?
Zuan recently posted…Download KomikNiaga Edisi 14 Sekarang
zuan blh gang dgn abg ipar ira..hehehe kaki anime n ada satu rak khas utk komik anime kat rumah mertua ira..
n dia pn blh lukis anime..
ira xminat ahha
ira recently posted….Honeymoon.
waa pandai lukis ek? bagus tu, boleh buat duit 😀
Zuan recently posted…Download KomikNiaga Edisi 14 Sekarang
Saya pon layan jugak anime.
Selain dapat mengisi masa terbuang dapat jugak saya meningkatkan kemahiran berbahsa jepun saya.
waa belaja nihongo ek? 😀
Zuan recently posted…Download KomikNiaga Edisi 14 Sekarang
yap, anime dan manga memang best. hoho
titan recently posted…9 Sebab Mengapa harus cuba Pewangi Wonder Wafers.
hehe terdetik nak share pasal anime lepas terbaca kat entry lama lu pasal anime..hehe
Zuan recently posted…Kenapa Bagus Layan Anime atau Manga Jepun
Ambe tak layan anime jenis macam ini walaupun jalan ceritanya memang best. Tetapi, ambe lebih rela layan anime mini seperti S.A.O, Amagami SS dan yang sewaktu dengannya.
Yang paling best, Rosario Vampire! 😀
Danial Abdul Rahim recently posted…Panduan Minimalis Buat Duit Berblog
den tak penah layan lagi anime anime tu.. boleh la try layan nanti
Zuan recently posted…Kenapa Bagus Layan Anime atau Manga Jepun