Kenapa Anda Perlu Gunakan Applikasi Jalan-Jalan Cari Makan (JJCM)

Share

Harini tak dinafikan memang ada macam-macam applikasi di telefon pintar yang berfungsi untuk mencari tempat makan. Bukan sahaja free, malah ada rating lagi. Jadi kalau anda ada peluang untuk buat satu applikasi mencari tempat makan yang baru, apa penambahan yang anda akan buat?

Tak perlu lagi pening nak tambah apa, sebab applikasi Jalan-Jalan Cari Makan (JJCM) ada beberapa penambah baikkan yang pasti mengujakan anda untuk mencubanya. Dilancarkan pada 21 April yang lepas, beberapa fungsi baru yang ada di applikasi ini memang mengujakan uncle untuk menggunakannya untuk jangkamasa yang lama.

jalan-jalan-cari-makan

Applikasi Jalan Jalan Cari Makan (JJCM) telah dilancarkan secara rasmi.

Kelebihan Applikasi Jalan-Jalan Cari Makan

#1. Dapat Potongan Diskaun Sehingga 70%

Haaa ni deal paling baik dengan applikasi JJCM ni. Mana nak cari applikasi yang boleh bagi diskaun sehingga 70% kan? Hasil kerjasama Media Prima dengan “Offpeak Deals” yang sentiasa dikemaskini setiap hari, pengguna applikasi JJCM boleh menikmati tawaran diskaun dan potongan hebat di tempat makan seluruh negara.

#2. Boleh Terus Booking Restoran

jjcm

Dengan apps JJCM, anda boleh booking restoran yang anda nak makan secara PERCUMA. Makannya tiada caj yang dikenakan untuk tempahan yang dibuat. Anda hanya perlu memilih restoran pilihan, masukkan maklumat nombor telefon, tetapkan tarikh & masa kunjungan dan masukkan berapa bilangan orang. Mudah kan? Jimat masa menunggu lagi.

#3. Fungsi Carian Dekatan

Dengan applikasi ini juga, anda boleh mencari tempat makan yang sedap dan menarik di kawasan berdekatan dengan anda berpandukan kedudukkan GPS anda. Sebagai contoh anda berada di Senawang (promote kawasan perumahan uncle tinggal haha), fungsi ini akan memaparkan senarai tempat makan pilihan JJCM yang berada di radius Senawang.




#4. Ada Review Dari Editor

Apps JJCM tidak terhad kepada lokasi yang pernah diternah crew JJCM sahaja, menariknya siap ada review tambahan dari team editorial lagi. Para editorial yang telah mengunjungi restoran terpilih yang mempunyai makanan yang unik dan menarik akan meletakkan review mereka di applikasi ini juga.

jjcm

Apa lagi? Jom download applikasi JJCM di Apple Store ataupun di Play Store.

Kempen #SeringgitSeribuKebaikan

Bersempena dengan pelancaran applikasi JJCM, pihak Media Prima Digital juga turut mengumumkan kempen #SeringgitSeribuKebaikan. Ia merupakan kempen yang membuka peluang kepada rakyat Malaysia yang menggunakan applikasi JJCM untuk berkongsi rezeki dengan memberikan derma serendah RM 1, RM 3, RM 5 dan RM 10.

Sumbangan derma tersebut akan digunakan bagi membiayai hidangan berbuka puasa untuk 4 buah rumah kebajikan terpilih sepanjang Ramadan nanti. Dengan konsep makanan sebagai keperluan asas setiap insan, #SeringgitSeribuKebaikan memberi peluang anak-anak istimewa ini untuk turut sama menikmati juadah istimewa yang akan disediakan 20 restoran dan food truck terpilih pada bulan Ramadhan nanti.

Bukan itu sahaja, rumah kebajikan yang terpilih juga akan menerima tajaan hidangan berbuka puasa selama 5 hari, setiap Isnin hingga Jumaat, selama 4 minggu Ramadan bertamu.

Skuad #SeringgitSeribuKebaikan Media Prima Digital akan ke dua buah rumah kebajikan terpilih di negeri Terengganu dan Johor pada 3 dan 10 Jun 2017 bagi menyampaikan sumbangan dari kempen #SeringgitSeribuKebaikan ini. Ini adalah hasil kerjasama bersama pihak CJ Wow Shop, anda boleh membuat sumbangan menerusi apps JJCM ataupun terus ke laman web www.CJWowShop.com.my untuk sumbangan. Pada masa yang sama juga, pihak Mamee Double Decker akan menyumbang barangan Mamee untuk anak-anak bertuah terpilih sepanjang Mei bermula 1 Mei hingga 31 Mei 2017.




1,205 total views, 3 views today

Share
Comments
  1. Amirul
  2. zik
  3. Emily
  4. RAIHANAH AHMAD
  5. anuar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge