siapa uncle zuan passport picture

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera 

Terlebih dahulu, nama penuh uncle Muhammad Syazwan Bin Norhalik, uncle dikenali sebagai Zuan @ Uncle Zuan dalam dunia blogging. 

Jika tertanya tanya, gambar di atasu tu gambar siapa? Ia itu gambar uncle 10 tahun akan datang barangkali… Jadi anda boleh bayangkan macam mana rupa uncle lagi 10 tahun dan boleh bayangkan macam mana awet muda rupa paras uncle hari ini.

Sebelum uncle teruskan dengan pengenalan siapa Uncle Zuan, terima kepada semua yang sudi membaca dan memberi sokongan padu dengan penulisan blog uncle yang tak seberapa ni. Ada yang telah mengenali dan mengikuti uncle sejak pada awal penglibatan uncle dalam dunia blogging dan tak putus-putus memberi sokongan dari segi moral supaya uncle tidak berhenti di pertengahan jalan.

Uncle adalah anak pertama dari 3 adik-beradik. Mendapat pendidikkan pertama di Sek Keb Mahang Kedah, sehingga darjah 3 dan berpindah ke Sek Keb Senawang Negeri Sembilan. Kemudian uncle masuk Sek Men Keb Senawang 2, dah pada tingkatan 4 berpindah ke aliran teknik mengambil aliran Kejuruteraan Awam di Sek Men Teknik Ampangan. Seletah tamat SPM pada tahun 2005, uncle meneruskan pengajian di peringkat Diploma di Politeknik Sultan Idris Shah pada tahun 2006 dalam bidang Pengaturcaraan, dan meneruskan pengajian di peringkat Sarjana Muda di UiTM Arau dalam bidang Teknologi Maklumat.



Mula Menulis Blog Sejak 2009

Uncle mula menulis pada pertengahan tahun 2009 menggunakan platform Blogspot menggunakan url http://eleventx.blogspot.com/ dan pada Jun 2013 mula beralih ke platform WordPress dengan menggunakan url http://unclezuan.com/ menggunakan Saleiz Hosting kerana ingin menulis blog dengan lebih serius disamping menjadikan blogging sebagai salah satu sumber pendapatan.

Antara pencetus utama uncle blogging adalah apabila salah satu kawan baik uncle ada menulis blog (sekarang dia dah tak menulis lagi sebab sibuk dengan perniagaan). Pada waktu itu uncle main update sahaja. Tak ada hala tuju penulisan. Banyak entri pun copy paste. Tapi bila dah lama-lama, bila dah kenal rakan blogger yang hebat-hebat seperti AbangEnsem, Denaihati, Shakiddo, Eazy Izzuddin, dan beberapa blogger lain yang berlainan niche, uncle mula fokus pada niche lifestyle dan travel. Ketika itu uncle banyak menulis movie review, gambar dan macam-macam lagi.

uncle zuan di 3d arts museum langkawi

Kadang kala perlu poyo untuk jadi lebih baik

Kenapa Beralih ke Dot Com

Perubahan drastik yang membuat uncle berhijrah kepada unclezuan.com adalah apabila uncle hadiri Sepetang Bersama Blogger 2013 anjuran Denaihati Network.

Ketika itu uncle dapat lihat betapa besarnya komuniti dunia blogging. Panel-panel hebat yang uncle lihat dengan mata uncle sendiri adalah Nisa Kay, Amanz, dan Rayan Haris. Ketika itu terus uncle membuat keputusan untuk serius dalam blogging dan terus berhijrah ke unclezuan.com.

Uncle juga suka memakai roll up 3/4 cargo pants, suka berjalan-jalan, mengikuti kelas ilmiah dan kerap berkongsikan pengalaman dan ‘gaya hidup uncle’ di blog dan laman Instagram uncle (jangan lupa follow ya).

Blog Uncle Zuan masih berkonsep yang sama uncle tulis di blog Eleventx (juga dikenali sebagai Saiazuan Blog), iaitu konsep sharing atau perkongsian. Apa-apa yang uncle anggap sesuai dan bermanfaat di kongsi, uncle akan kongsi kepada pembaca. Uncle juga suka menulis review mengenai makanan, film dan buku kerana ini adalah kegemaran uncle.

Selain itu, uncle juga ada berkongsi tempat tempat percutian yang pernah uncle pergi kepada pembaca uncle.

Boleh hubungi uncle secara terus di ruangan Hubungi atau menerusi FB Page Uncle Zuan jika ingin mengenali uncle dengan lebih rapat, atau jika ada sebarang pertanyaan.

uncle zuan di dalam ktm komuter

Setiap hari adalah kembara kita

Bermulanya Fulltime Blogger

Sejak September 2016, uncle dah mula menjadi seorang full-time blogger. Uncle quit dunia koperat, dan Alhamdulillah mula di-approach oleh pihak media, dan pemilik-pemilik produk termasuk dari badan-badan pelancongan.

Collaboration Partners

Portfolio

2017

2016

 

Nota: Kemaskini terakhir: 27 Nov 2016

1,064 total views, 4 views today