Kemeriahan Sambutan Ulang Tahun Pertama Tonton

Share

Pejam celik-pejam celik, dah setahun rupanya Tonton memberikan servis penstriman video PERCUMA secara talian di Malaysia. Ini telah menjadikan Tonton harini sebagai servis penstriman pertama dan terbesar di Malaysia dengan lebih 5.6juta pengguna. Wow kan?

Jadi sempena dengan itu, Tonton telah menganjurkan Konsert Jom Tonton pada 22 April yang lepas sempena menyambut ulang tahun pertama dan kejayaan tersebut. Kebetulan uncle memang free pada hari Sabtu yang lepas dan dapat ke ruang Piazza The Curve Mutiara Damansara untuk meradai kemeriahan sambutan ulang tahun pertama Tonton.

Karnival mini yang telah dianjurkan dari 10 pagi hingga 10 malam ini telah menampilkan pelbagai aktiviti menarik seperti street bazaar, sesi beramah mesra bersama selebriti, dan mini konsert.

Duta Tonton Turun Padang

Turut datang memeriahkan dan menyerikan karnival yang dianjurkan Tonton adalah duta baharu Tonton iaitu Ayda Jebat, Redza Rosli, Thomas Jack, dan tak ketinggalan Ratu Tonton iaitu Dato’ Seri Vida.

Dan para peminat drama Melayu pun ramai datang untuk bertemu dengan pelakon-pelakon kegemaran mereka terutama dari drama Raisha iaitu Diana Danielle. Jangan terkejut yang celebrity YouTube, Jin & Reuben dari JinnyboyTV pun ada okay!

Lots of interesting booth are ready for your visits #KonsertJomTonton #TontonMacamVIP

A post shared by Muhammad Syazwan Norhalik (@unclezuan11) on

Seperti yang uncle ada kongsikan pada artikel yang terdahulu, lebih kurang 16 artis ternama mengadakan persembahan pada hari tersebut.

Wany Hasrita on the stage! #KonsertJomTonton #TontonMacamVIP

A post shared by Muhammad Syazwan Norhalik (@unclezuan11) on

Antara barisan artis yang melakukan persembahn termasuklah Wany Hasrita, Elecoldxhot, Ning Baizura, Kaka Azraff, Sufian Suhaimi, Juzzthin & Aboz, Alvin Chong, Waris, Ara Johari, Azlan Type Writer, dan Bunkface.

Pada hari tersebut juga, pelanggan Tonton VIP telah berpeluang menikmati diskaun hebat dan pelbagai kemudahan eksklusif di gerai-gerai yang telah disediakan.

Macam mana nak jadi pelanggan Tonton VIP? Ada boleh subscribe di tonton.com.my dengan harga serendah RM3 (sehari) sehinga RM96 (setahun). Daftar Tonton, dah tak perlu nak fikir nak daftar siaran TV yang lain dah sebab boleh stream secara online je di mana anda berada.




273 total views, 1 views today

Share
Comments
  1. zik
  2. siti hazreen
  3. RAIHANAH AHMAD

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge