Kelebihan dan Kekurangan Travel Secara Solo

Share

Baik, selalu uncle asyik cerita pasal tempat uncle travel, tips, dan hotel je kan.

Takut ada yang bosan, jadi untuk entri ni, uncle kongsikan mengenai kelebihan dan kekurangan kalau travel solo.

Ini semua based on pengalaman dan pendapat uncle sendiri. Kalau anda rasa okay, gives a thumbs up, dan kalau rasa tak berapa okay, dan perlukan penambahan, bagi je komen di ruangan komen.

Kita sama-sama kongsi pendapat supaya dunia travelling ni lagi fun ­čśë



Kelebihan Travel Secara Solo

travel_solo_colombo_malaysia_blogger

  • Kita jaga masa kita sendiri

Baik, point ini paling penting pada uncle. Maksudnya, kita nak travel, kita pergi je. Kita nak ke destinasi B sebagai contoh, kita pergi je tanpa tunggu travel buddy lain. Kebaikkannya, kita tak perlu lagi membazir masa kita dengan keralatan yang mungkin terjadi, iaitu travel buddy kita lambat la, travel buddy kita busy la, dan macam-macam lagi.

  • Kita sendiri yang tentukan kita nak ke mana

Kelebihan yang ada pada solo traveler adalah dapat pergi kemana mana destinasi tanpa perlu dapatkan keputusan dari travel buds yang lain. Uncle rasa point ini sungguh penting. Ya bayangkan kita  nak pergi snorkeling kat laut, tapi buds yang lain nak sibuk pergi shopping. Jadi terpaksa la mengalah, dan end up kita tak dapat merasa apa yang kita nak, sebaliknya kita merasa apa yang travel buds kita nak.

  • Dapat kawan baru

Satu kekurangan yang kita akan dapat bila kita travel dengan travel buds, kita akan mudah selesa dengan kumpulan kita sampai kita lupa untuk tambah kenalan baru ketika traveling. Kalau travel solo, biasanya kita akan lebih cenderung untuk tinggal dalam motel atau dorm atau backpackes hotel yang mana kita akan berkongsi bilik dengan traveler lain. Waktu ni la boleh tambah kenalan dari kalangan traveler seluruh dunia. Untung-untung kita boleh travel sekali dengan mereka lepas tu.

Kekurangan Travel Secara Solo

solo_traveller_colombo_malaysia_blogger

  • Kita jadi boring

Masaalah yang uncle selalu juga hadapi. Boring sebab tak ada teman berborak. Kadang kala kan, bila kita sorang sorang, kita memang akan rasa kesepian. Nak-nak lagi uncle yang masih bujang ni kan. Tengok pasangan travel lain, mula la bermain dalam fikiran “kalau la aku ada wife, mesti boleh romantik-romantik macam tu”.

  • Bajet mungkin melebihi yang sepatutnya

Uncle kena admit yang bajet solo travel ni mungkin akan jadi lebih sikit dari kalau travel secara berkumpulan. Contoh paling selalu terjadi yang akan membuatkan overbudget adalah tambang penangkutan. Ada sesetengah tempat kalau nak dari A ke B memang perlukan perkhidmatan teksi atau van. Kalau anda sorang je naik teksi tu? Kena bayar harga one car la kan? Tapi kalau by group 2 ke 4 orang. Bayaran satu teksi tu dah dapat diringankan.

  • Rasa kurang selamat

Yup, kadang-kadang akan rasa kurang secure kalau travel solo ni. Ya la, nak jalan sorang-sorang di tempat orang. Berani tak nak lalu kawasan yang penuh dengan peminta sedekah sorang-sorang? Berani tak nak jalan sorang-sorang kalau hari dah gelap? Macam-macam langkah berjaga-jaga perlu diambil kalau travel solo.

Jadi mana satu lebih baik?

Semuanya terletak di tangan anda untuk pilih nak travel solo, atau travel dengan travel buds. Apa yang paling penting, kita dapat apa yang kita nak waktu travel tu.

Janji kita puas hati dengan trip kita tu. Kalau solo rasa tak puas, puaskan dengan secara berkumpulan, dan kalau berkumpulan tu tak puas, go solo.

10,244 total views, 23 views today

Share
Comments
  1. Jia rizaira
  2. Raihanah
    • Uncle Zuan
  3. titan
  4. Bella
  5. Ira
  6. nikkhazami
  7. Casa Nayafana
  8. Faizal Fredley

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge