Kelebihan dan Kekurangan Kamera Aksi GoPro Hero 4 Silver

Share

Pejam celik pejam celik, dah setahun uncle menggunakan kamera aksi GoPro Hero 4 Silver. Banyak kelebihan dan kekurangan yang ada pada kamera ni yang uncle perasan lepas setahun menggunakannya. Still no regret investing my money in it!

Ramai juga yang tanya uncle, “berbaloi ke beli kamera GoPro ni?” Macam-macam jawapan yang uncle dah keluarkan ikut pada mood uncle waktu tu. Kalau uncle tengah good mood, dapat la jawapan yang okay dari uncle, kalau mood biasa je, jawapan pun ala kadar je la dari uncle hahaha…

gopro hero 4 silver camera

Untuk memudahkan rujukkan kepada mereka yang teringin nak beli kamera GoPro tapi masih 50-50 nak beli ke tak kamera ni, uncle kongsikan kelebihan dan kekurangan yang ada pada kamera aksi GoPro Hero 4 Silver yang uncle dah pakai ni.

Semua ini adalah pendapat peribadi uncle hasil dari menggunakannya selama lebih kurang setahun.



Kelebihan kamera aksi GoPro Hero 4 Silver

  1. Saiz kecil – mudah dibawa ke mana-mana. Tak dinafikan, ini adalah kelebihan utama yang ada pada kamera aksi ini. Bersaiz kecil! Nak travel pun senang sebab tak makan ruang yang banyak.
  2. Boleh bawa mandi hujan, mandi air terjun, berenang, scuba, snorkeling.. Pertama sekali uncle buat bila beli kamera GoPro ini adalah mandi hujan! Yups! Kebetulan lepas uncle beli kamera tu, hujan. Apa lagi, terus cuba la kehebatan kamera ini. Kamera GoPro adalah kalis air sehingga kedalaman 40m!
  3. After servis yang superb – Pernah sekali la kamera uncle ni rosak firmware dia. Ini adalah gara-gara salah beli memori kad. Speed memori kad yang uncle beli tak mampu nak tampung speed kamera GoPro. Jadi akibatnya, screen freeze, dan firmware terus tak stabil. Uncle terus email distributor GoPro Malaysia, dan diorang terus tukar kamera yang baru tanpa banyak cakap!
  4. Mudah digunakan. Tak perlu pakai tutorial atau guide book untuk master gunakan kamera GoPro ni. Cukup sekadar tau basic pakai kamera, you can be master of GoPro. Dia punya interface sangat user friendly, “slide sana slide sini, tekan sana tekan sini” dah boleh tukar setting dengan mudah. Selain tu, GoPro apps yang boleh didownload di smart phone pun sangat mudah digunakan dan memudahkan untuk transfer gambar dan video ke dalam smartphone anda.
  5. Ada touch skreen. Setakat ini, model Hero 4 Silver adalah satu-satunya model yang ada touch screen kat belakang kamera dia. Memudahkan pengguna untuk tukar setting, tengok gambar dan sebagainya.
  6. Features superview! Okay, features superview ini adalah satu kelebihan yang ada pada GoPro yang menjadi kegilaan uncle dan peminat GoPro. Bayangkan betapa besarnya view yang anda boleh ambil dengan menggunakan kamera ini tanpa perlu tukar lensa atau adjust jarak anda dengan objek.

Kekurangan kamera aksi GoPro Hero 4 Silver

  1. Bateri tak tahan lama. Masaalah ini pada uncle sukar nak di atasi. Kenapa? Sebab saiz bateri GoPro kecil, jadi agak mustahil untuk bateri bersaiz kecil ini menampung tenaga yang diperlukan kamera GoPro. Biasanya kalau uncle travel, uncle akan bawa extra 2-3 bateri.
  2. Masaalah WiFi – Masaalah ini kerap berlaku. Selalu sangat ada masalah nak connect WiFi kamera ni. Banyak kali gak la uncle kena reset balik WiFi dia supaya boleh connect balik. Dan kalau nak connect ke phone baru pun agak leceh dan selalu akan menyukarkan untuk connect ke kamera lama semula. Hasih…
  3. Harga kamera dan aksesori yang mahal – Yups… Kamera pun power, mesti la barang dia mahal kan. Nasihat uncle, beli ikut bajet, bukan nafsu. Macam uncle, beli yang Silver je walaupun pada waktu tu boleh beli Black. Aksesori pun uncle beli yang uncle betul nak pakai je. Kalau uncle rasa sekali je nak pakai, uncle memang takkan beli melainkan ia sangat penting untuk keselamatan uncle dan kamera uncle. hehe.
  4. Orang nak pinjam! Haha ini pun kira kekurangan gak. Sebab bila orang nak pinjam kamera kita, kita nak pakai kamera apa kan? :p

Baik. Setakat ini, ini je yang uncle rasa kelebihan dan kekurangan yang ada pada kamera aksi GoPro Hero 4 Silver. Kalau anda pakai model kamera yang sama macam uncle, feels free to drop a komen mengenai pendapat anda pasal kelebihan dan kekurangan yang ada pada kamera ini. Lagi banyak kita kongsi pendapat, lagi memudahkan mereka yang kat luar sana nak buat pilihan.

10,700 total views, 1 views today

Share
Comments
  1. Maria
  2. Noriza Rahman
  3. Trendslink
  4. spa8i
  5. deq noor
  6. Khir Khalid
  7. reezluv
  8. Afzalsukasuki
  9. mrhanafi
  10. nila anggraini
  11. Raihanah Ahmad
  12. siti hazreen
  13. zool
  14. Qiya
  15. Afif Rayyan
  16. Azhafizah
  17. titan
  18. Mus
  19. anuar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge