Kelas WordPress Essential – Santai & Penuh Input

Share

Alhamdulillah, 16 May lepas dapat juga join kelas WordPress Essential anjuran Akademi Denaihati. Dah lama niat uncle nak join kelas ni, sebab waktu selalu clash dengan kerja, tak dapat join. Nampak tak alasan tu? Hahaha

Walaupupn dah lebih kurang 2 tahun blog menggunakan platform WP, uncle still rasa kurang ilmu basic tentang WP ni. Yela, selama ni uncle main gedah WP ni tanpa proper lesson, agak tak tau je uncle google dan tanya beberapa rakan blogger. Jadi hasilnya pun tak seberapa la. Atas sebab tu, uncle nekad untuk tak ketinggalan untuk kelas kali ini dan kebetulan pula kelas WP Essential ini adalah kelas penutup untuk tahun 2015 sebab team Denaihati sibuk dengan #Projek1015.

kelas wordpress essential anjuran akademi denaihati

Mungkin rezeki uncle dan peserta lain, kelas WP Essential kalini berlainan module dari kelas WP Essential yang sebelumnya. Eizil telah kongsikan banyak pengalaman dan pengetahuan beliau kepada semua peserta untuk kelas kalini. Kami bertambah fokus dalam kelas selepas di hidangkan secawan Codi Cafe.

Pada awal kelas, ada insiden yang menyuit hati uncle. Sedikit perkongsian dari pandangan mata Eizil sendiri mengenai insiden tersebut;

Pada hari sabtu yang lalu, salah seorang peserta WordPress Essentials tiba di akademi denaihati dengan sebuah bagasi yang agak besar.
Terdetik di hati saya, mungkin beliau baru tiba dari jauh justeru terus membawa sekali bagasi tersebut ke kelas. Waktu tu sudah terdetik, semangat puan ini sanggup hadir dari jauh.
Kemudian bersuai kenal, beliau datang dari Nilai dan merupakan pensyarah di salah sebuah Institut pengajian di sana.
Tak lama selepas itu, beliau pun membuka bagasi beliau dan mengeluarkan CPU, Monitor dan peralatan desktop yang lain. Beliau sambil tersenyum berkata, disebabkan takder laptop, saya pun bawalah desktop ni.
Saya memang kagum dengan semangat beliau, sanggup keluar awal pagi, memandu jauh dan membawa desktopnya yang pastinya tidak ringan untuk menuntut ilmu.
Eizil

Hebat kan semangat menuntut ilmu Puan Seri Nian? Beliau sebelum ni pernah menggunakan Blogspot dan WordPress. Menyertai kelas WP Essential untuk buat blog yang baru yang berbentuk perniagaan. Kita nantikan evolusi blog beliau, good luck kak Seri 😀

Sorang lagi peserta yang join kelas terakhir ni adalah Ilma. Dulu beliau gunakan Blogspot. Katanya blog dah lama terkubur. Kini berniat untuk hidupkan semula blog personal dengan menggunakan WP. All the best! 😀

Kelas WP bermula lebih kurang pukul 9.30 pagi.




Sungguh santai kelas WP Essential anjuran Akademi Denaihati. Eizil yang bertugas sebagai ‘Bro Tutor’ memulakan kelas dengan kongsikan 2 fasa penting dalam pembinaan sebuah blog yang baik. Setiap peserta di berikan beberapa tugasan sepanjang kelas berlangsung. Antara tugasan yang kami kena buat adalah untuk tulis 30 idea entri dalam masa 10 minit. Pada awalnya bunyi macam mustahil untuk dapatkan 30 idea dalam masa 10 minit, tapi gua cakap lu, bila dah dapat 5 idea pertama, baki 25 idea tu kacang je hehehehe

Salah satu point penting yang uncle belajar dari Eizil adalah, apabila menulis entry ni, buat macam kita sedang bersembang atau bercerita dengan pembaca. Fokus dengan penulisan dan isi entri tu! Perkara ni selalu uncle abaikan ketika menulis. Biasanya uncle buat draft apa uncle nak buat, isi point sikit-sikit. Pastu tulis ayat ikut point. Uncle just tulis je bila rasa nak tulis, kalau tak nak tulis, uncle berhenti separuh jalan. Mungkin atas sebab tu uncle rasakan yang uncle minat uncle untuk tulis blog sebelum ni semakin berkurangan. Alhamdulillah, pas kelas WP Essential ni, semangat uncle untuk blog kembali.

Selain itu, peserta juga di dedahkan dengan basic SEO yang ramai mungkin terlepas pandang, pemilihan tema blog yang bagus, pengunaan saiz tulisan yang sesuai, dan plugin yang sesuai dan efektif digunakan untuk blog.

Blog Uncle Zuan juga diberikan beberapa komen dari Eizil untuk penambahbaikkan pada page About Me (yang kini dah di tukar ke Kenali Uncle Zuan), penambahan page penting iaitu Penafian dan Hubungi dan pengunaan saiz font yang lebih besar.

denaihati network shah alam  - Copy

Kelas berakhir pada sebelah petang lebih kurang 6 petang.

Lepasni tak ada lagi la kelas WordPress anjuran Akademi Denaihati? Pada yang nak belajar WP Essential dan WP Master dengan Akademi Denaihati, boleh je lagi sebenarnya. Korang belajar buat melalui personal dan group coaching. Boleh contact team Akademi Denaihati untuk maklumat lanjut.

2,163 total views, 4 views today

Share
Comments
  1. zik
  2. azam mohamad
  3. myrujukan
  4. boni kacak
  5. MDHAFiZ.NET
  6. Ezad Skytech
  7. Ikhwan Fahmi
  8. Noriza Rahman
  9. Kereta Sewa Murah Shah Alam
  10. farzli
  11. ahmadyani
  12. islam di dadaku
  13. Anuar
  14. Lemonping
  15. mrhanafi
  16. Mek ila Jual Vitamin
  17. reezluv
  18. Jia Rizaira
  19. titan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge